Azmi Setapa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Dr Azmi Setapa merupakan ahli politik UMNO di Kelantan,Malaysia. Beliau ditewaskan oleh Abdullah Ya'kub (PAS) di DUN N37 Ayer Lanas, Jeli, Kelantan dalam PRU12.

Beliau merupakan Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (1984) dan Universiti Glasgow, Scotland (1986) dan Universiti Exeter, England (1993).

Sekembali ke Malaysia, beliau menjadi pensyarah di Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah (1994).

Seterusnya beliau menjadi Pengarah Ekonomi di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan (NCCIM) (1995).Pengarah Eksekutif di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Cawangan Kuala Lumpur) (1996).Ketua Bahagian Kajian Dasar di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). Kemudian menjadi Perunding Kumpulan Globalisasi dan Agenda Melayu di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) (2005).[1][2]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, calon PAS, Abdullah Ya'kub menang kerana mendapat 5,690 undi. Beliau mengalahkan Dr. Azmi Setapa (BN) yang mendapat 4,895 undi. Pada 2004,kawasan ini dimenangi oleh Datuk Mustapa Mohamed (BN) dengan majoriti 799 undi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]