Persekutuan Sukan Antarabangsa Boccia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari BISFed)
Persekutuan Sukan Antarabangsa Boccia (BISFed)
Kerangka
Jenis/bentuk sahPersekutuan sukan
Tapak webwww.bisfed.com
Sejarah
Dibentuk2012
Pengurusan
Setiausaha agungSandy Hermiston
PresidenDavid Hadfield
Lokasi
Ibu pejabatSt Albans Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Persekutuan Sukan Antarabangsa Boccia (BISFed) merupakan badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dengan boccia.[1]

Persekutuan ini diwujudkan pada 1 Januari 2013 dan menggantikan peranan Persatuan Rekreasi dan Sukan Antarabangsa Palsi Serebrum (CPISRA). BISFed merupakan ahli CRISPA dan salah satu pemegang saham Agensi Anti Doping Dunia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Boccia pada asalnya ditadbir oleh CPISRA. Pada Mesyuarat Agung Tahunan CPISRA yang diadakan pada 30 Oktober 2010 di Stockholm, ahli CPISRA telah meluluskan cadangan penubuhan sebuah persekutuan antarabangsa boccia.[2] Persekutuan ini diwujudkan pada 1 Januari 2013.[3][4]

Lembaga Pengarah[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan ahli Lembaga Pengarah BISFed:[5]

  • Presiden: David Hadfield
  • Setiausaha Jeneral: Martin Lam
  • Bendahari: Jon Morgan
  • Ahli:
    • Dina Sotiriadi
    • Marta Mascarenhas
    • Marcela Ramon
    • Seung Hee Kang

Klasifikasi[sunting | sunting sumber]

  • BC1: Pemain yang mempunyai masalah pergerakan yang serius pada bahagian kaki, tangan dan tunjang badannya disebabkan oleh masalah koordinasi. Mereka menggunakan kerusi roda berelektrik untuk bergerak serta memegang dan membaling bola boccia tanpa menggunakan peralatan membantu. Atlet yang boleh menggerakkan kaki mereka dibenarkan untuk menggerakkan bola dengan kakinya.
  • BC2: Pemain yang mempunyai kecacatan yang kurang serius daripada BC1 dan boleh membaling bola dari atas atau dari bawah dengan cara memegang yang pelbagai. Mereka juga tidak boleh menggunakan sebarang peralatan membantu.
  • BC3: Pemain yang mempunyai kaki dan tangan yang berfungsi (tetapi terhad), dan pengawalan tunjang badan yang lemah (atau tidak mampu mengawal) disebabkan oleh penyakit yang berkaitan atau tidak berkaitan dengan serebrum. Selain itu, mereka juga mempunyai masalah memegang, membaling dan menggerakkan bola. Mereka menggunakan tanjakan dan peralatan membantu yang lain untuk menggerakkan bola dengan bantuan Pembantu Sukan.
  • BC4: Pemain yang mempunyai kecacatan fizikal disebabkan oleh penyakit yang tidak berkaitan dengan serebral, seperti distrofi otot, kecederaan saraf tunjang dan amputasi yang melibatkan kedua-dua tangan dan kakinya. Atlet kategori ini biasanya membaling bola dengan ayunan pendulum, kadang kala dengan kedua-dua tangan atau lengan mereka. Mereka boleh menggunakan sarung tangan untuk membantu memegang bola boccia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "International Sport Federations". International Paralympic Committee. Dicapai pada 18 April 2020.
  2. ^ Minutes of the 26th CPISRA Annual General Assembly Stockholm, Sweden, October 30, 2010. fedpc.org. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  3. ^ "What does CPISRA Do?". CPISRA. Dicapai pada 18 April 2020.
  4. ^ "CPISRA General Assembly Meeting". World Boccia. 9 Januari 2013. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  5. ^ THE BOARD. World Boccia. Dicapai pada 16 Oktober 2021.