Azrul Zaidi
Azrul Zaidi | |
---|---|
Kelahiran | Azrul Zaidi bin Jamaluddin 13 Februari 1974 Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengacara |
Tahun aktif | 1995–kini |
Terkenal kerana | Naib juara Raja Lawak Astro musim ke-2 (kumpulan Cham) |
Pasangan | Raja Norshafinaz Raja Mokhtar |
Anak | 4 |
Asrul Zaidi Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai Azrul Zaidi (lahir 13 Februari 1974) merupakan seorang pelawak, pelakon teater dan filem, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia. Beliau mula terkenal selepas menjadi naib Juara Raja Lawak Astro musim ke-2 dalam kumpulan Cham bersama dengan Along.
Isi kandungan
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Azrul dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada 13 Februari 1974. Beliau suka warna hitam dan putih. Trademark beliau ialah Orait! dan Tu Ler Pasal!
Pengalaman kerjaya[sunting | sunting sumber]
Pengacara majlis, Penyampai Radio Suria FM, pengacara TV untuk RTM, voice over iklan radio,tv dan rancangan kartun, pelakon teater ( Puteri Gunung Ledang The Musical, P. Ramlee), drama Kisah Benar, Misteri (TV3),telemovie raya, Telemovie 'Babak 22588', untuk Astro antaranya Geng Bas Sekolah Musim 3,Mustika info ,Warung kita,Penglipurlara,Redah Kasi Pecah,Dunia adik. untuk RTM antaranya Jurnal Chef,Jom rasa dan Parlimen Mini
Keluarga[sunting | sunting sumber]
Isteri beliau ialah Raja Norshafinaz Raja Mokhtar, 34 tahun (2010) dan empat orang anaknya ialah Nur Dayana Batrisyia, 6 tahun, Nur Qistina Batrisyia, 4 tahun, Muhammad Aliff Zaidi, 3 tahun, dan Muhammad Danish Zaidi, 2 tahun.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
- Naib Juara Bintang RTM Kawasan Utara (1995)
- Sinaran Pasport Kegemilangan (Separuh Akhir 1996)
- Finalis Asia Bagus Malaysia (1995)
- Johan Team Search Talent Solfun Discotheque (1997)
- Naib Johan Bintang Karaoke Medan MARA KL (1998)
- Finalis National Panasonic Singing Talent Malaysia (1998)
- Naib Juara Raja Lawak Musim 2 (2008)
Filemografi[sunting | sunting sumber]
- Diva Popular (2006)
- Anak (2008)
- Suatu Malam Kubur Berasap (2011)
- Jidin Sengal (2012)
- Adik Manja Returns (2012)
- Kecoh Hantu Raya Tok Chai (2013)
- Hantu Nan Sempit (2014)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- http://chamchillout.forumotion.com/portal.htm?pid=2&sid=5cf37cda64591e035bbc040bfc2ab19d
- Biodata Azrul di SuriaFM
- Biodata Azrul di Sinema Malaysia
- mStar Online