Azman Abu Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Azman Abu Hassan
Kelahiran1961 (umur 60–61)
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenrePop, R&B, Balada
PekerjaanKomposer, penerbit rakaman, penggubah lagu, penyanyi, pelakon
Tahun aktif1981–kini
PasanganAzlina Aziz (k. 1992–2010)

Azman Abu Hassan (lahir 1961) ialah seorang penyanyi, pelakon, komposer, jurutera muzik dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau ialah adik kepada Adnan dan Azlan Abu Hassan.[1] Beliau juga dikenali menerusi hasil karya muziknya untuk artis rakaman, album dan filem.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah merakamkan album pertamanya yang mengambil namanya sendiri sebagai judul album di bawah label ASP pada 1987. Azman juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membintangi filem Main-main Hantu (1990) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai komposer skor muzik. Filem ini turut dibintangi oleh Nancie Foo dan Noralbaniah.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bapanya, Abu Hassan Ali merupakan seorang tokoh akademik. Azman pernah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi Azlina Aziz pada 25 April 1992 namun jodoh mereka berakhir pada Ogos 2010. Pasangan ini tidak dikurniakan zuriat.[3][4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adam Salleh; Zurina Waji (12 Julai 1998). "Irama keluarga Abu Hassan". Metro Ahad. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
  2. ^ Noor Sham Saleh (29 Jun 1997). "Azman senang di belakang tabir". Metro Ahad. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  3. ^ "Azlina, Azman selamat nikah". Berita Minggu. 26 April 1992. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
  4. ^ Rosidi Daud (14 Januari 1991). "Azman and Azlina keep 'em guessing". The Malay Mail. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
  5. ^ OTHMAN, KEMALIA. "Azlina Aziz Sudah Berpisah Dengan Suami - Berita Hiburan - mStar". mstar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 2017-01-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]