Azuan Wanji Shamsir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Azuan Shamsir Bin Samsuri
Mohd Azuan ketika menjalani rakaman alih suara di studio.
Kelahiran1 Ogos 1978
WarganegaraMalaysia Malaysia
Nama lainWanji, Azuan Wanji Shamsir
PekerjaanPelakon Suara
Tahun aktif2007 - kini

Mohd Azuan Shamsir Bin Samsuri (juga dikenali sebagai Azuan Wanji Shamsir) merupakan seorang pengalih suara, penyanyi, penulis lirik dan juga pengarah alih suara bagi industri alih suara dan animasi di Malaysia. Mula melibatkan diri di dalam bidang seni pada usia muda sehinggalah beliau berada dalam kumpulan Phyne Ballerz bersama rakannya Abdul Munir bin Hj Awang, Nine dan Billy. Beliau kemudian terpaksa meninggalkan rakan-rakan nyanyiannya oleh kerana membantu perniagaan keluarga ketika itu.

Kini beliau lebih di kenali dengan suara-suara watak-watak kartun seperti Ash untuk siri kartun popular Jepun Pokemon, King Julian di dalam Madagascar: Escape 2 Africa, Wolverine di dalam siri TV Wolverine and the X-Men, Hiccup di dalam DreamWorks Dragon, Ice King di dalam Adventure Time, Pavel di dalam Tron: Uprising, Yogi Bear dalam Yogi Bear: The Movie, Cedric di dalam siri kartun Disney Sofia the First. Selain dari itu, beliau juga turut terlibat dengan animasi-animasi tempatan dengan membawa watak-watak seperti King di dalam Rimba Racer, Don dan Dee di dalam Chuck Chicken dan Uno dan Analogman di dalam siri animasi Ejen Ali dan banyak lagi.

Selain dari mengalih suara Wanji juga aktif dengan kerja-kerja komuniti alih suara iaitu 'Dubbers Inc. Malaysia' dengan mengadakan program-program seperti 'Projek Kotak Suara' , 'Script Circle' , 'Live Cast' iaitu program-program bengkel alih suara dan penterjemahan buat mereka-mereka yang berminat ingin mempelajari seni mengalih suara. bagi melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang alih suara di Malaysia. Beliau masih lagi aktif mengalih suara pada siri-siri kartun TV dan juga rencana-rencana. Walaupun beliau sudah lama meninggalkan pentas nyanyian namun masih lagi menerima jemputan untuk menjadi penyanyi latar untuk rakaman album artis-artis tempatan. Beliau juga kini giat mengarah beberapa cerita dan program kanak-kanak terbaru untuk dialihkan suara ke Bahasa Melayu.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Siri Animasi[sunting | sunting sumber]

Filem Animasi[sunting | sunting sumber]

Anime[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Video Rujukan[sunting | sunting sumber]

[1] [2] [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]