Azreen Manan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Azrina Abdul Manan (1977 – 18 Ogos 2018) merupakan seorang penyanyi popular era 1990-an di Malaysia. Beliau yang menghidap kanser serviks mening­gal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya pada pukul 1.06 petang 18 Ogos 2018 pada usia 41 tahun.

Beliau pernah berkahwin pada usia 16 tahun dengan adinda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah iaitu Datuk Seri Tengku Kamarulzaman Sultan Abu Bakar pada tahun 1993.[1]

Beliau dilaporkan menghidap kanser serviks sejak dua tahun sebelumnya dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari. Jenazah Allahyarham disempurnakan di Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor sebelum di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Azreen Manan meninggal dunia akibat kanser". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-31. Dicapai pada 2018-08-31.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]