Ba'kelalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ba'kelalan
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
Aras
1,000 m (3,000 ft)
Penduduk
 • Jumlah1,500+

Ba'kelalan ialah sebuah daerah pendalaman tanah tinggi bergunung ganang terletak di bahagian timur laut negeri Sarawak, Malaysia. Ba'kelalan berada 1000 meter tinggi dari aras laut memberikan daerah ini mempunyai suhu rendah di bawah 21 darjah celcius. 4 km dari Ba'kelalan terletaknya sempadan antara Kalimantan Barat, Indonesia dan bersebelahan dengan Taman Negara Kayan Mentarang di wilayah Kalimantan. Penduduk di sini terdiri daripada suku kaum Lun Bawang.[1] . Kesemua mereka ini adalah penganut Kristian , gereja Sidang Injil Borneo (SIB). Terdapat sembilan buah perkampungan di sini iaitu perkampungan Buduk Nur, Long Langai, Long Lemumut, Long Ritan, Long Rusu, Pa Tawing, Buduk Bui, Buduk Aru dan Long Rangat.[2]

Mengikut istilah tempatan, 'Ba' bermaksud sawah padi manakala 'Kelalan' pula bererti sebatang sungai.[3]

Terdapat beberapa lokasi menarik berdekatan Ba'kelalan seperti Bario, Taman Negara Pulong Tau, Gunung Murud dan Bukit Batu Lawi.

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Iklim pegunungan yang sejuk membolehkan tanaman seperti seperti epal, strawberi, anggur, limau, dan tomato hidup subur di Ba'kalalan.[4] Daerah ini juga terkenal dengan penghasilan padi adan.[3]

Lembah epal[sunting | sunting sumber]

Ba'kelalan ialah satu-satunya daerah di Malaysia yang terkenal dan berjaya menghasilkan buah epal.[5] Biji benih epal ini dibawa dari Batu Malang, Jawa Timur, Indonesia oleh seorang suku kaum Lun Bawang bernama Andrew Balang Paran sekitar tahun 1974.[4] Kini daerah ini telah digelar sebagai 'lembah epal' oleh penduduk di sekitarnya. Menurut seorang pengusaha epal di sini, Tagal Paran, beliau berjaya menuai sebanyak 1.5 tan buah epal setiap musim dari 3,000 pokok epal yang beliau tanam. Setiap pokok boleh menghasilkan tuaian sekurang-kurangnya 300 biji epal.[4] Walaupun begitu, pasaran ini hanya terhad di sekitar Miri, Lawas, Kota Kinabalu dan Brunei sahaja.

Terdapat empat kultivar epal yang terkenal diusahakan di sini iaitu Manalagi, Tropikal, Anna dan Rome Beauty.[6] Epal Manalagi dikenali sebagai epal Ba'kelalan; mempunyai rasa manis dan rangup apabila ranum; kulit berwarna hijau kekuningan. Epal Anna pula masak dengan berwarna merah di bahagian atas dan kuning di bahagian bawah dengan rasanya masam manis berisi lebih lembut berbanding Manalagi. Epal Rome Beauty berwarna hijau dengan tompokan merah pada bahagian bawah dan lebih rangup dan enak berbanding epal Anna. Epal Tropikal masak hijau dan mempunyai rasa lebih masam berbanding semua kultivar dan lebih sesuai untuk masakan.[7]

Padi adan[sunting | sunting sumber]

Sawah padi Ba'kelalan

Padi dapat ditanam di Ba'kelalan dengan bekalan air daripada Sungai Kelalan.

Perjalanan[sunting | sunting sumber]

Sebelum boleh sampai ke Ba'kelalan, pengunjung perlu menaiki 2 kali pesawat penerbangan. Pertama dari menggunakan pesawat MASWings dari bandar Miri ke bandar Lawas yang mengambil masa kira-kira 45 minit. Kemudian dari Lawas menuju ke Ba'kelalan dengan masa penerbangan 40 minit lamanya.[4] Penerbangan ini berjalan pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu sahaja.

Perjalanan darat dari Lawas ke Ba'kelalan pada asalnya mengambil masa 8 jam kini telah dipendekkan ke 3 hinnga 4 jam sahaja melalui pembinaan jalan baharu oleh kerajaan Malaysia.[8] Walaupun begitu, perjalanan darat tetap perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda dari Lawas.[4]

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ravichandran DJ Paul (5 Apr 2008). Sweet home, Ba'Kelalan. The Brunei Times. Retrieved 2012-07-11.
  2. ^ Ardhana, I. Ketut; Langub, Jayl; Chew, Daniel (01-Jan-2004). "Borders of kinship and ethnicity: cross-border relations between the Kelalan Valley, Sarawak, and the Bawan Valley, East Kalimantan". Borneo Research Bulletin. Retrieved 2012-07-11.
  3. ^ a b Abdul Rahman Hashim (Mei 2012). Lembah Padi Adan di Tanah Tinggi Meligan, Lawas. Dalam Agro Malaysia hlmn 38-43.
  4. ^ a b c d e Abdul Rahman Hashim (mei 2012). Epal Ba'Kelalan Ranum di Sebalik Gunung. Dalam Agro Malaysia hlmn 22-33.
  5. ^ __. (April 2012). Ministry all out to help promote Ba Kelalan. The Borneo Post Online. Capaian 11 Julai 2012.
  6. ^ __. (April 2012). Ba Kelalan to host culture and apple fest on April 6. The Borneo Post Online. Capaian 11-07-2012.
  7. ^ __. (2012) Info ringkas Epal Ba'kelalan. Dalam Agro Malaysia. Hlmn 33.
  8. ^ __. Feb 2012. A road that finally reaches Ba Kelalan. The Borneo Post Online. Capaian 11 Julai 2012.