Grand Prix dan Grand Prix Emas BWF

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kejohanan Grand Prix dan Grand Prix Emas BWF (Bahasa Inggeris: BWF Grand Prix Gold and Grand Prix) merupakan kejohanan badminton tahap ketiga dan baru telah diarahkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Ia diadakan di dua belas negara (termasuk tujuh kejohanan terbuka masing-masing) pada musim ini. Kejohanan ini juga menampilkan kejohanan benua seperti Kejohanan Badminton Asia, Kejohanan Badminton Eropah, dan Kejohanan Badminton Seluruh Amerika.

Rumusan[sunting | sunting sumber]

Perbezaan dengan Siri Super[sunting | sunting sumber]

Kejohanan ini mengikut format Siri Super BWF. Ia tiada pemisahan kewarganegaraan, jadi pemain daripada negara yang sama dapat bertemu sesama sendiri pada pusingan awal.

Disebabkan, piawaian kejohanan ini lebih rendah berbanding Siri Super BWF (Bahasa Inggeris: BWF Super Series), wang hadiahnya juga lebih rendah. Secara terkini, hadiah wang tunai minimum bagi kejohanan Grand Prix Gold ialah AS$120,000, dan AS$50,000 untuk kejohanan Grand Prix. Pengagihan wang tunai ialah serupa.[1]


32 pemain/pasangan akan beraksi pada pusingan utama, kecuali bagi kategori perseorangan lelaki, yang mana penganjur membenarkan 64 pemain dibenarkan beraksi (32 pemain dijemput dari Siri Super).[2]

Mata Ranking dunia[sunting | sunting sumber]

Ia tidak mempunyai kejohanan akhir seperti Siri Super, tetapi pemain dapat membaiki mata Ranking Dunia masing-maisng dan mempunyai peluang beraksi pada kejohanan Super Series. Berikut merupakan mata Ranking Dunia yang baru diperkenalkan pada 2007.[3]

Klasifikasi
1 2 3–4 5–8 9–16 17–32 33–64 65–128 129–256 257–512 513–1024
Grand Prix Emas
7,000 5,950 4,900 3,850 2,720 1,670 660 320 130 60 30
Grand Prix
5,000 4,250 3,500 2,750 1,920 1,170 460 220 90 40 25

Kejohanan[sunting | sunting sumber]

Grand Prix Emas
  • Terbuka Thailand
  • Terbuka Filipina
  • Terbuka India
  • Terbuka Taipei Cina
  • Kejohanan Badminton Terbuka Macau
  • Terbuka Rusia

Grand Prix
  • Terbuka Jerman
  • Terbuka New Zealand
  • Kejohanan Badminton Terbuka Amerika Syarikat
  • Terbuka Bitburger
  • Terbuka Dutch
  • Terbuka Vietnam

Kejuaraan Benua

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Peraturan Kejohanan Grand Prix" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-29.
  2. ^ "Terbuka Thailand 2007 (Grand Prix Gold) - General information". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-25.
  3. ^ "NEW WR POINTS - 2007" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-03-20. Dicapai pada 2007-06-29.