Azlan Shah Kamaruzaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azlan Shah Kamaruzaman
WarganegaraMalaysia
Lahir (1984-10-01) 1 Oktober 1984 (umur 39)
Klang, Selangor, Malaysia
Pasukan kiniONEXOX TKKR SAG Racing Team
Nombor motosikal25
Statistik karier lumba motosikal
Kejohanan Dunia Moto2
Tahun aktif2013-2015
PengilangMoriwaki, Kalex
Juara0
Kedudukan Kejohanan 201523rd (24 pts)
Permulaan Menang Podium Petak
pertama
Pusingan
terpantas
Mata
40 0 0 0 0 24

Azlan Shah Kamaruzaman lahir pada (1 Oktober 1984) ialah seorang pelumba motosikal dari Malaysia. Beliau kini bersaing dalam Kejohanan ASB1000 Kejuaraan Asia Road Racing (ARRC) di atas BMW S1000RR.

Karier[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Moto 2 (2013–2015)[sunting | sunting sumber]

Dia melakukan debut pertamanya sebagai pelumba gantian bagi Yuki Takahashi di 2013 San Marino Grand Prix dan menamatkan perlumbaan di tempat ke 23 . Menjadi empat pelumba dari ARRC untuk berlumba di Moto2 selepas Thitipong Warokorn, Doni Tata Pradita dan Rafid Topan Sucipto.[1] Beliau adalah pemenang untuk kejohanan 2013 SuperSports 600cc Asia Road Racing Championship.[2]

Pada 2014, dia menyambung berlumba untuk pasukan Idemitsu Honda Team Asia di Moto2 World Championship, bersama rakan sepasukan yang baharu, Takaaki Nakagami.[3] Beliau kekal bersama pasukan ke tahun 2015, Dimana rekod terbaiknya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 4 ( Litar Motegi).

Sebelum musim Moto2 2016, beliau pada mulanya menarik diri daripada kejohanan kerana masalah kewangan tetapi kemudian kembali apabila JPMoto Malaysia diambil alih oleh FGV Malaysia Racing. Walau bagaimanapun, Shah menarik diri kali kedua kerana masalah kewangan selanjutnya.

Kembali ke ARRC (2016–kini)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, Shah kembali bersaing di ARRC dalam kelas Supersport 600 dengan BikeART Racing Kawasaki, di mana beliau menduduki tempat ke-3 dengan kemenangan berganda di Litar Johor. Beliau bertukar ke Manual Tech KYT Team untuk 2017, bekerjasama dengan Ahmad Yudhistira. Beliau memenangi kejohanan untuk kali kedua dengan 2 kemenangan dalam Pusingan 2 di Litar Antarabangsa Chang dan memperoleh 155 mata. Untuk tahun berikutnya, beliau kekal di pasukan, di mana beliau memenangi perlumbaan di Suzuka dan menduduki tempat ke-3 dalam kedudukan akhir.

Dengan pengenalan Kelas ASB1000 di ARRC, Shah telah direkrut oleh ONEXOX TKKR SAG Team untuk musim pertama kelas, menaiki BMW S1000RR. Beliau adalah pemenang perlumbaan ASB1000 pertama di Litar Antarabangsa Sepang (Pusingan 1), dan seterusnya menjaringkan kemenangan berganda dalam Pusingan 3 di Litar Antarabangsa Chang dan Pusingan 6 di Litar Antarabangsa Sepang. Beliau kini berada di tempat kedua keseluruhan di belakang bekas pelumba MotoGP Australia, Broc Parkes.

Kejohanan Dunia Supersport (2018)[sunting | sunting sumber]

Shah secara ringkas berlumba dalam Kejohanan Dunia Supersport 2018 di pusingan Litar Antarabangsa Chang sebagai pengganti Kenan Sofuoğlu di Kawasaki Puccetti Racing di mana beliau menamatkan perlumbaan di tempat ke-16.


Kejuaraan Asia Road Racing (2019)

Azlan Shah unggul sebagai Juara bagi acara ASB1000 dan itu menjadi Kejuaraan ketiga yang dimenanginya selepas di tahun 2013 dan 2017 di Acara SuperSport 600cc .

Statistik Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Perlumbaan motosikal Grand Prix[sunting | sunting sumber]

Mengikut musim[sunting | sunting sumber]

Tahun Kelas Motosikal 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Kedudukan Pts
2013 Moto2 Moriwaki QAT AME SPA FRA ITA CAT NED GER IND CZE GBR RSM
23
ARA
Ret
MAL
21
AUS
19
JPN
23
VAL
25
NC 0
2014 Moto2 Kalex QAT
18
AME
18
ARG
21
SPA
24
FRA
24
ITA
27
CAT
19
NED
Ret
GER
28
IND
20
CZE
28
GBR
25
RSM
32
ARA
19
JPN
24
AUS
DNS
MAL
20
VAL
27
NC 0
2015 Moto2 Kalex QAT
18
AME
19
ARG
17
SPA
21
FRA
19
ITA
15
CAT
19
NED
16
GER
Ret
IND
11
CZE
23
GBR
19
RSM
13
ARA
14
JPN
4
AUS
21
MAL
16
VAL
DNS
23rd 24

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Azlan Shah joins Honda Team Asia, to race in MotoGP". themalaymailonline.com. 2 September 2013. Dicapai pada 31 Januari 2014.
  2. ^ "Azlan brings it home". asiaroadracing.com. 24 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 February 2014. Dicapai pada 31 January 2014.
  3. ^ "Provisional Moto2 entry list for 2014". MotoGP.com. Dorna Sports. 14 Januari 2014. Dicapai pada 31 Januari 2014.