Azmi Rohani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Azmi Bin Rohani)

Azmi Rohani

Setiausaha Kerajaan Johor ke-24
Memegang jawatan
01 Januari 2017
Sultan
Menteri Besar
Didahului oleh
  • Yang Berhormat Dato' Haji Ismail bin Karim
Butiran peribadi
Lahir (1966-04-16) 16 April 1966 (umur 58)
Segamat, Johor
KerakyatanMalaysia
PasanganYang Dihormati Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah binti Abdul Latiff
Anak-anak4 orang
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia
Laman web rasmihttps://www.johor.gov.my/suk/mengenai-suk/setiausaha-kerajaan-johor

Yang Berhormat Tan Sri Dato' Dr. Haji Azmi bin Rohani (Jawi: عزمي بن روحاني) merupakan Setiausaha Kerajaan Johor yang ke-24[1] berkuatkuasa mulai 01 Januari 2017 sehingga kini[2]. Beliau dilahirkan di Segamat, Johor pada 16 April 1966 bersamaan 24 Zulhijjah 1385H.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak ketiga daripada enam (6) orang adik beradik. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah binti Abdul Latiff pada 24 November 1993 dan dikurniakan empat (4) orang cahaya mata. [3] Antara hobi beliau di masa lapang bersama keluarga adalah melakukan aktiviti rekreasi dan riadah. Di samping itu, beliau amat meminati sukan badminton dan menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Dato' Dr. Haji Azmi bin Rohani mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Sayong dan seterusnya Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin. Selepas menamatkan pendidikan Tingkatan 6 di Sekolah Melayu Ghaffar Baba, beliau menyambung pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan (Ekonomi & Pengurusan) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pada 21 Mei 2022, beliau telah berjaya menamatkan pengajian dengan Graduate on Time dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau juga dianugerahkan Pelajar Pascasiswazah Terbaik oleh Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) setelah menamatkan Pengajian Doktor Falsafah beliau.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • 1992 - Penolong Pegawai Daerah (Pejabat Daerah Muar)
  • 1995 - Penolong Pentadbir Tanah (Pejabat Tanah Kluang)
  • 1997 - Pegawai Tadbir (Jabatan Pengairan & Saliran Johor)
  • 2002 - Penolong Pentadbir Tanah I (Pejabat Tanah Kota Tinggi)
  • 2004 - Penolong Pengarah (Pendaftaran) (Pejabat Tanah Dan Galian Johor)
  • 2004 - Penolong Pengarah (Pengurus Seksyen Bank Data) (Pejabat Tanah dan Galian Johor)
  • 2006 - Pengarah (Jabatan Landskap Negeri Johor)
  • 2007 - Ketua Penolong Pengarah (Pejabat Tanah dan Galian Johor)
  • 2008 - Pentadbir Tanah (Pejabat Tanah Kota Tinggi)
  • 2011 - Timbalan Pengarah II (Pejabat Tanah dan Galian Johor)
  • 2012 - Timbalan Pengarah I (Pejabat Tanah dan Galian Johor)
  • 2014 - Pengarah (Pejabat Tanah dan Galian Johor)
  • 2017 - Setiausaha Kerajaan Johor (sehingga kini)

Senarai Tugas-Tugas[sunting | sunting sumber]

  • Menyandang jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Johor sekaligus menjadikan beliau sebagai Ketua Perkhidmatan Awam bagi Negeri Johor.
  • Ex-Officio bagi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Johor. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Johor berperanan menentukan hala tuju pembangunan Negeri dan dasar-dasar untuk memajukan serta membangunkan Negeri Johor.
  • Ex-Officio bagi Jumaah Majlis DiRaja Johor dan berperanan dalam memberi khidmat nasihat kepada Raja yang memerintah dan memastikan institusi DiRaja sentiasa dihormati dan disanjungi.
  • Ahli Pemegang Amanah, Tabung Amanah Warisan Negeri Johor, yang bertanggungjawab terhadap pemeliharaan, pemuliharaan dan pembangunan warisan serta projek-projek berkaitan pembangunan industri air.
  • Ahli Suruhanjaya Timbalan Setia Negeri Johor, yang bertanggungjawab ke atas penambahbaikan skim bagi Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
  • Setiausaha kepada Lembaga Pengampunan Negeri Johor, di mana badan ini memainkan peranan penting dalam memberikan pengampunan kepada banduan yang sedang menjalani hukuman, dengan perkenan DYMM Sultan Johor.
  • Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, sebuah badan yang bertanggungjawab dalam menetapkan dasar dan mengawal selia pembangunan perumahan di Negeri Johor.
  • Ahli Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), yang berperanan mengawal selia serta memacu pemegang taruh, sama ada Pihak Kerajaan atau Pihak Swasta dalam melaksanakan visi menjadikan Wilayah Iskandar sebagai metropolis yang kukuh dan mapan.
  • Lain-lain keanggotaan yang dianggotai di dalam pentadbiran kerajaan oleh beliau adalah Ahli Majlis Agama Islam Johor, Ahli Majlis Penasihat Haji (AMPH) Lembaga Tabung Haji, Setiausaha kepada Majlis Pangkuan Negeri, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Warisan Johor, dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.

Penglibatan dalam Sektor Korporat[sunting | sunting sumber]

  • Tidak terbatas di dalam Pentadbiran Kerajaan, beliau juga terlibat secara langsung dalam dunia korporat apabila mengganggotai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di dalam barisan Lembaga Pengarah bagi sesuatu GLC.
  • Ahli Lembaga Pengarah, Johor Corporation. Ianya merupakan GLC di bawah Kerajaan Negeri Johor yang banyak memainkan peranan dalam membawa pelaburan dan pembangunan ekonomi di Negeri Johor, selain pulangan berbentuk sosial kepada masyarakat.
  • Selain itu, beliau turut dilantik menanggotai kumpulan Lembaga Pengarah di GLC-GLC yang berada di bawah Kerajaan Negeri Johor seperti Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Perbadanan Islam Johor, PIJ Holdings, Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti, JBiotech Holdings, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) dan beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah bagi Rangkaian Hotel Seri Malaysia dari tahun 2018 hingga 2020.
  • Menganggotai Kumpulan Lembaga Pengarah bagi Kumpulan Yayasan Pelajaran Johor dan YPJ Holdings, di mana entiti ini banyak menyumbang dalam memberikan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  • Pengerusi, Perbadanan Usahawan Johor (PUJB). PUJB adalah salah sebuah GLC yang membantu membangunkan keupayaan usahawan dalam memastikan mereka mampu bersaing di peringkat tempatan dan global, serta mengukuhkan lagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berada di dalam Johor.
  • Pengerusi, PUJB Capital, sebuah anak syarikat di bawah PUJB Sdn. Bhd.
  • Penglibatan beliau di dalam kumpulan Lembaga Pengarah tidak sekadar di dalam GLC Kerajaan Negeri sahaja, malah beliau turut dilantik untuk menganggotai Kumpulan Ahli Lembaga Pengarah, Ranhill SAJ (RSAJ) dan juga Southern Catalyst Sdn. Bhd. (Sebuah anak syarikat di bawah IRDA).

Pingat dan Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

Persekutuan

Johor

Pengiktirafan & Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • 07 Julai 2021 - Anugerah Tokoh Generasi 2020 sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2021
  • 03 Disember 2022 - Pro Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • 09 Mei 2023 - Pengerusi, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
  • 05 September 2023 - Anugerah Tokoh Produktiviti Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Tahun 2023 sempena Persidangan MyMUDAH 2023 Peringkat Negeri Johor
  • 13 Disember 2023 - Pro Canselor, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Penulisan Artikel & Jurnal[sunting | sunting sumber]

  • Sebagai individu yang menjadi pelopor dalam menstruktur semula proses di dalam Pentadbiran Tanah Johor terutamanya dalam proses Pengambilan Balik Tanah semasa pelaksanaan Projek Rapid Pengerang. Tiga (3) proses kerja kerja yang megambil masa yang agak panjang dapat disingkatkan kepada satu hari sahaja. Kesemua ini dikongsikan oleh beliau dalam beberapa penulisannya. Antaranya ialah Pena Jauhar Siri 1, di bawah sub topik Pengambilan Tanah di Johor: Suatu Transformasi Baru. Beliau juga menjadi antara penulis di dalam sebuah terbitan berjudul Kompendium Tanah Johor, dan menulis berkenaan Akta Pengambilan Balik Tanah 1960: Memahami Tiga Jenis Rujukan ke Mahkamah.
  • Semasa beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Doktor Falsafah, beliau terus bergiat aktif dalam aktiviti penulisan dan menghasilkan beberapa jurnal dan artikel prosiding. Antara jurnal yang ditulis ialah: (i) Organizational Performance: Identifying Competent Human Resource Criteria, Identification of the Development Changes Exemption Criteria on Subdivision and Partition for Small Development Application on Agricultural Land dan (ii) Land Administrator Personal Competency Model Using Explotary Factor Analysis.
  • Manakala di dalam artikel atau prosiding, terdapat dua penulisan yang dihasilkan oleh beliau iaitu Towards Water Security: Water Resource Management Praxis in Land Administration dan Challenges and Practices in the Land Administration of Solar Farming Development in Johor, Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.johor.gov.my/kerajaan/info-kerajaan/senarai-setiausaha-kerajaan-johor
  2. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/01/01/johor-suk-baharu
  3. ^ https://www.johor.gov.my/suk/mengenai-suk/setiausaha-kerajaan-johor
  4. ^ "407 terima anugerah kebesaran Johor". www.malaysiakini.com. 23 November 2013.