Azli Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB Tuan Haji

Azli Yusof

AP
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Shah Alam, Selangor
Memegang jawatan
19 November 2022
Didahului oleh Khalid Samad
Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor
Dalam jawatan
2019–2022
PresidenMohamad Sabu
Pengerusi AMANAH SelangorIzham Hashim
Didahului olehSaari Sungib
Butiran peribadi
Lahir (1967-03-15) 15 Mac 1967 (umur 57)
Sungai Besar, Selangor
PasanganNoraini Abu Bakar
Anak-anak4
PekerjaanAhli politik

YB Tuan Azli Yusof (Jawi: ازلي يوسف; lahir 15 Mac 1967) adalah merupakan Ahli Parlimen Shah Alam yang memenangi kerusi tersebut pada tahun 2022 lalu. Beliau juga adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dari Julai 2018 hingga Februari 2020. Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 2018 hingga 2020 dan sebagai Ahli Majlis MBSA, Majlis Bandaraya Shah Alam selama 6 tahun (2009 hingga 2012, 2014 hingga 2015). Beliau dipilih sebagai Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Shah Alam sejak AMANAH ditubuhkan pada 2016 hingga hari ini. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor sejak 2019. Sepanjang menjadi Ahli Lembaga Penasihat DBKL dan Ahli Majlis MBSA, Azli terlibat dalam pelbagai jawatankuasa tetap utama termasuk Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Kejuruteraan dan Bangunan, Jawatankuasa One Stop Centre (OSC), Jawatankuasa Audit dan Penilaian Dalaman, Jawatankuasa Bandar Pintar serta Jawatankuasa Pelesenan dan Penguatkuasaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk bagi Zon 1 meliputi Seksyen 2, 3, 4, 14 dan Pusat Bandaraya Shah Alam serta Zon 6 meliputi Seksyen 17, 18 dan Padang Jawa.

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Parliament of Malaysia
Year Constituency Votes Pct Opponent(s) Votes Pct Ballots cast Majority Turnout
2022 P108 Shah Alam, Selangor Azli Yusof (AMANAH) 61,409 45.93% Afif Bahardin (BERSATU) 43,314 31.90% 137,082 18,095 81.92%
Isham Jalil (UMNO) 28,266 20.82%
Templat:Party shading/Party of Homeland's Fighters | Muhammad Rafique Rashid Ali (PEJUANG) 2,781 2.05%

Templat:Malaysia 15th FedRep

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Azli berkelulusan ijazah Pengurusan Kejuruteraan dari University of Missouri-Rolla USA (1990), dan memperolehi sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Logistik) dari UNISEL (2010).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Azli mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam industri global khususnya berkaitan pengurusan projek & reka bentuk perindustrian dalam industri pembinaan dan logistik. Beliau ditugaskan untuk mengendalikan projek gabungan bernilai lebih RM100 juta setahun. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengarah projek bagi Rantau Asia Tenggara dengan DEXION ASIA.

Penglibatan Komuniti, Sosial dan Kemanusiaan[sunting | sunting sumber]

Azli dilantik sebagai Nazir Masjid Jamek Tun Raja Uda, Seksyen 16 Shah Alam pada tahun 2012. Beliau juga pernah diberi tanggungjawab sebagai Imam Surau At-Taqwa Seksyen 7 Shah Alam. Beliau juga merupakan pengasas dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Sekolah Rendah Islam Pintar, Shah Alam sejak tahun 1999. Beliau adalah salah seorang pengasas Muslim Care Malaysia, sebuah NGO kemanusiaan tanpa sempadan pada tahun 2005 dan kemudian pada tahun 2014 beliau bersama-sama mengasaskan Salam Relief yang juga merupakan satu lagi NGO berasaskan kemanusiaan. Beliau terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan di Shah Alam serta di seluruh Selangor dan negeri-negeri lain. Beliau juga pernah terlibat dengan misi bantuan antarabangsa seperti semasa Tsunami di Acheh, Sumatera dan gempa bumi di Bantul Jogjakarta.

Lain-lain Afiliasi[sunting | sunting sumber]

  • Pakatan Harapan (2015-kini)
  • Malaysia Islamic Society of North America [MISNA] (Pengasas bersama, 1990)
  • Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), (Naib Presiden, 2019-kini)
  • Persatuan Muslim Care Malaysia (Pengasas bersama, 2005)
  • Salam Relief (Pengasas bersama, 2014)

Pasangan[sunting | sunting sumber]

Noraini Abu Bakar (Pesara Guru)[sunting | sunting sumber]

  • SMK Seksyen 9 Shah Alam, SMK Taman Medan (terakhir sebelum bersara)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Masjid Negeri Selangor
  • Penolong Setiausaha Persatuan Muballighat Negeri Selangor (hingga Jun 2022)

Anak-Anak[sunting | sunting sumber]

4 orang

Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Pengarah Projek bagi Rantau Asia Tenggara, DEXION ASIA

Sumber[sunting | sunting sumber]

Laman Web Rasmi