Azizah binti Mohamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Azizah Mohamad)

Azizah binti Mohamad
Datin Azizah binti Mohamad menghiasi kulit album Orkes Nirwana
Kelahiran
Azizah binti Mohamad

1947 (1947)
Meninggal dunia26 April 2013(2013-04-26) (umur 65–66)
Sebab kematianKanser Rahim [1]
DikebumikanKuala Lumpur
WarganegaraVokal
PekerjaanPenyanyi
PasanganDato' A. Rahman Hassan (k. 1970; m. 2013)

Datin Azizah binti Mohamad merupakan penyanyi Kumpulan Orkes Nirwana yang juga pernah menyertai Kumpulan Kawan, yakni kumpulan marhaban yang disertai beberapa seniman veteran lain. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk A. Rahman Hassan.

Ketika era 60-an, pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Azizah Mohamad sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan Orkes Nirwana. Azizah pernah merakamkan tiga EP solo dan popular menerusi lagu:

  • Syurga Idaman;
  • Pergilah Kandaku; dan
  • Dikaulah Harapanku.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Datin Azizah menurut laporan beberapa media menghidap pelbagai komplikasi antaranya kencing manis, darah tinggi, jangkitan kuman dalam paru-paru dan kanser pangkal rahim yang dikesan sejak awal tahun 2013. Datin Azizah Mohamad, kembali ke Rahmatullah pada tepat jam 11.26 malam, Jumaat 26 April 2013.[2]

Album[sunting | sunting sumber]


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Pergilah Kanda
  • Syurga Idaman
  • Bahagialah Hendaknya
  • Dikaulah Harapanku.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Belasungkawa: Reda pemergian Azizah.
  2. ^ "Al-Fatihah Buat Datin Azizah Mohamad". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-26. Dicapai pada 2014-05-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]