Azizul Annuar Adenan
YB Tuan Azizul Annuar Bin Pehin Sri Adenan Satem (lahir 1991) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Tanjong Datu. Beliau juga adalah ADUN Termuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menang pada pilihanraya negeri lepas. Azizul juga merupakan Anak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak Iaitu, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem sekaligus meneruskan legasi beliau dalam arena politik.
Azizul Annuar Adenan | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Tanjong Datu | |
| Menyandang jawatan 18 Disember 2021 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 4,502 (2021) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1991 (34 tahun) |
| Kerakyatan | |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | Gabungan Parti Sarawak (2018-kini) |
| Pasangan | Puan Nurul Haziemah |
| Pertalian | Adenan Satem (Bapa) Hazland Abang Hipni (Bapa Mertua) |
| Tempat belajar | Murdoch University, Australia (BEc) |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
| Laman web | https://www.facebook.com/share/1FWjB221Ti/?mibextid=wwXIfr |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Sarawak :
Keputusan PRN-12
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, kerusi DUN Tanjong Datu (N.03) menyaksikan pertandingan empat penjuru. Calon GPS-PBB, Azizul Annuar Adenan, berjaya menang dengan memperoleh 5,423 undi, manakala lawannya terdiri daripada Jery’in Fauzi (PSB) yang mendapat 921 undi, Goem Pijar (PBK) dengan 226 undi, dan calon bebas Abdul Talip Ba’ee dengan 261 undi.
Azizul Annuar menang dengan majoriti 4,502 undi, menunjukkan sokongan padu daripada pengundi di Tanjong Datu. Beliau juga dilihat sebagai penerus legasi bapanya iaitu bekas Ketua Menteri allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem, tetapi menegaskan mahu dikenali berdasarkan kredibilitinya sendiri, bukan sekadar nama keluarganya.