BLIS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

BLIS (singkatan Bernama Library and Infolink Service) ialah suatu perpustakaan elektronik yang menyediakan pelbagai maklumat dan berita tempatan di Malaysia yang diperoleh BERNAMA sejak 1968. Tapak web ini dilancarkan pada 2001.

Pengurus Pusat Maklumat dan Perpustakaan (Infolib) BERNAMA, Hasnita Ibrahim menyatakan terdapat lebih 3 juta rencana dalam arkib BLIS. Antaranya ialah mengenai Jabatan Perangkaan, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) serta lebih 5,000 profil tokoh terkemuka negara. Maklumat penting seperti ucapan tokoh-tokoh politik Malaysia, Laporan Sektor, Bank Data, Fakta dan Angka, Direktori dan Kalendar turut boleh dicapai. BLIS turut boleh dicapai melalui Factiva, Lexis Nexis, Financial Times dan ISI Emerging Markets.[1]

Pelanggan dikenakan bayaran langganan serendah RM 300 sebulan sebagaimana Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM.[perlu rujukan] Konsep langganan ini serupa dengan NSTP e-Media yang turut mengenakan bayaran untuk mencapai arkib beritanya seperti Berita Harian dan New Straits Times.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]