Azza Zawari
Azza Elite | |
---|---|
![]() Azza sebelum berhijab. | |
Kelahiran | Noor Azzarima binti Zawari 1978 (umur 42–43) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 1990—kini |
Pasangan | Azlan Zulaily (k. 2012) |
Anak | 1 |
Noor Azzarima binti Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza Elite merupakan salah seorang daripada bekas anggota penyanyi Kumpulan ELITE , pelakon wanita , usahawan dan pengacara tv. Azza ialah pengasas kumpulan Elite yang pernah dianggotai Sasha Saidin, Abby Abadi, Watie dan Linda Rafar. Namun, Elite sudah pun berpecah apabila anggotanya membawa haluan sendiri. Azza pula ketika ini aktif sebagai pelakon dan pengacara.
Selain berlakon, Azza juga aktif dalam bidang perniagaan apabila mengeluarkan beberapa produk bawah keluaran Azza Elite Empire HQ dan antaranya Azza Elite Make-up Base, Azza Elite Talkum dan banyak lagi.[1]
Azza kini sedang menjayakan sebuah program yang mengkhususkan pembelian barangan secara atas talian iaitu LAKU Mall HD pada tahun 2017 yang akan disiarkan di HyppTV. Beliau akan mengacara bersama Dynas Mokhtar dan Iskandar Ng. LAKU Mall adalah kolaborasi antara HyppTV bersama Mangkin Prestij dan M Tanochi Home Shoppping.
Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]
Azza pernah mendirikan rumah tangga dengan Ehsan Tun Ahmad Zaidi pada 14 Februari 2001, namun tidak dikurniakan cahaya mata sehinggalah mereka bercerai pada pertengahan 2004. Pasangan itu akhirnya bercerai pada pertengahan November 2004. Namun, Azza merahsiakan perkara berkenaan dari pengetahuan umum sehinggalah baru-baru ini saja dia bersedia menerima hakikat dan membuat pengumuman.
Bagi mengisi kekosongan diri, Azza mengambil seorang anak angkat, Marrisa Jannah yang kini berusia setahun lebih. Namun, Azza sudah menganggap Marrisa seperti anaknya sendiri. Azza bakal muncul dengan album solo pertamanya yang berkonsepkan pop & dance. Album berkenaan diterbitkan syarikatnya sendiri, AR Productions.
Perkahwinan kedua Azza, 34 dan Azlan Zulaily, 25 diijabkabulkan pada 1 April 2012 di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.Suaminya Azlan Zulaily,25, yang bekerja sebagai pramugara penerbangan domestik AirAsia. Mereka sering bersama ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) setiap hari apabila suaminya pergi kerja. Perkahwinan pertamanya dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur berakhir pada tahun 2005.[2]
Pada awal Januari 2013, Azza telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Perubahan beliau disambut baik oleh suami dan ahli keluarganya.[3]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Bara | Mona | Filem pertama |
2003 | Mami Jarum Junior | ||
Jutawan Fakir | Zura | ||
2004 | Kuliah Cinta | ||
2005 | Sembilu 2005 | ||
2006 | Bujang Senang | ||
2018 | Qhaliq |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2000 | Maria Mariana The Series | Mariana | TV3 | |
2004 | Sembilu | Diana | TV2 | |
2006 | Sembilu Kasih | Diana | TV3 | |
2017 | Isteri-Isteri Ayah | Zana | ||
2018 | Makmum Yang Paling Aku Cintai | Hypp Sensasi | ||
2020 | Perempuan Tanpa Dosa | Kak Habsah | Astro Ria | |
2021 | Hari Kita Jatuh Cinta | Rohani | Awesome TV |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2020 | Aku Tak Gila | Astro Citra |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | LAKU Mall HD | Artis jemputan | HyppTV |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Jemang Rahman (2 Jun 2017). ""Eh… Tak Baik Cakap Macam Tu" – Azza (Elite)". mStar. Diarkib daripada yang asal pada 25 Julai 2017. Dicapai pada 25 Julai 2017. Parameter
|dead-url=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ Niezam Abdullah (2 April 2012). "Sembilan Tahun Beza Umur Tidak Halang Azza (Elite) & Azlan Bina Rumah Tangga". mStar. Diarkib daripada yang asal pada 25 Julai 2017. Dicapai pada 25 Julai 2017. Parameter
|dead-url=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ "Azza Elite kini sudah bertudung". Astro Awani. 4 Februari 2013. Diarkib daripada yang asal pada 25 Julai 2017. Dicapai pada 25 Julai 2017. Parameter
|dead-url=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)