Azman Mahalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Azman Mahalan merupakan ahli politik Malaysia dari UMNO Perak. Beliau pernah menjadi Exco kerajaan negeri Perak semasa Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Rasuah politik[sunting | sunting sumber]

Pada 212 Januari 2010 , Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop membenarkan rayuan pendakwa untuk mensabitkan Azman, 68, yang ketika itu Ketua UMNO Bahagian Tapah, atas tuduhan pertama memberi suapan RM2,000 kepada seorang kontraktor, Mohd Kamal Rabaii. Suapan itu agar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah (Pazli Abdullah Sani) kekal muflis dan tidak layak bertanding untuk menentang Azman bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 22 April 2001. Rasuah itu diberikan pada No 29, Jalan Lengkok Pasar, Rapat Setia, Ipoh, antara 6 petang dan 7 malam, 6 April 2001.

Bagaimanapun Azman dibebaskan dari tuduhan kedua ; memberi rasuah RM5,000 kepada Mohd Kamal untuk tujuan serupa di tempat yang sama antara 8.30 malam dan 11 malam, 9 April, 2001.

Azman tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 2004.Pada 22 Ogos 2005, Mahkamah Sesyen Ipoh mendapati Azman bersalah atas dua tuduhan itu. Hakim menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 atau penjara enam bulan bagi tuduhan pertama dan penjara dua tahun penjara denda RM25,000 atau penjara setahun bagi tuduhan kedua.

Timbalan Pendakwa Raya ialah Saiful Edris Zainuddin .Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdulah membela Azman Mahalan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]