Azlee Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Azlee Senario)
Azlee Jaafar
Kelahiran
Muhammad Azlee bin Jaafar

(1967-06-11) 11 Jun 1967 (umur 56)
Nama lainAzlee
PekerjaanPelawak, penyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif1995–kini
PasanganAslinda Ayob
Anak-anak2

Muhammad Azlee bin Jaafar (lahir 11 Jun 1967) atau lebih dikenali sebagai Azlee Senario ialah seorang pelawak, penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau lahir di Johor dan mula mencipta nama bersama kumpulan komedi Senario pada era 1990-an.[1] Beliau juga adalah seorang penggiat muzik ghazal di Johor.

Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) pada edisi FFM 14 (1999) menerusi filem Senario The Movie. Selain lakonannya sebagai pemuda terencat akal dalam filem tersebut, lakonan Azlee sebagai pengusaha warung roti canai dalam filem Lagi-Lagi Senario (2001) juga mendapat pujian ramai pengkritik. Beliau juga amat terkenal dengan lawak membuat muka pelik kerana lawak muka peliknya itu dibuat dari mula menjadi artis sehingga sekarang. [2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 2014, Azlee pernah menerima rawatan di Hospital Damansara kerana masalah batu dalam hempedu.[3] Beliau juga pernah mengingatkan agar pelawak harus bijak dan jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. Sebelum lontarkan apa-apa kata, kenalah berfikir dulu. Berlawak kenalah berpada-pada. Azlee menasihatkan bahawa sebagai pelawak perlu menjaga sensitiviti. Pelawak juga pelu cuba elakkan berlawak dengan bahasa lucah atau ‘double meaning’.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Senario The Movie Azlee Filem pertama
2000 Senario Lagi
2001 Lagi-Lagi Senario
2003 MX3 Iskandar Shah Pelakon undangan
Lang Buana Bercabang / Baginda Sultan
Jutawan Fakir Pengurus Bank Penampilan khas
2004 I Know What You Did Last Raya Fazzley
Tangkai Jering YB
2005 Senario XX Wak Kernal
Pontianak Menjerit Azlee
2006 Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita Boy
2008 Cinta U-Turn Pengurus
Senario The Movie: Episode 1 Azlee / Perompak 2
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak Pak Mor
Senario The Movie Episode 2: Beach Boys Azlee
2010 Zoo Rain
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Pak Mor
Senario Asam Garam Pak Adam
Magika Hang Kasturi Penampilan khas bersama Senario
Ngangkung Dr. Atha
2011 Senario The Movie Ops Pocot Azlee
2012 Nongkrong Bomoh Ulik Mayang
2016 Lu Mafia Gua Gangster Doktor
2020 Syif Malam Raya Tok Said
2021 10 Tips Tipu Bini Dato' Dean
Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut Tok Bomoh
Kampung Latah Kena Kuarantin Tok Penghulu
Rumah Madu Ku Berhantu Ali
2022 Jaga-Jaga Senariounion Azlee
Zaara Hashim
2023 Sumpahan Syaitan Abu
Sue-On YB Li
Misteri Roh Pulau Penunggu
TBA Senario The Legend Dalam perancangan
Musytari Dalam perancangan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Phua Chu Kang (Musim 6) Dirinya sendiri Mediacorp Saluran 5 Episod: "Senario Terburuk"
2006 Sembilu Kasih Azlee TV3
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series Pak Mor Astro Warna
2017 Joyah Azli TV9
2018 Ramadan dan Hamdan Tuan Azlee TV3
2019 Aku Tak Raya Dirinya sendiri Penampilan khas
2022 Anak Beranak Abe Yie Abe Yie
2023 Misi Seramedi Tok Ketua TV Okey
2024 Otai@Kolej Mahmod TV1

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Senario: Musang Berjanggut TV3
2010 Senario: Ejen 003
2013 Senario: Misteri Malam Raya
2015 Akhil Yang Bakhil Pak Jali TV9
2019 Kau, Aku, Hantu Raya Pak Usop TV2
2022 Sejenis Raya Senariounion Azlan / Azlee Astro Warna

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1996–2013 Senario Pelbagai watak TV3
2014 Dalang Prank Artis jemputan Astro Warna
2016 Sembang Pacak (Musim 1) Pengacara bersama Along Cham
2021 Riuh Family 2 Dirinya sendiri bersama keluarga Awesome TV
Havoc Nak Raya Dirinya sendiri bersama ahli kumpulan Senario TV3
2022-2023 Gelanggang Awesome Raja Lawak Tetamu Undangan Awesome TV
2023 Kampung Senariuh Pak Azlee

Peserta[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kumpulan Catatan
1995 Sinaran Pasport Kegemilangan AA Wow
2015 Juara Parodi 2015 Senaman bersama Lan Pet Pet & Firman
2019 Maharaja Lawak Mega 2019 Stone bersama Mamat Sepah & Acong Sweetchild
2021 Maharaja Lawak Mega 2021 Otai bersama Acong Sweetchild & Ieda Moin

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Untuk
2024 "Lebaran Menjelma" Suria

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tiada Wahid bukan halangan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-11. Dicapai pada 2018-08-11.
  2. ^ Azlee mahu muncul dengan sitkom Senario Reunion. Diarkibkan 2017-05-11 di Wayback Machine Kosmo Online
  3. ^ Derita berakhir, Azlee dedah rahsia kembali pulih.
  4. ^ Berlawak jangan sampai menyinggung.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]