Bernama News Channel
Bernama News Channel | |
---|---|
![]() | |
Dilancarkan | 28 Februari 2008 |
Dimiliki oleh | Bernama |
Format gambar | HDTV (1080i 16:9) |
Cogan kata | Segalanya Tentang Anda (It’s All About You) |
Negara | ![]() |
Bahasa | Melayu Inggeris Mandarin Tamil |
Kawasan siaran | ![]() |
Ibu pejabat | Wisma Bernama No. 28 Jalan 1/65 A off Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur ![]() Telefon: (60-3) 2693 9933 Faksimili: (60-3) 2698 3325 |
Dahulu dikenali sebagai | Bernama TV (2008-2016) |
Laman sesawang | www.bernama.com.my |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
![]() | Saluran 121 (HD) |
Satelit | |
![]() | Saluran 502 (HD) |
![]() | Saluran 502 (HD) |
IPTV | |
![]() | Saluran 410 (HD) |
Bernama News Channel (BNC; dahulu dikenali sebagai Bernama TV)[1] merupakan satu saluran berita Malaysia milik Bernama yang beroperasi selama 24 jam bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro. Saluran ini disiarkan pada saluran 502 (Family Package) Astro. Bernama TV menawarkan berita yang berunsurkan berita terkini, bisnes, gaya hidup, sukan, dan hiburan (termasuk muzik, filem, fesyen, makanan, rumahtangga, dan kesihatan). Bernama News Channel menggunapakai slogan "Segalanya Tentang Anda". Bernama TV dilancarkan pada 1 September 1998 dan dirasmikan pada 28 Februari 2008.
Buletin berita BERNAMA yang terdapat pada saluran Astro Ria, Astro Prima, Astro AEC, dan Astro Vaanavil telah dialihkan ke dalam saluran BERNAMA TV.
Kandungan berita Bernama News Channel sebahagian besarnya berteraskan Bahasa Melayu. Sungguhpun demikian, terdapat juga berita yang berbahasa Inggeris, Mandarin, dan Tamil selaras dengan penjenamaan Buletin Bernama, Bernama News, BNC Mandarin News, dan Tamil News. Lain-lain rancangan yang terdapat di Bernama TV adalah STAR TV Biz@Bernama, Sukan@Bernama dan Helo Malaysia sebuah rancangan bual bicara oleh pengacara Sherkawi Jirim.
Pada 25 Mei 2016, Bernama TV dijenamakan semula sebagai Bernama News Channel.[1]
Isi kandungan
Kontroversi[sunting | sunting sumber]
Jurukamera Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia di Somalia, pada usia 41, pada 2 September 2011.
Komen pujian[sunting | sunting sumber]
Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Cheek memuji Bernama TV kerana corak pemberitaan yang dikatakan mampu diterima oleh semua pihak termasuk pembangkang. Beliau berkata ini merupakan satu cabaran yang harus disaingi oleh RTM.[2]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Senarai Saluran Astro
- Bernama Radio (dahulu dikenali sebagai Radio 24)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b "Bernama TV Rebrands As Bernama News Channel". Bernama. 25 May 2016. Dicapai 28 May 2016.
- ^ RTM guna digital sepenuhnya tiga tahun lagi
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Laman web rasmi BERNAMA TV dengan live streaming
- BERNAMA TV di Astro