Azlan Rudy Malik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azlan Rudy Malik
Kelahiran
Azlan Rudy bin Abdul Malik

1977 (umur 46–47)
Nama lainRudy, Rudy Pop Shuvit
PekerjaanPemuzik, Ketua Pegawai Operasi 1Malaysia for Youth
Terkenal keranaSebagai pemain dram kumpulan Pop Shuvit
Ibu bapaAbdul Malik Abdul Rahmah
Anne Malik
SaudaraAzril Dino Malik (adik)
Azwin Andy Malik (adik)

Azlan Rudy Abdul Malik ialah seorang ahli muzik Malaysia dan merupakan pemain dram kumpulan rap rock Malaysia, Pop Shuvit. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Operasi 1Malaysia for Youth (1M4U).[1] Adik-beradiknya juga turut bergiat aktif dalam bidang muzik, adiknya, Azril Dino ialah pemain dram kumpulan Frequency Cannon, manakala seorang lagi adiknya, Azwin Andy ialah pemain dram kumpulan Estranged.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Rudy mendapat pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya, Selangor. Selepas tamat pengajian A Level di Kolej Sunway (kini Universiti Sunway), beliau menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan dan kewangan di Kolej Damansara Utama (KDU) di Petaling Jaya.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Akauntan[sunting | sunting sumber]

Rudy memulakan kerjayanya sebagai akauntan di IBM Malaysia Sdn. Bhd. (IBM Malaysia), pada 2000. Semasa bersama IBM, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengurus projek selepas bekerja selama tujuh tahun di syarikat teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Beliau menerima jawatan itu selepas bekerja setahun di New York, sekitar 2007.[1]

Pop Shuvit[sunting | sunting sumber]

Rudy bersama Moots! menubuhkan kumpulan Pop Shuvit pada 2001,[1] di mana beliau berkhidmat sebagai pemain dram, dan ketua kumpulan. Bersama Pop Shuvit, beliau menerbitkan lima album – Take It & Shuvit (2002), Here & Now (2005), Amped & Dangerous (2006), Freakshow Vol. 1: Tales of the Travelling Tunes (2007) dan Cherry Blossom Love Affair (2011).

1M4U[sunting | sunting sumber]

Rudy menyertai iM4U pada 2013 sebagai Pengarah Perkhidmatan Korporat, di mana beliau mengetuai pasukan yang mengawasi kewangan, perolehan dan sumber manusia organisasi.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Operasi pada 2014. Di bawah kempimpinannya, iM4U melancarkan stesen radio pertama, iM4U fm. Selain mendirikan stesen radio pertama, iM4U juga telah menganjurkan program sukarela berskala besar seperti Sukarelawan Malaysia, Konvensyen dan Sambutan Rundingan dan Rundingan Keluar yang telah berjaya melibatkan sukarelawan kumpulan umur dan latar belakang yang berbeza. Juga, di bawah bidang kuasanya, iM4U telah memulakan program rangkaian sukarelawan pertama, ASEAN4U yang menyatukan 70 perwakilan ASEAN.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang kesemuanya lelaki, kepada ibu bapanya, Abdul Malik Rahmah dan Anne Malik. Beliau berkahwin dengan Intan Kartini pada 2008 dan dikurniakan dua cahayamata perempuan—Eva Lestari (lahir 2009) dan Erin Azalea (lahir 2013).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Amira Amaly Syafaat (8 November 2015). "Rudy... akauntan prihatin". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-16. Dicapai pada 16 Januari 2016.
  2. ^ Feride Hikmet Atak (19 Februari 2008). "Rudy, Dino dan Andy - tiga jiwa satu cinta". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-16. Dicapai pada 16 Januari 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]