Azman Mokhtar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri Datuk Wira

Azman Mokhtar

PSM; DCSM (Melaka); DIMP (Pahang)
Pengerusi Lembaga Tabung Haji
Memegang jawatan
20 Disember 2021
Didahului olehMohammed Nor Md Yusof
Ahli Majlis Pemulihan Negara
Memegang jawatan
21 Julai 2021
PengerusiMuhyiddin Yassin
Pengerusi Lembaga Pengarah
Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam
Memegang jawatan
21 Jun 2021
Didahului olehNor Shamsiah Mohd Yunus
Pengerusi Lembaga Pengarah
Universiti Teknologi Malaysia
Memegang jawatan
5 April 2021
CanselorRaja Zarith Sofiah
Didahului olehAbdul Halim Ali
Pengarah Urusan
Khazanah Nasional
Dalam jawatan
1 Jun 2004 – 26 Julai 2018
Didahului olehAnwar Aji
Digantikan olehShahril Ridza Ridzuan
Butiran peribadi
Lahir (1961-01-23) 23 Januari 1961 (umur 63)
Melaka, Tanah Melayu
PekerjaanAhli perniagaan
ProfesionAkauntan

Tan Sri Dato' Azman bin Haji Mokhtar ialah seorang tokoh korporat di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji berkuat kuasa pada 20 Disember 2021[1]. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Khazanah Nasional yang dilantik pada bulan Jun 2004 hingga Julai 2018. Selain Tabung Haji, beliau juga dilantik menjadi Pengerusi Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF)[2] dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM)[3].

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Azman Mokhtar dilahirkan pada 23 Januari 1961 di Melaka. Beliau memiliki Diploma Siswazah dalam Kajian Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur, dan menyertai kursus Sarjana Falsafah dalam Kajian Pembangunan di Kolej Darwin, Universiti Cambridge, United Kingdom sebagai seorang pemegang biasiswa Chevening. Selain itu, beliau juga merupakan Felo Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), United Kingdom, serta ahli profesional Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA).

Antara tahun 1994 dan 1998, Azman merupakan Pengarah dan Ketua Penyelidikan untuk Union Bank of Switzerland di Malaysia sebelum menjadi Ketua Penyelidikan di Salomon Smith Barney yang berpusat di Malaysia antara tahun 1998 hingga tahun 2002. Beliau kemudian menjadi Pengarah Urusan BinaFikir Sdn. Bhd. sehingga Mei 2004 sebelum menyertai Khazanah Nasional.

Selepas bersara daripada Khazanah, Azman aktif dalam pelbagai perkhidmatan awam, akademik dan organisasi komersial antaranya dilantik menjadi Felo Pelawat Tersohor di Pusat Pengajian Pembangunan, Universiti Cambridge, United Kingdom, Felo Bye-Fellow Kolej Darwin, (University Cambridge) dan Profesor Adjung di UTM.

Beliau juga kini merupakan ahli Global Future Council on Investing of the World Economic Forum, ahli Jawatankuasa Pemandu Forum Kewangan Etika Global dan Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan Pusat Pengajian Islam Oxford.

Pada awal tahun lalu, beliau mengasaskan Fitrah Capital Associates, sebuah firma penasihat kewangan dan strategi yang diperbadankan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selain berperanan sebagai Pemegang Piagam Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA) dan Fellow Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA)[3]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Azman Mokhtar dilantik Pengerusi Tabung Haji". Harakahdaily. 20 Disember 2021. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  2. ^ "Azman Mokhtar dilantik Pengerusi INCEIF". BHarian. September 15, 2021. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  3. ^ a b MOHAMAD FAIZAL HASHIM (6 Mei 2021). "UTM lantik Azman Mokhtar sebagai Pengarah LPU". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Disember 2021.