Azizan Baharuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin adalah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Sebelum itu, beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuatkuasa 1 November 2011. Beliau adalah Pensyarah Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya . Pelantikan beliau dibuat secara pinjaman daripada Universiti Malaya selama dua tahun.

Beliau menggantikan Prof Dato' Sri Dr Zaleha Kamaruddin yang dilantik Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Azizan Baharuddin (56 tahun ) mempunyai 33 tahun pengalaman dalam pendidikan sains di peringkat nasional dan antarabangsa. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]