Azizah Ariffin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Azizan Ariffin.
Azizah Ariffin
Kelahiran (1969-06-10) 10 Jun 1969 (umur 50)
Ayer Hitam, Pulau Pinang, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPenyampai berita, pengacara
Tahun aktif1990-kini
Majikan
PasanganMohd Khafairil Mohd Khalil (k. 2007)

Azizah Ariffin (lahir 10 Jun 1969) merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia. Beliau terkenal sebagai persoanaliti TV3 yang mana beliau telah berkhidmat di TV3 selama 20 tahun, dari 1996 hingga 2016.[1]

Azizah memulakan kerjaya awalnya sebagai penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari 1990 sehingga 1995. Beliau kemudiannya menyertai TV3 pada 1996 sebagai penyampai beritanya, kemudian diserap sebagai pengacara untuk beberapa rancangan TV3 termasuk Nona dan Wanita Hari Ini. Sejak 2017, Azizah berkhidmat di TV AlHijrah.[2]

Beliau berkahwin dengan Mohd Khafairil Mohd Khalil, rakan setugasnya di Media Prima pada 20 Ogos 2007. Azizah mempunyai tiga anak dari perkahwinan terdahulu.[3] Azizah mula memakai tudung pada 10 Jun 2008, sempena ulang tahun kelahirannya ke-39.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Metra Syahril Mohamed (13 Jun 2009). Azizah temui ketenangan Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 November 2009.
  2. ^ Wan Kamaruddin & Azizah Ariffin sertai Berita AlHijrah My News Hub (4 Julai 2017). Dicapai pada 1 November 2017.
  3. ^ Wanda Idris (26 Ogos 2008). Restu keluarga membahagiakan Azizah Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 November 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]