BASF Petronas Chemicals

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
BASF Petronas Chemicals Sdn. Bhd.
Awam
IndustriKimia
Ditubuhkan1997; 22 tahun yang lalu (1997)
Ibu pejabatSubang Jaya, Selangor, Malaysia
Tempat dibekalkan
Malaysia
Perancang utama
Sven Crone (Pengarah Urusan)
KeluaranMonomer akrilik, pelarut, kimia khusus, ramuan aroma, pemangkin, kimia prestasi, dsb.
PerkhidmatanPengurusan Rantaian Bekalan, Perkhidmatan Logistik
Induk
Laman sesawangwww.basf-petronas.com.my

BASF Petronas Chemicals Sdn. Bhd. merupakan syarikat kimia Malaysia yang ditubuhkan pada 1997 hasil usahasama konglomerat kimia Jerman, BASF dan konglomerat minyak dan gas Malaysia, Petronas melalui anak syarikatnya, PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG).[1] Syarikat itu mengendalikan Tapak Verbund Bersepadu yang terletak di Zon Perindustrian Gebeng, Pahang.[2] Modal saham syarikat ini 60% dipegang oleh BASF dan 40% lagi oleh Petronas.[3]

Produk utama termasuk monomer akrilik, produk oxo, butanediol, Asid 2-Etilheksanoik, bahan-bahan polyisobutene yang sangat reaktif dan bahan-bahan aroma.[4][2] Sven Crone merupakan Pengarah Urusan syarikat ini sejak 1 September 2017.[5]

Pada tahun 2013, Syarikat ini telah melabur RM1.5 bilion untuk mengembangkan operasi di Gebeng, Kuantan, Pahang bagi menghasilkan produk untuk industri wangian dan perasa.[6]

BASF Petronas Chemicals menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaysia Pahang pada 18 Disember 2018, kerjasama ini melibatkan tujuh bidang utama itu memberi peluang kepada pelajar dan kakitangan UMP mendapatkan kemahiran secara berterusan, perkongsian kepakaran penyelidikan serta program tanggungjawab sosial korporat (CSR) turut diberi perhatian.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • BASF - syarikat kimia Jerman yang ditubuhkan pada 1865
  • Petronas - syarikat minyak dan gas Malaysia yang ditubuhkan pada 1974

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "BASF PETRONAS Chemicals Integrated Aroma Ingredients Complex, Gebeng, Kuantan". Chemicals Technology. Dicapai 18 Disember 2018. 
  2. ^ a b Nurluqman Suratman (18 April 2018). "BASF PETRONAS Chemicals starts up new Malaysia specialty units". ICIS. Dicapai 18 April 2018. 
  3. ^ "About us". BASF Peronas Chemicals. Dicapai 26 November 2017. 
  4. ^ "BASF PETRONAS Chemicals plans to expand production capacity for acrylic acid and butyl acrylate in Kuantan, Malaysia". BASF. 16 Ogos 2018. Dicapai 26 November 2018. 
  5. ^ "BASF Petronas Chemicals appoints Dr Sven Crone as MD". New Straits Times. 19 September 2017. Dicapai 18 Disember 2017. 
  6. ^ Joseph Chin (25 April 2013). BASF Petronas Chemicals to invest RM1.5b in Gebeng plant The Star Online. Diperoleh pada 25 April 2013.
  7. ^ Mohd Rafi Mamat (18 Disember 2018). "MoU UMP-BASF Petronas Chemical babit tujuh bidang utama". Berita Harian. Dicapai 18 Disember 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]