Azrinaz Mazhar Hakim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Azrinaz Mazhar
Azrinaz Mazhar Hakim.jpg
Azrinaz Mazhar menjadi penghias kulit majalah Nona keluaran Julai 2012.
Kelahiran Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar
(1979-09-23) 23 September 1979 (umur 37)
Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pendidikan Diploma Penyiaran
Pusat pendidikan Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Pekerjaan Wartawan penyiaran
Terkenal kerana Isteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah
Pasangan Sultan Hassanal Bolkiah (2005-2010; bercerai)
Anak Pengiran Muda Abdul Wakeel
Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah
Ibu bapa Hakim Mazhar bin Mohammad Johar
Fauziah binti Abdullah Mansoor

Azrinaz Mazhar Hakim (lahir 23 September 1979) merupakan bekas isteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei, dengan gelaran ketika itu, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar. Beliau merupakan bekas wartawan TV3.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Azrinaz Mazhar, atau mesra dengan panggilan Naz merupakan jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999. Beliau muncul dalam Buletin Pagi TV3 , Berita Terkini dan Buletin 1.30.

Beliau terpilih sebagai Wartawan Harapan TV3 pada 2000, selain menerima Anugerah Alumni MIIM 2002. Beliau keluar dari TV3 pada Mei 2005.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Azrinaz lahir pada 23 September 1979 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak kepada Hakim Mazhar Mohd Johar dan ibunya Fauziah Abdullah Mansoor.

Mazrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei pada 20 Ogos 2005 di Kuala Lumpur .[1] Mereka mempunyai dua anak iaitu :

Madu Azrinaz pada ketika itu ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Pada 16 Jun 2010, Sultan Hassanal Bolkiah (63) menceraikan isteri keduanya Azrinaz Mazhar Hakim (26) dengan talak satu. Berita itu disahkan melalui Radio Televisyen Brunei dan laman web [2]. Gelaran diraja Brunei 'Yang Teramat Mulia Pengiran' dan lain-lain gelaran ditarik balik.[3] Kekayaan Sultan Brunei ditafsir sekitar AS$20 bilion (RM65.25 bilion).[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]