Azmee Abdul Manap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Daqmie" dilencongkan di sini.
Daqmie
KelahiranAzmee bin Abdul Manap
(1971-01-20) 20 Januari 1971 (umur 48)
Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka Melaka
KediamanShah Alam, Selangor Selangor
Nama lainD'Mee, D'Miee, Dakmie
PendidikanSK Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka;
SM Simpang Empat (kini SMK Naning), Alor Gajah, Melaka;
SM Dato' Dol Said, Alor Gajah, Melaka
Pusat pendidikanInstitut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) (kini Universiti Tun Abdul Razak)
PekerjaanPenyanyi, penggubah lagu, pemuzik, penulis lirik, penerbit album, penerbit rakaman, penata bunyi, guru vokal, ahli perniagaan
Tahun aktif1989–kini
PasanganSyarifah Dhurrah Uzma binti Syed Jaafar Muhiddin (k. 2017)
Kerjaya muzik
GenreRock, Metal, Pop, Balada, Nasyid
InstrumenVokal, piano, keyboard, gitar
Syarikat rakaman
Noize Music Sdn. Bhd., NSR (New Southern Records), Loonaq Records, NC Records, Inteam Records
Kegiatan berkaitan
Kumpulan East, Kumpulan Barongan, Dendang Anak, Metrowealth Pictures, Farihin Abdul Fatah, ITO Lara, Raihan, Nazrey Johani, Hijjaz, Rabbani, Brothers, Saujana, NowSeeHeart, Datuk Sharifah Aini, Saleem, Aishah, A to Z, kumpulan Redang, Mu'adz Dzulkefly, As-Saufee, Diwani, Durrani, Haikal, Ideal, In-Team, Mestica, Sabda, Wildan, Varians, Demascus, AlarmMe, Algebra, kumpulan FINE
Pengasas Nasyeed Edutainment Sdn. Bhd. (NESB), atau lebih dikenali sebagai Nasyeed.Com
Memegang jawatan
2008

Azmee bin Abdul Manap (Jawi: عزمي بن عبدالمنڤ; lahir 20 Januari 1971) atau lebih dikenali sebagai Daqmie, merupakan seorang penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, penulis lirik, penerbit album, penerbit rakaman, penata bunyi, guru vokal dan ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia.

Isi kandungan

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Azmee membesar dalam suasana sederhana di Kampung Paya, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Walaupun tempat tinggal beliau terletak di negeri Melaka, beliau dibesarkan dengan Adat Perpatih, kerana ibu beliau berasal daripada suku Anak Melaka dan bapa beliau pula berasal daripada suku Biduanda Naning. Bahasa percakapan seharian mereka juga menggunakan loghat Bahasa Nogoghi atau Nogori.[1]

Bapa beliau, Ustaz Haji Abdul Manap Hassan, merupakan seorang guru di Sekolah Rendah Alor Gajah 1, sebuah sekolah rendah aliran Melayu.[2]

Latar belakang pendidikan[sunting | sunting sumber]

Azmee memulakan alam persekolahan beliau di Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat (kini Sekolah Kebangsaan Simpang Empat), Alor Gajah pada tahun 1978.[3]

Beliau kemudiannya menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Simpang Ampat (Sekolah Menengah Simpang Empat - kini Sekolah Menengah Kebangsaan Naning), Alor Gajah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Selepas itu, beliau berpindah pula ke Sekolah Menengah Dato' Dol Said yang merupakan sebuah sekolah menengah berasrama yang juga terletak di Alor Gajah, dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6.[4]

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam jurusan Accounting Finance (Perakaunan Kewangan) di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) (kini Universiti Tun Abdul Razak) dari tahun 1995 hingga 1997.

Bakat[sunting | sunting sumber]

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Azmee tidak pernah didedahkan kepada muzik kerana kawasan tempat tinggal beliau pada masa itu tidak mempunyai bekalan elektrik dan keluarga beliau pula tidak mempunyai radio atau pun televisyen, sehinggalah beliau berumur 7 atau 8 tahun. Beliau hanya menerima pendedahan kepada bidang seni suara ketika beliau berumur 5 atau 6 tahun, apabila bapa beliau mula mengajar beliau dan anak-anak kampung yang lain untuk mengaji Al-Quran dan berqasidah. Setiap malam, tidak kurang dari 100 orang anak-anak kampung datang untuk belajar mengaji Al-Quran bersama bapa beliau. Mereka belajar beramai-ramai, dengan sekurang-kurangnya empat atau lima orang pelajar mengaji Al-Quran pada satu masa yang sama.[5]

Aura Bintang RTM[sunting | sunting sumber]

Ketika Azmee masih di sekolah rendah, beliau telah menonton sebuah rancangan pertandingan nyanyian terkenal tanah air iaitu Bintang RTM buat kali yang pertama. Kejayaan M. Rizal bergelar juara Bintang RTM 1978 telah menyemarakkan impian Azmee untuk menyanyi.

Pada tahun berikutnya pula, kejayaan Jamal Ubaidillah Ali menjadi juara Bintang RTM 1979 melalui lagu popular kumpulan Alleycats, Senandung Semalam, telah memberi impak kepada kehidupan Azmee. Beliau menyifatkan suara emas dan cara Jamal menyampaikan lagu tersebut di pentas akhir Bintang RTM 1979 telah memberikan beliau suatu kuasa seni yang tiada tolok bandingnya.[6]

Pengalaman menjadi qari[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1981, ketika Azmee masih di Darjah Empat, bakat beliau telah mula dikesan oleh Allahyarham Ustaz Baharuddin iaitu rakan sejawat kepada bapa Azmee, setelah beliau mendengar Azmee menyanyi dari kelas ke kelas di sekolah. Allahyarham mengatakan bahawa Azmee memiliki kualiti suara. Allahyarham juga mula menyiasat latar belakang Azmee melalui bapa Azmee sendiri. Sejak dari itu, Allahyarham mula melorongkan bakat Azmee kepada perkara yang lebih bermanfaat iaitu musabaqah Al-Quran.[7]

Bakat dan kebolehan Azmee juga telah dikesan oleh Ustazah Syarifah, salah seorang guru beliau di Sekolah Agama Majlis Agama Islam Negeri Melaka pada waktu petang. Azmee mula menjadi peserta qari dan mewakili sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

Dari Darjah Empat sehingga Darjah Enam, beliau berjaya menjadi johan musabaqah Al-Quran di kedua-dua peringkat - sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Beliau berjaya menjadi juara peringkat kawasan tetapi beliau kalah dalam pertandingan di peringkat daerah.

Semasa Azmee di sekolah menengah, beliau mengorak langkah untuk menjadi salah seorang pencabar terkuat dalam musabaqah. Dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Tiga, beliau berjaya menjadi juara peringkat kawasan dan juga daerah Alor Gajah. Walau bagaimanapun, beliau kalah di peringkat negeri Melaka kepada peserta-peserta yang sama setiap tahun iaitu saudara Mirmunir dan Abdullah. Pada masa itu, negeri Melaka mempunyai 3 buah daerah sahaja iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah.

Setelah Azmee berpindah ke Sekolah Menengah Dato' Dol Said, Alor Gajah, barulah beliau dapat mengalahkan Mirmunir dan Abdullah. Mereka berdua terpaksa bertanding antara satu sama lain untuk layak ke peringkat kawasan kerana mereka berdua mewakili sekolah yang sama, iaitu Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam. Azmee pernah terpilih untuk memasuki sekolah tersebut tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Akhirnya, beliau berjaya menjadi juara qari peringkat negeri Melaka bagi kategori sekolah menengah pada tahun 1988. Beliau telah dibimbing oleh guru Al-Quran beliau, Ustaz Mohd Yusof.

Bermula dari saat itu, Azmee sudah mula dikenali kerana bakat yang dimiliki beliau. Beliau mula terdedah dengan seni muzik setelah selesai menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Sahabat beliau iaitu saudara Ikhwan Zahari banyak bercerita kepada beliau mengenai dunia muzik rock pada masa itu.[8]

Kerjaya seni[sunting | sunting sumber]

Sebagai jurutera bunyi[sunting | sunting sumber]

Azmee memulakan langkahnya dalam dunia seni sebagai seorang jurutera bunyi untuk Produksi Rakam Zalikamari, syarikat milik Zalikamari atau Tengku Shaifful Bahri Zalikamari, yang terkenal kerana menaikkan karier artis-artis tahun 1980-an, terutamanya Sheila Majid. Zalikamari juga terkenal melalui penerbitan lagu tema untuk rancangan animasi Usop Sontorian dan Keluang Man.

Sepanjang kerjayanya sebagai jurutera bunyi, Azmee pernah berkhidmat bersama syarikat rakaman berikut;

• Zalikamari Studio (1991 hingga 1993)
• Booty Studio (1994 hingga 1995)
• Nearfield Studio (1996 hingga 1998)
• Flare Studios[9] (1999 hingga 2003)

Permulaan kerjaya sebagai pemuzik dan penyanyi profesional[sunting | sunting sumber]

Azmee mula belajar bermain piano secara profesional bersama adik kepada penggubah lagu terkemuka, S. Atan. Beliau kemudiannya memasuki kelas vokal di bawah kendalian Puan Siti Hajar, guru vokal terkenal tanah air.

1991-1998: Kumpulan East[sunting | sunting sumber]

Pengaruh muzik rock dan metal mula meresapi jiwa Azmee semasa beliau masih di Tingkatan Enam pada tahun 1989. Atas minat yang mendalam terhadap muzik, beliau dan rakan-rakannya menubuhkan sebuah kumpulan yang dikenali dengan nama EAST. Kumpulan tersebut pernah hadir dengan dua buah album iaitu EAST (1992) dan Generasi Metal (1998).

“Ketika itu, rasa taksub terhadap muzik metal memang menggunung. Malah, bapa saya sendiri tidak tahu yang saya mempunyai sebuah kumpulan rock ketika itu.”

“Hingga saat ini, saya tidak pernah bercerita dengannya tentang masa silam saya ketika saya taksub dengan metal. Sedikit pun tidak dikongsikan.”

“Cuma dia ada pesan yang saya ini berasal daripada keluarga yang baik-baik. Jadi kena jaga peribadi. Rupa-rupanya dia pesan itu selepas dia mengetahui daripada rakan-rakannya yang saya terlibat dengan muzik metal.”[10] - Daqmie
”Ketika saya aktif dengan muzik rock, ayah banyak membimbing saya supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang negatif. Dia tidak halang kerana tahu saya memang minat muzik.” ”Dengan peluang yang diberi saya gunakan sebaik-baiknya. Pembabitan saya itu semata-mata disebabkan minat, sebab itu saya masih lagi meneruskan kerjaya dalam bidang ini, meskipun lebih banyak melakukan kerja di sebalik tabir.”[11] - Daqmie

1997-kini: Transisi[sunting | sunting sumber]

Azmee kemudiannya menjadi penggubah lagu dan mencari apa lagi muzik yang bagus untuk beliau terokai. Dalam pencarian tersebut, beliau bertemu dengan muzik nasyid yang memberikan beliau satu nuansa yang sangat berbeza.

Segalanya bermula apabila beliau diberi peluang oleh komposer dan penerbit album terkenal, Farihin Abdul Fatah untuk melibatkan diri dalam penerbitan album kedua kumpulan Raihan, Syukur, pada tahun 1997. Pada tahun yang sama, Azmee dipertemukan dengan kumpulan Hijjaz dan beliau kemudiannya terlibat dalam penerbitan album Rindu, album keempat kumpulan tersebut pada tahun 1999.

Farihin juga telah menawarkan peluang kepada Azmee untuk bekerjasama dalam penerbitan album istimewa kumpulan Raihan sempena Ramadan dan Syawal pada tahun 1999. Kerjasama tersebut telah melahirkan album Maafkan yang diterajui kumpulan Raihan di samping kumpulan NowSeeHeart, Man Bai, Ajai, Rem dan Amir.

Setahun selepas itu, Azmee telah bekerjasama dengan kumpulan Rabbani, Rabbani Productions dan KRU Records untuk penerbitan album breakthrough Intifada.

Pada tahun 2003, kumpulan Rabbani telah menawarkan peluang kepada Azmee untuk menjadi penerbit album, penggubah lagu dan penyusun muzik yang tetap untuk Rabbani Productions.

Beliau juga telah berpeluang untuk bekerjasama dengan penyanyi solo dan kumpulan nasyid tempatan yang lain antaranya Nazrey Johani (bekas penyanyi utama kumpulan Raihan), Brothers, Saujana, Datuk Sharifah Aini, Saleem, A to Z, kumpulan Redang, Mu'adz Dzulkefly, As-Saufee, Diwani, Durrani, Haikal, Ideal, In-Team, Mestica, Sabda, Wildan, Varians, Demascus, AlarmMe dan kumpulan FINE.

Selain itu, beliau pernah bertindak sebagai penerbit album kerohanian pertama penyanyi bersuara lantang, Aishah menerusi album Anak yang diterbitkan pada tahun 2010.

2000-2003: Kumpulan Barongan[sunting | sunting sumber]

Azmee kembali ke dunia seni suara dengan menyertai Kumpulan Barongan yang memperjuangkan muzik rock dan metal tetapi mempunyai pendekatan yang menuju ke arah kerohanian, keimanan dan ketakwaan. Kumpulan tersebut popular dengan lagu-lagu seperti Kalimat Ke-7, Siapa Yang Kena, Titik Musafir, Liya Juwita, Tinggal Satu Tangki, Harung, Mereka, Aku Kaya dan Nasuha.[12][13]

Beliau yang pada masa itu lebih dikenali dengan nama panggilan D'Miee, disifatkan sebagai seorang penyanyi yang cukup berkuasa kerana mempunyai kekuatan vokal yang lantang dan keras. Beliau juga mempunyai kebolehan berqasidah dan mengaji Al-Quran dengan baik. Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya menarik diri daripada kumpulan tersebut untuk menumpukan perhatian kepada kerja-kerja penerbitan filem dan album runut bunyi untuk filem animasi versi alih bahasa Muhammad Utusan Terakhir.

2004-kini: Pendita (Dendang Anak)[sunting | sunting sumber]

Azmee kemudiannya menyertai Persatuan Kebudayaan Dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia, yang lebih dikenali sebagai kumpulan Dendang Anak, sebagai salah seorang penyanyi, pemain keyboard dan penerbit dari tahun 2004 sehingga kini.

2013-kini: Sebagai artis solo[sunting | sunting sumber]

Album solo pertama: Maulaya[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas Azmee menerbitkan album kumpulan In-Team yang berjudul Iman & Aman, Pengarah Urusan Inteam Records ketika itu, Izham Shah Mat Anuar, telah menghubungi beliau dan menawarkan peluang untuk penghasilan album.

Pada mulanya, Azmee menyangka bahawa Izham hanya bergurau dengan beliau tentang tawaran tersebut. Beliau merasa bahawa beliau sudah tua untuk mengeluarkan album solo dan mungkin tiada sesiapa yang mahu mendengar lagu-lagu beliau. Izham kemudiannya meyakinkan Azmee bahawa sebenarnya ramai peminat lagu-lagu ciptaan beliau yang menantikan album solo daripada beliau.

Dengan berbekalkan pengalaman selama 14 tahun (sejak tahun 2000) dalam penerbitan lagu dan album untuk artis-artis nasyid terkenal, serta barisan krew penerbitan yang sangat berpengalaman antaranya Alfa dan Rumie Booty (anak-anak kepada Kesuma Booty) serta Along Exists, hasilnya Azmee tampil dengan album solo beliau yang pertama pada tahun 2013 di bawah label Inteam Records berjudul Maulaya yang turut memuatkan lagu hit beliau, Tangis Sebatang Tamar.

Selain daripada lagu Tangis Sebatang Tamar, album tersebut juga menampilkan lagu-lagu runut bunyi daripada filem 7 Petala Cinta yang telah diberikan nafas baru.

Alam Musiq[sunting | sunting sumber]

Azmee kini bernaung di bawah syarikat rakaman beliau sendiri iaitu Alam Musiq, yang telah ditubuhkan pada tahun 2013, di mana ITO Lara bertindak selaku pengurus kerjaya beliau.

Selain itu, beliau telah membuka sebuah akademi pembelajaran vokal dan muzik secara silibus yang juga dikenali dengan nama Alam Musiq pada tahun yang sama. Alam Musiq membuka pengambilan pelajar dalam bilangan yang kecil dan mereka diberikan pengajian secara percuma.

Selain belajar bermain muzik dan menyanyi, pelajar yang menuntut di akademi tersebut turut diajar tentang aspek penulisan lirik dan penghasilan lagu serta aspek teknikal sebagai persediaan sebelum menjadi jurutera muzik dan anak seni yang serba boleh.[14]

Selepas mereka menamatkan pengajian dan memperoleh diploma, mereka akan disalurkan sebagai tenaga pengajar dan akademi tersebut akan mengenakan yuran pembelajaran secara berperingkat.

Azmee yang merupakan salah seorang panel NOSS (Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, mempunyai kelayakan dan kelebihan untuk mengurus tadbir akademi berkaitan kemahiran tempatan dan ia termasuklah kemahiran muzik dan vokal.[15]

Oktober 2018: Lagu Kitakan Sekampung[sunting | sunting sumber]

Azmee telah mencipta sebuah lagu tema untuk kempen Kitakan Sekampung, sebuah inisiatif di bawah program 3K iaitu Karnival Kampungku Kesayanganku anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Lagu yang juga berjudul Kitakan Sekampung itu dinyanyikan sendiri oleh Azmee bersama Tisya.[16][17][18]

Kempen Kitakan Sekampung bertujuan memupuk semangat kekitaan dan mengelakkan pergaduhan dalam masyarakat. Selain itu, kempen tersebut juga menerapkan sifat jati diri agar rakyat tidak lupa asal usul mereka.

Kredit[sunting | sunting sumber]

Penyanyi: Daqmie & Tisya
Penulis lirik : Waie Ramly / Dr. Mir Hazil
Penerbit lagu: Daqmie
Penulis lagu: Daqmie
Susunan muzik: Alfa Booty / Daqmie
Programming dan muzik : Alfa Booty dan Rumie Booty
Penata bunyi: Rumie Booty dan Ratno Junaidi
Studio mixing & mastering: RML Studio

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Azmee telah memenangi anugerah Album Nasyid Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-15 (2008) menerusi album Maulana yang diterbitkannya bersama kumpulan Rabbani.

Selain itu, beliau juga telah muncul sebagai Juara Nasyid Terbaik di Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 (ANI2014) yang telah berlangsung pada Januari 2015 melalui lagu ciptaan beliau bersama ITO Lara, seorang penulis lirik lagu nasyid terkenal tanah air, iaitu lagu Tangis Sebatang Tamar. Beliau juga telah memenangi kategori Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta dan Vokal Terbaik. ITO Lara pula telah memenangi kategori Lirik Terbaik menerusi lagu tersebut.

Tiga tahun selepas itu, beliau telah memenangi tempat ketiga dalam anugerah yang sama (kini dikenali sebagai Anugerah Nasyid) edisi 2017 (AN17) yang telah berlangsung pada Januari 2018 melalui lagu ciptaan beliau juga iaitu lagu Jalan Syahadah.

Karya di media arus perdana[sunting | sunting sumber]

Selain bergiat aktif dalam pembikinan lagu dan album, Azmee juga banyak menghasilkan lagu runut bunyi untuk filem dan drama terkenal tanah air.

Antara karya seni beliau yang terkenal adalah lagu Yang Terindah, yang merupakan lagu runut bunyi untuk filem I'm Not Single (2008) terbitan Metrowealth Pictures. Beliau mengambil inspirasi daripada cerita cinta ibu bapa beliau sendiri untuk menghasilkan lagu tersebut.

Lagu tersebut turut terkenal melalui drama bersiri AdaMaya yang merupakan kesinambungan kisah daripada filem I'm Not Single. Drama bersiri lakonan Syed Hussein (Sein Ruffedge), Lisa Surihani dan Allahyarham Faizal Yusof tersebut telah disiarkan di Slot Akasia TV3 pada tahun 2010.

Cabang lain - Nasyeed.Com[sunting | sunting sumber]

Azmee telah menubuhkan sebuah syarikat penerbitan dan pengurusan acara iaitu Nasyeed Edutainment Sdn. Bhd. (NESB), yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com pada tahun 2008 bersama 10 orang rakan kongsi. Beliau juga bertindak sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan.

Nasyeed.Com terbahagi kepada 5 anak syarikat iaitu pengurusan serta penyewaan sistem audio visual dan penataan cahaya (NC Sound & Light); studio rakaman dan penerbitan album (Nasyeed Edutainment Publishing Sdn. Bhd. (NEPSB)); pengedaran album (NC Records); bidang kreatif, terutamanya kerja-kerja grafik dan penerbitan laman web serta pengurusan acara (NC Event Management dan NC Space).

Antara pencapaian terbesar Nasyeed.Com dalam industri seni tanah air ialah penganjuran Anugerah Nasyeed.Com (ANC) yang telah berlangsung pada 13 April 2012 di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur dan disiarkan melalui stesen TV AlHijrah. Nasyeed.Com juga telah terlibat dalam penganjuran konsert Maher Zain Live in Malaysia pada tahun yang sama.[19]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Azmee (46 tahun) akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan keluarga, Syarifah Dhurrah Uzma Syed Jaafar Muhiddin, (25 tahun) dengan sekali lafaz pada pukul 5.45 petang, hari Jumaat, 15 Disember 2017.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Yusof, Imam Besar Masjid Al-Muhtadin, Sungai Seluang, Kulim, Kedah dengan disaksikan kaum keluarga serta sahabat handai kedua-dua pengantin.

Menariknya, majlis akad nikah pasangan itu diadakan serentak bersama tiga lagi pasangan lain di lokasi yang sama.

Azmee menyerahkan mas kahwin RM1,000, seutas gelang emas dan wang hantaran berjumlah RM10,000 serba satu.

Pasangan itu mengenali antara satu sama lain selepas diperkenalkan bapa Azmee sendiri, Haji Abdul Manap Hassan dan mereka mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2017.[20]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio (berkumpulan)[sunting | sunting sumber]

Bersama Kumpulan East[sunting | sunting sumber]

Bersama Kumpulan Barongan[sunting | sunting sumber]

  • 2003: A.S.A.L

Album studio (solo)[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Album Terbitan
2013 Persada Cinta
(lagu runut bunyi filem Salam Cinta)
Terbaik Nasyeed.Com
(bersama Rabbani, Mestica, Aishah, Mu'adz, Wildan dan Lamda (artis Indonesia))
NC Records
Syuhada Di Bumi Gaza Projek Palestin - Satu.Misi.Kemenangan
(bersama Dendang Anak, Mestica, Alfarabiband dan Dr. Ibrahim Ghaffar)
2019 Kitakan Sekampung Nasyid Fresh
(bersama In-Team, Rabbani, Azadan Rabbani, Ustaz Maliq Suhaimi, Fadzli Far East, Ustaz Fathi Naim, kumpulan FINE, kumpulan Al Manna, UNIC, Hafiz Hamidun, Fitri Haris, Fadzli Aziz, Mestica dan kumpulan Marhaen)
Inteam Records

Lagu runut bunyi untuk filem[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan
Tahun Lagu Filem Terbitan
2008 Dua Jiwa I'm Not Single Metrowealth Pictures
Yang Terindah
(Brian Ng (Kang)/Dakmie)
Selamat Pagi Cinta
2009 Syurga Cinta
2011 Cinta Itu Milik Kita
(Azri Abdul Aziz, Ary Basri)
Sekali Lagi
2012 Meroket Ke Bintang Seram Sejuk
Maulaya 7 Petala Cinta
7 Petala Cinta
Ilahi Lastu Lil Firdaus
(Dakmie, Alfa Booty)
Kasih Abadi
Qasidah Maulaya
Salam Cinta Salam Cinta
Persada Cinta
2013 99 Kali Rindu
Kasih Ku Mendengar Dua Kalimah (juga disebut 2 Kalimah)
2019 Bersama Tak Selamanya Jodoh Syaitan
Filem/drama yang belum dikeluarkan
(Pos-produksi)
DA Motion Media

Lagu tema untuk drama dan telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Drama/Telefilem Terbitan

Untuk siaran

2010 Yang Terindah
(Brian Ng (Kang)/Dakmie)
AdaMaya MIG Production
(kini Metrowealth Pictures)
TV3
Angin Rindu Sarajevo Angin Rindu Sarajevo Layar Consult Sdn. Bhd. TV1 RTM

Lagu rasmi untuk acara peringkat antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Acara Terbitan
2014 كانت إشارة
(Kaanat Ishaara)
bersama Mu'adz Dzulkefly (Malaysia), Mehmet Ali Aslan (Turki), Mais Shalash dan Abdelfattah Owainat (Palestin), Mousa Mustafa dan Yahya Hawwa (Syria), Rachid Gholam (Maghribi), Islam Shokry (Sepanyol), Abdulrahman Bouhbila (Algeria), Ahmad Alhajeri (Kuwait), Abdullah Alzoubi (Lubnan), Native Deen (Amerika Syarikat), Abdulqader Qawza (Yemen), Hamed Mousa dan Wajdy Alaraby (Mesir) serta Ibrahim Aldardasawi dan Khaled Alsharif (Jordan).[21][22]
Konsert mega BiR R4bia VAR,
Arenamega Show Center, Halkali Central Neighborhood, Fatih Street, Küçükçekmece, Istanbul, Turki
Vatan Media Productions

Penerbitan lagu dan album[sunting | sunting sumber]

Selama hampir 30 tahun bergiat aktif dalam dunia seni tanah air, Azmee telah banyak terbabit dalam kerja-kerja penerbitan lagu dan album, terutamanya lagu-lagu dan album yang berunsurkan kerohanian.

Lagu/Single dan album[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu/Single Album Penyanyi
1997 Syukur Raihan
1999 Rindu Hijjaz
Maafkan Raihan bersama NowSeeHeart, Man Bai, Ajai, Rem dan Amir
2000 Intifada Rabbani
2007 Maulana Rabbani
Badar 313 Tigasatutiga (313) Mestica
2008 Yang Benar Tetap Benar Algebra
2009 Mahabbah
(Mohd Asri Ubaidullah, Dakmie)
Rabbani
Kejora Sinar Zaman
(Dakmie, B.Nury)
Mahabbah
(Dakmie, B.Nury)
Syahadah
(Dakmie, B.Nury, Hj. Abu Hassan Morad)
Nurul Iman
(Dakmie, Ummuhani Abu Hassan)
2010 Anak Aishah
2013 Iman & Aman In-Team
2018 Ittihad
(Daqmie, ITO Lara)
Rabbani
Bahasa Rindu
(Daqmie, Atie (Zuryati Isa))
Kumpulan FINE
Marhaban
(Daqmie, ITO Lara)
Rabbani menampilkan Daqmie

Lagu/Album runut bunyi untuk filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu/Album Filem Terbitan Edaran
2003 Utusan Allah - Saujana
(Azmee Abdul Manap, Saujana)
Muhammad Utusan Terakhir Flare Studios Music Sdn. Bhd.[23] Inteam Records Sdn. Bhd.
(cetakan 2017)[24]
Muhammad Utusan Terakhir (album)

Lagu tema untuk drama dan telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Drama/Telefilem Terbitan

Untuk siaran

2010 Nurul Iman - Rabbani
(Dakmie, Ummuhani Abu Hassan)
Nurul Iman Anugerah Media Network dan Layar Consult Sdn. Bhd. TV2 RTM
Assalamualaikum Cinta
Mertua vs. Menantu

Lagu tema untuk rancangan televisyen berbentuk majalah/dokumentari dan berunsurkan keagamaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Rancangan Terbitan

Untuk siaran

Syahadah - Rabbani
(Dakmie, B.Nury, Hj. Abu Hassan Morad)
Rancangan dokumentari Syahadah Unit Pembangunan dan Pertanian (TV) RTM RTM
Al-Furqan RTM
An-Nur RTM

Lagu korporat[sunting | sunting sumber]

Lagu tema[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik (AIM)[sunting | sunting sumber]

Tahun yang menandakan tahun majlis itu, menganugerahkan hasil kerja pada tahun sebelumnya.

Tahun Karya tercalon/Penerima Kategori Keputusan
2008
(Anugerah Industri Muzik ke-15)
Album: Maulana
Penerbit: Rabbani & Dakmie
Album Nasyid Terbaik Menang
2010
(Anugerah Industri Muzik ke-17)
Album: MahabbahRabbani
(Mohd Asri Ubaidullah, Dakmie)
Album Nasyid Terbaik Tercalon
Lagu: Kejora Sinar ZamanRabbani
(Dakmie, B.Nury)
Lagu Nasyid Terbaik
Lagu: MahabbahRabbani
(Dakmie, B.Nury)
Lagu: SyahadahRabbani
(Dakmie, B.Nury, Hj. Abu Hassan Morad)
2016
(Anugerah Industri Muzik ke-22)
Lagu: Tangis Sebatang Tamar - Daqmie
(Daqmie/ITO Lara)
Lagu Nasyid Terbaik Tercalon

Anugerah Nasyid IKIMfm (kini Anugerah Nasyid)[sunting | sunting sumber]

Tahun Karya tercalon/Penerima Kategori Keputusan
2014
(Anugerah Nasyid IKIMfm (ANI))
Lagu: Tangis Sebatang Tamar
(Daqmie/ITO Lara)
Juara Nasyid Terbaik Menang
Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta Menang
Vokal Terbaik Menang
Lirik Terbaik (ITO Lara) Menang
2017
(Anugerah Nasyid (AN17))
Lagu: Jalan Syahadah (Daqmie) Juara Nasyid Terbaik
- Tempat ke-3
Menang

Konsert jelajah dan persembahan di luar negara[sunting | sunting sumber]

Sepanjang penglibatan Azmee dalam dunia seni, beliau sering menjadi pengarah muzik untuk konsert jelajah kumpulan Raihan dan Rabbani ke luar negara. Selepas menyertai kumpulan muzik dan kebudayaan Melayu, Dendang Anak, beliau bersama kumpulan tersebut juga sering dijemput untuk persembahan di luar negara, terutamanya di Indonesia.

2014: Konsert mega BiR R4bia VAR[sunting | sunting sumber]

  • Bersama Mu'adz Dzulkefly mewakili negara ke konsert mega BiR R4bia VAR sempena ulang tahun solidariti Mesir yang ketiga anjuran R4bia dan Kesatuan Solidariti Mesir Turki dengan kerjasama Vatan Media Productions bertempat di Arenamega Show Center, Halkali Central Neighborhood, Fatih Street, Küçükçekmece, Istanbul, Turki pada 24 Januari 2014.

Pada konsert mega tersebut, Azmee telah menyampaikan sebuah lagu daripada album solo beliau yang pertama (Maulaya) iaitu Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW. Selepas itu, Mu'adz pula menyanyikan lagu beliau yang berjudul Stand Up. Kemudian, mereka berdua menyampaikan lagu berjudul Hijrah yang menggabungkan lirik dalam bahasa Arab, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

- Konsert mega tersebut juga telah menghimpunkan artis-artis dari negara-negara lain termasuk Turki sebagai tuan rumah (Mehmet Ali Aslan), Palestin (Mais Shalash dan Abdelfattah Owainat), Syria (Mousa Mustafa dan Yahya Hawwa), Maghribi (Rachid Gholam), Sepanyol (Islam Shokry), Algeria (Abdulrahman Bouhbila), Kuwait (Ahmad Alhajeri), Lubnan (Abdullah Alzoubi), Amerika Syarikat (Native Deen), Yemen (Abdulqader Qawza), Mesir (Hamed Mousa dan Wajdy Alaraby) dan Jordan (Ibrahim Aldardasawi dan Khaled Alsharif).

Sempena konsert mega tersebut, semua artis yang terlibat telah merakamkan sebuah lagu khas yang berjudul 'Kaanat Ishaara' (Arab: 'كانت إشارة') (Inggeris: 'It's Been A Sign') yang menggabungkan lirik dalam bahasa Arab, bahasa Turki, bahasa Sepanyol, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Video muzik lagu tersebut juga telah disiarkan buat kali pertama pada konsert mega tersebut.[25][26]

Bersama kumpulan Raihan[sunting | sunting sumber]

Pengarah Muzik

Bersama kumpulan Rabbani[sunting | sunting sumber]

Pengarah Muzik bagi konsert jelajah

Bersama kumpulan Dendang Anak[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

2008

  • Pesta Gendang Nusantara (World Drum Festival) ke-11, Melaka.
  • Penang World Music Festival, Pulau Pinang.

2015

  • 5 dan 6 Disember 2015:

PORT Fest 2015, Dataran Bandaraya Ipoh, Perak.

2016

  • 30 Ogos 2016:

Citra Merdeka 2016 sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-59, Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.

2018

  • Jumaat, 16 November 2018

- 5:00 petang:
Karnival Cinta Rasul 1440H / 2018 Hulu Terengganu, Dataran Kuala Berang, Terengganu.

- 8:45 - 11:00 malam:
Karnival Mahabbah UniSZA 2018, Tapak Karnival, UniSZA Kampus Gong Badak, Terengganu - sempena Majlis IDUL ILMI KONVOKESYEN ke-10.

  • Isnin, 19 November 2018:

Persembahan solo di Karnival Mahabbah UniSZA 2018, Tapak Karnival, UniSZA Kampus Gong Badak, Terengganu - sempena Majlis IDUL ILMI KONVOKESYEN ke-10.

2019

  • 16 Februari 2019:

Persembahan undangan untuk program Solidariti Demi Kemanusiaan - Kembara Rohani (Solidarity For Humanity - Journey of Nur), Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Indonesia[sunting | sunting sumber]

  • Festival Siak Bermadah, Siak Seri Indrapura, Provinsi Riau.

- ke-6 (2008)
- ke-7 (2009)
- ke-8 (2010)
- ke-11 (2013)

2009

  • Hitam Putih Riau World Music Festival, Pekanbaru, Provinsi Riau.

2010

  • Gelar Muhibah Seni Serumpun, Pengkalan Kerinchi, Pelalawan, Provinsi Riau.
  • Pesta Musik Inderagiri.

2018

  • 4 - 7 November 2018:

Aceh International Rapa'i Festival (ACIRAF) 2018, Banda Lhokseumawe (Samudra Pasai), Aceh Darussalam.

Mesir[sunting | sunting sumber]

  • 19 - 25 April 2016:

The International Festival of Drum and Traditional Arts, Kaherah, Mesir

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pengarah Muzik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Daqmie. (2018, 29 November). #akudanmusic Introduksi - Bahagian 1 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  2. ^ Daqmie. (2018, 2 Disember). #akudanmusic Bahagian ke 3 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  3. ^ Daqmie. (2018, 1 Disember). #akudanmusic Bahagian ke 2 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  4. ^ Daqmie. (2018, 11 Disember). #akudanmusic Bahagian ke 4 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  5. ^ Daqmie. (2018, 29 November). #akudanmusic Introduksi - Bahagian 1 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  6. ^ Daqmie. (2018, 1 Disember). #akudanmusic Bahagian ke 2 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  7. ^ Daqmie. (2018, 2 Disember). #akudanmusic Bahagian ke 3 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  8. ^ Daqmie. (2018, 11 Disember). #akudanmusic Bahagian ke 4 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  9. ^ Yap Lih Huey. (2003, 30 June). RM8m animation contract breakthrough for Flare Studios. Business News, The Star Online. Dicapai pada 10 Januari 2019.
  10. ^ Muhammad Azrul Mohd. Radi. (2015, 23 Januari). Hidayah melalui muzik. Hiburan/Hits, Utusan Online. Dicapai pada Januari 2019.
  11. ^ Roni Hidayat Ridwan. (2013, 23 Disember). Dulu rock, kini nasyid. Hiburan, Kosmo! Online. Dicapai pada Januari 2019.
  12. ^ Nor Akmar Samudin. (2015, 24 April). Daqmie makin laris. MyMetro, Harian Metro. Dicapai pada Januari 2019.
  13. ^ Azmee Abdul Manap. (2018, 5 Oktober). Pembikinan Album Asal Barongan (Status Facebook). Dicapai pada 7 April 2019.
  14. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi. (2015, 17 Mei). Mencari pelapis penyanyi nasyid. Selebriti, Hiburan, Utusan Online. Dicapai pada 12 Februari 2019.
  15. ^ Amirul Haswendy Ashari. (2015, 15 Februari). Cari dana buka akademi. MyMetro, Harian Metro. Dicapai pada 12 Februari 2019.
  16. ^ Arziana Mohmad Azaman. (t.t.). Program 3K tonjol ikon pelancongan. Kumpulan Media Karangkraf. Dicapai pada 21 Mac 2019.
  17. ^ Ermizi Muhamad. (2018, 8 Jun). Wajah baru Program 3K Jun ini. Selangorkini. Dicapai pada 21 Mac 2019.
  18. ^ Nasyeed. (2018, 17 Disember). Klip Video KITAKAN SEKAMPUNG (Fail video). Dicapai pada 25 Mac 2019.
  19. ^ metrowealthpictures. (2012, 15 Mac). MiG Online - Interview Penyanyi Asal Lagu 7 petala Cinta DAKMIE (Fail video). Dicapai pada 25 Mac 2019.
  20. ^ Amirul Haswendy Ashari. (2017, 15 Disember). Daqmie dah kahwin. MyMetro, Harian Metro. Dicapai pada 15 Januari 2019.
  21. ^ Munsyeed Admin. (2014, 24 Januari). Konsert Mega BiR R4bia VAR. Munsyeed {dot} com. Dicapai pada 15 April 2019.
  22. ^ Vatan v.m.p. (2014, 27 Mac). أوبريت كانت إشارة النسخة الرسمية (Fail video). Dicapai pada 15 April 2019.
  23. ^ Muhammad Utusan Terakhir - Dapat kelulusan JAKIM. (2003, 7 November). Hiburan, Utusan Online. Dicapai pada 27 Januari 2019.
  24. ^ Album runut bunyi filem Muhammad Utusan Terakhir. (2017). Inteam Mobile. Dicapai pada 13 Februari 2019.
  25. ^ Munsyeed Admin. (2014, 24 Januari). Konsert Mega BiR R4bia VAR. Munsyeed {dot} com. Dicapai pada 13 Februari 2019.
  26. ^ Vatan v.m.p. (2014, 27 Mac). أوبريت كانت إشارة النسخة الرسمية (Fail video). Dicapai pada 31 Mac 2019.
  27. ^ Aizat Ikhwan. (2011, 12 Jun). Review: Showcase Amal Syuhada At-Taqwa. Munsyeed {dot} com. Dicapai pada 6 Mac 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "Nota" ada tetapi tag <references group="Nota"/> yang sepadan tidak disertakan