Aziz Ishak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Abdul Aziz Ishak.
Yang Berhormat
Abdul Aziz Ishak
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Muar Dalam, Johor
Dalam jawatan
1959–1969
Didahului olehKonstituensi diwujudkan
Digantikan olehSyed Nasir Syed Ismail
Butiran peribadi
Lahir Perak
Parti politikKapalayar.jpg Parti Perikatan
UMNO (Malaysia).svg UMNO
BapaIshak Ahmad
SaudaraYusof Ishak (abang)
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Abdul Aziz bin Ishak (1913-1999) merupakan seorang pejuang kebebasan Malaysia, ahli politik dan wartawan.

Beliau ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebelum Perang Dunia II dan adik kepada Presiden Singapura, Yusuf Ishak. Adiknya Rahim Ishak , juga seorang wartawan dan pernah menjadi menteri Kabinet Singapura. Dari 1955-1963, beliau adalah Menteri Pertanian dan Koperasi di bawah Kabinet Menteri Tunku Abdul Rahman.Beliau menjadi tahanan ISA dari 1965-1966 semasa konfrontasi Indonesia.[1]

Abangnya Yusof Ishak terkenal sebagai seorang wartawan dan pengasas Utusan Melayu dan sebagai Presiden Singapura yang pertama selepas perpisahan Singapura dengan Malaysia pada tahun 1965.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Aziz Ishak dilahirkan pada tahun 1913 di Perak, yang ketika itu sebahagian daripada Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Beliau keturunan Melayu Sumatera iaitu Datuk Jannatun yang berhijrah ke Pulau Pinang pada 1759 atau 15 tahun sebelum Francis Light tiba di pulau itu.

Aziz keturunan Minangkabau dari sebelah bapanya manakala ibunya dari Langkat, Indonesia . [1] Abangnya, Yusof Ishak menjadi Presiden Singapura yang pertama dan gambarnya menghiasi wang kertas Singapura.

Beliau dinafikan bersekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar kerana bukan bangsawan. Aziz bersekolah di Victoria Bridge School dan Raffles Institution di Singapura .Di Raffle ini, berkawan dengan Hamid Jumaat , Tun Sardon Jubir dan Prof Ahmad Ibrahim dan menulis rencana tentang nasib Melayu di akhbar Warta Malaya di Singapura .Abangnya Yusof Ishak merupakan seorang wartawan .

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Setelah selesai Senior Cambridge, Aziz bekerja di Jabatan Perikanan di Port Dickson (1936),Kuantan dan Batu Kurau di Kuantan.

Kecewa dengan dasar British yang tidak adil dan dituduh bekerjasama dengan Jepun oleh bos Eropah (Pegawai Inggeris itu dikalahkan oleh Jepun (1942-45) dan ditahan di Penjara Changi), Aziz menyertai abangnya Yusof Ishak mengasaskan Utusan. Beliau menulis artikel tentang UMNO, pentadbiran negeri, persekutuan dan ruangan ketua pengarang.

Aziz menjadi ahli KMM semasa bertugas sebagai pegawai perikanan di Kuala Kurau. Tahun 1946, beliau dan wartawan Abdul Samad Ismail menubuhkan Gerakan Angkatan Melayu Sedar (Geram)tapi ditolak pendaftarannya oleh pegawai penjajah. Mereka diintip oleh Cawangan Khas. Geram sangat kritikal terhadap Malayan Union, mengkritik UMNO faktor bangsawan feudal dalam UMNO. Geram dibubarkan apabila Aziz berpindah ke Kuala Lumpur (1948) dan menjadi wartawan Utusan.

Pada September 1951, beliau menggesa kerajaan untuk mengisytiharkan Darurat.[3] Beliau mendedahkan Raja Melayu tidak berpuasa semasa menghadiri Majlis Pertabalan Queen Elizabeth di London 1955. Lalu Jeneral Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya memanggilnya "wartawan tikus".

Penglibatan Politik[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 1942, beliau adalah seorang ahli KMM dan selepas 1945 bersimpati dengan PKMM. Pada 1950 , beliau menyertai UMNO ketika diterajui oleh Datuk Onn Jaafar walaupun idea kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu masih tidak diterima Tunku Abdul Rahman.

Apabila Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) ditubuhkan pada 1951 oleh Onn Jaafar, Aziz menjadi timbalan pengerusi parti IMP cawangan Kuala Lumpur dan bertanding Pilihan raya 1952 di Sentul tetapi tewas kepada calon Perikatan .

Tahun 1952 juga, beliau meninggalkan IMP kerana berbeda pendapat dengan Onn. Dengan galakan Tunku, beliau menyertai semula UMNO pada April 1953. Pada tahun 1953, beliau telah dilantik ke Persidangan Meja Bulat Alliance yang dipanggil untuk pilihan raya umum awal di Tanah Melayu.

Pada tahun 1955, beliau dilantik sebagai Ketua UMNO Selangor dan Pengerusi Perikatan Selangor. Beliau turut merangka Manifesto Perikatan 1955 bagi menghadapi pilihan raya umum 1955 - isu seperti bahasa, pertanian, ekonomi, pendidikan dan kewangan.

Dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955, beliau bertanding tiket Perikatan dan menang di Kuala Langat . Beliau menentang calon Parti Negara. Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Pada September 1954, Aziz dan Tunku aktif berkempen pilihan raya di Terengganu dan akhirnya Perikatan menang walaupun British menyokong Parti Negara.

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Muar Dalam, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957.

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Menteri Kabinet[sunting | sunting sumber]

Dari 1955-1963, Aziz dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Koperasi. Tahun 1955 menyaksikan perpecahan antara Aziz dengan rakan-rakan Kabinet, terutamanya Tunku Abdul Rahman dan Abdul Razak - berhubung pembangunan luar bandar. Beliau tidak setuju dengan Manifesto 1955 kerana menolak tuntutan kemerdekaan. Dalam memoirnya, Aziz mahu pegawai ekspatriat British diganti atau "Malayanisation". Aziz mahukan kebebasan akhbar kerana terhakis selepas 1955. Aziz Ishak tinggal di No 1, Jalan Kenny (Jalan Tunku), Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Selaku menteri pertanian, beliau mencadangka projek kilang baja urea tapi cadangannya ditolak. Beliau menukarkan nama Sekolah Umum kepada Sekolah Kebangsaan semasa memangku Menteri Pelajaran dari Mohd Khir Johari.

Aziz meletak jawatan daripada Kabinet Tunku pada tahun 1963 selepas beliau dipindahkan ke Kementerian Kesihatan. Tunku dan rakan-rakan Kabinet mahu menukar strategi pembangunan luar bandar. Tiada tempat untuk sosialis dalam Kabinet dan meneruskan polisi-polisi kapitalis dan ekonomi pasaran bebas. Tidak lama selepas itu, beliau dipecat dari UMNO .

Aziz akhirnya membentuk Parti Konvensyen Negara dan menyertai sayap kiri Barisan Sosialis Rakyat Malaya bersama-sama dengan Parti Buruh Malaya dan Parti Rakyat untuk bertanding Pilihan raya umum Malaysia 1964.

Tahanan ISA[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1963, sejurus selepas Konfrontasi Malaysia - Indonesia , kerajaan Perikatan menahan ahli politik dan aktivis pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ). Antara yang ditangkap dan ditahan ialah Ahmad Boestamam , Ishak Haji Muhammad , Abdul Aziz Ishak (ketua Geram), Datuk Kampo Radjo (kemudian presiden PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar dan beratus-ratus orang lain.

Aziz dituduh sebagai pengkhianat dan bekerjasama dengan ejen-ejen Indonesia untuk membentuk kerajaan dalam buangan tapi beliau nafikan. Beliau telah ditahan ISA dari 1965-1966.

Beliau menolak semua tawaran anugerah oleh kerajaan negeri dan persekutuan.

Hasil karya[sunting | sunting sumber]

  • 'Special Guest: The Detention in Malaysia of an Ex-Cabinet Minister'. Buku ini diharamkan dan hanya dibenarkan akses terhad di perpustakaan universiti. Buku biografi bertajuk 'Katak Keluar dari Bawah Tempurong' (1955) .
  • Katak Keluar dari Bawah Tempurong (1955)

Rujukan[sunting | sunting sumber]