Baahubali: The Beginning

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baahubali: The Beginning
బాహుబలి:ద బిగినింగ్
பாகுபலி (திரைப்படம்)
Poster Filem bagi tayangan di Malaysia
PengarahS. S. Rajamouli
Lakon layarS. S. Rajamouli
Rahul Koda
Madhan Karky
V. Vijayendra Prasad
Cerita olehV. Vijayendra Prasad
Dihasilkan olehShobu Yarlagadda
Prasad Devineni
DibintangiPrabhas
Rana Daggubati
Tamannaah Bhatia
Anushka Shetty
Ramya Krishnan
Sathyaraj
Sudeep
Adivi Sesh
Nassar
Prabhakar
SinematografiK. K. Senthil Kumar
Disunting olehKotagiri Venkateswara Rao
Muzik olehM. M. Keeravani
Syarikat
penerbitan
Arka Media Works
Diedarkan olehTelugu:
Arka Media Works
Tamil:
Studio Green
UV Creations
Hindi:
Dharma Productions
Malayalam:
Global United Media <Malaysia
Lotus Five Star AV
Tarikh tayangan
  • 10 Julai 2015 (2015-07-10)
Masa tayangan
159 minit
NegaraIndia
BahasaTelugu
Tamil
Bajet120 kror(RM81 juta)
Pecah panggung660 kror(RM447 juta)
(kutipan seluruh dunia)

Baahubali: The Beginning (Bahasa Telugu: బాహుబలి:ద బిగినింగ్, Tamil: பாகுபலி (திரைப்படம்)) adalah filem epik-cereka sejarah tahun 2015 dari India. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh S. S. Rajamouli[1] sebelum dibikin secara dwibahasa dalam bahasa Telugu dan Tamil, ia dibarisi Prabhas, Rana, Tamannaah Bhatia dan Anushka Shetty dalam peranan utama, serta Ramya Krishnan, Sathyaraj, Nassar, Adivi Sesh, Tanikella Bharani dan Sudeep dalam peranan sampingan.[2][3][4] Filem ini ditayangkan serentak di seluruh dunia pada 10 Julai 2015; dalam Nusantara pula, filem ini diedarkan oleh Lotus Five Star AV di Malaysia.

Baahubali menjadi filem bukan berbahasa Hindi pertama yang meraih keuntungan bersih lebih dari 104 crore (AS$15 juta) ketika dialih bahasakan dalam versi Hindi di India.[5] Saat ini, filem tersebut menjadi filem ketiga untung tertinggi sepanjang zaman di seluruh dunia dan filem India dengan keuntungan tertinggi sepanjang masa dengan keuntungan dari India sendiri.[6][7][8][9][10] Filem tersebut adalah filem Telugu, India Selatan dan non-Hindi pertama yang meraih keuntungan lebih dari 500 crore (AS$74 juta) di seluruh dunia.[10][11][12]

Baahubali: The Beginning adalah produksi paling menghabiskan biaya dalam sejarah sinema India sampai saat ini.[13] Filem tersebut mengambil gambar menggunakan kamera Arri Alexa XT, menandai filem Rajamouli pertama yang menggunakan kamera digital; fotografi prinsipal-nya dimulai di Rock Gardens di Kurnool pada 6 Juli 2013. Sabu Cyril adalah perancang produksi untuk filem tersebut, soundtrack dan skor latar belakang untuk filem tersebut dikomposisikan oleh M. M. Keeravani, dan V. Srinivas Mohan adalah petinggi efek visual.

Filem ini adalah adalah bahagian pertama daripada dua bahagian sinematik.[14] Sekuel filem ini, Baahubali: The Conclusion, ditayangkan pada 2016.[15]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Amarendra Baahubali adalah penyelamat terhadap masyarakat setempat di kerajaan Mahishmati dan penduduk memujanya seperti dewa. Anak lelakinya, Shivudu, juga menjadi wira di bandar. Dia kemudian telah pulang ke kampung bagi menentang kejahatan.

Barisan watak[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan watak-watak utama:[16]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Baahubali adalah filem epik dua bahagian dari India yang diarahkan oleh SS Rajamouli. Bahagian pertama, Baahubali: The Beginning , telah dtayangkan pada 10 Julai 2015. Bahagian kedua, Baahubali: The Conclusion dijangka akan ditayangkan pada tahun 2016.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, Prabhas, Rana dan Anushka belajar cara pertempuran pedang, manakala Prabhas dan Rana belajar menunggang kuda. Kemudian, Madhan Karky telah dipilih untuk menulis dialog untuk versi Tamil. Pengarah SS Rajamouli berkata beliau mendapat ilham daripada epik Mahabharata dalam membuat Baahubali.

Poster pertama Baahubali telah dilancarkan pada awal Mei 2015.PM Satheesh adalah pereka bunyi filem. Mengenai pengalamannya dengan filem itu, beliau berkata "Baahubali adalah salah satu daripada sebilangan kecil filem dari India Selatan yang memberi kepentingan utama kepada bunyi rakaman.Rana menyatakan bahawa filem itu adalah tentang satu peperangan di antara dua saudara untuk mengawal Kerajaan Mahishmati

Pemilihan pelakon[sunting | sunting sumber]

ana Daggubati telah dipilih untuk berlakon watak antagonis dalam filem ini. Manakala, Anushka menjadi pelakon pertama untuk berlakon lebih dari sekali dalam filem arahan S.S Rajamouli. Pelakon Sudeep telah dipilih untuk peranan kecil tetapi penting dalam filem ini.Pada 20 Disember 2013 kenyataan akhbar menyatakan bahawa Tamannaah akan menjadi heroin kedua filem ini dan menandakan kerjasama pertama dengan Rajamouli.

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran filem itu bermula di Rock Gardens di Kurnool dari 6 Julai 2013. Pada akhir Ogos 2013, penggambaran filem ini berpindah ke Ramoji Filem City di Hyderabad, di mana adegan utama lakonan pelakon utama dirakam. Jadual kedua filem itu berakhir pada 29 Ogos 2013.Manakala,jadual rakaman baru bermula di Hyderabad pada 17 Oktober 2013.

Runut Bunyi dan Musik[sunting | sunting sumber]

Baahubali
Runut bunyi oleh
M. M. Keeravani
Dilancarkan pada13 Jun 2015 (2015-06-13) (Telugu)
24 Jun 2015 (2015-06-24) (Tamil)
Dirakamkan pada2015
TempatIndia Edit the value on Wikidata
GenreRunut bunyi Filem
Panjang27:08 (Bahasa TeluguTelugu, Tamil)
25:31 (Hindi, Malayalam)
BahasaBahasa Telugu dan bahasa Tamil Edit the value on Wikidata
SyarikatLahari Music (Telugu)
T-Series(Tamil)
Zee Music Company (Hindi)
Manorama Music(Malayalam)
PengedarArka Media Works (en) Terjemah dan Netflix Edit the value on Wikidata
PengarahS. S. Rajamouli (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
PenerbitM. M. Keeravani
Kronologi M. M. Keeravani
Dikkulu Choodaku Ramayya
(2014)
Baahubali
(2015)
Baahubali 2:Kesimpulanya Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sepupu Rajamouli, M. M. Keeravani mengubah lagu dan skor musik bagi filem ini

Track Lagu[sunting | sunting sumber]

Versi Telugu [17]
Track Lagu
No.TajukSeni kataSinger(s)Masa
1."Pacha Bottasi [18]"Ananta SriramKarthik, Damini4:33
2."Jeeva Nadhi [19]"Inaganti SundarGeetha Madhuri1:55
3."Dheevara [20]"Ramajogayya SastryRamya Behara, Deepu5:43
4."Mamatala Talli [21]"K Shiva Shakti DattaSatya Yamini4:04
5."Nippulaa Swasa Ga [22]"Inaganti SundarM. M. Keeravani3:26
6."Manohari [23]"Chaitanya PrasadMohana Bhogaraju, Revanth3:52
7."Sivuni Aana [24]"Inaganti SundarM. M. Keeravani, Mounima3:32
8."Dheevara (English Version)[25]"Aditya, Neol SeanRamya Behara, Aditya3:26
Jumlah masa: 27:08


Versi Tamil[26]

Kesemua seni kata ditulis oleh Madhan Karky.

Track Lagu
No.TajukSinger(s)Masa
1."Pachai Thee"Karthik, Damini4:33
2."Jeeva Nadhi"Geetha Madhuri1:55
3."Dheerane"Ramya Behara, Deepu5:43
4."Irulkonda"Deepika4:04
5."Moochile"Kailash Kher3:26
6."Manohari"Mohana Bhogaraju, Haricharan3:52
7."Siva Sivaya"Vaikom Vijayalakshmi3:32
8."Dheerane (English Version)"Ramya Behara, Aditya3:26
Jumlah masa: 27:08


Versi Hindi[27]

Kesemua seni kata ditulis oleh Manoj Muntashir.

Track lagu
No.TajukSinger(s)Masa
1."Mamta Se Bhari"Bombay Jayashri3:48
2."Jal Rahin Hain"Kailash Kher3:20
3."Swapn Sunehere"Bombay Jayashri, Swetha Raj1:40
4."Khoya Hain"Kala Bhairava, Neeti Mohan5:31
5."Kaun Hain Voh"Kailash Kher, Mounima3:17
6."Panchhi Bole"M. M. Keeravani, Palak Muchhal4:19
7."Manohari"Divya Kumar, Neeti Mohan3:32
Jumlah masa: 25:31


Versi Malayalam [28]

Kesemua seni kata ditulis oleh Mankombu Gopalakrishnan.

Track Lagu
No.TajukSinger(s)Masa
1."Siva Sivaya"Vaikom Vijayalakshmi, M M Keeravani3:48
2."Irul Thingum Vaanil"Geetha Madhuri1:55
3."Manohari"Sayanora, Vijay Yesudas3:52
4."Njan Chendana"Geetha Madhuri5:31
5."Pacha Theeyanu Nee"Swetha Mohan, Vijay Yesudas3:17
6."Punnara Kanavine"Yamini4:19
7."Theekanal Jwalayayi"Sachin Warrier5:32
Jumlah masa: 25:31


Tayangan[sunting | sunting sumber]

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Mahkota yang digunakan oleh watak Baahubali dalam filem itu telah dipamerkan di Comic Con, Hyderabad sebagai sebahagian daripada promosi filem itu. Sebuah acara cosplay telah diadakan di mana pemenang dipilih telah diberi peluang untuk melawat set filem itu. Unit filem ini juga melancarkan group WhatsApp untuk memberikan maklumat terkini mengenai filem itu kepada peminat.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

Baahubali juga muncul sebagai salah satu filem terkenal dipaparkan dalam dokumentari BBC, 100 Years of Indian cinema.

Kutipan panggung[sunting | sunting sumber]

Sumber Penarafan
The Times of India 3.5/5 bintang
Bollywood Hungama 3.5/5 bintang
Deccan Chronicle 4/5 bintang
The Guardian 4/5 bintang

FIlem ini berjaya mengutip lebih dari RM118 juta(sebagai$26.5 juta) di seluruh dunia pada hujung minggu pertama dari semua versi, kutipan yang keempat terbesar untuk mana-mana filem dari India.Selepas 6 minggu,Baahubali The Beginning telah kutip RM452 juta(sebagai$101.6 juta) daripada seluruh dunia iaitu lima kali ganda perbelanjaan filem iaitu RM89 juta(sebagai$20 juta).

Di India[sunting | sunting sumber]

Kutipan kasar filem ini pada hari pertama siaran ialah RM36 juta(sebagai$8 juta) dari keempat-empat versi (Telugu, Tamil, Malayalam dan Hindi).Selepas 6 minggu,filem ini telah mengutip RM396 juta(sebagai$89 juta) di India dan telah menjadi kutipan terbesar untuk filem yang dikeluarkan di India.

Di luar Negara[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengumpul sekitar RM16 juta(sebagai$3.5 juta) pada hari pertama dari pasaran antarabangsa. Di Amerika Syarikat dan Kanada, ia memperoleh RM6.7 juta(sebagai$1.5 juta) pada hari pembukaan dari 236 teater.

Filem ini dibuka di tempat kesembilan untuk hujung minggu, mengumpul sekitar RM17.8 juta(sebagai$4 juta) dengan purata setiap skrin daripada RM62,107(sebagai$15,148) di Amerika Syarikat. Filem ini disenaraikan dalam 10 kutipan tertinggi di Amerika Syarikat dan Kanada mengumpul RM20 juta(sebagai$4.5 juta) selama tiga hari.Kutipan akhir di Amerika Syarikat telah melebihi RM34.7 juta(sebagai$7.8 juta) dan kutipan akhir di negara luar telah melebihi RM58 juta(sebagai$13 juta).

Di Malaysia, filem ini dibuka di tempat kedua, dibelakang filem Terminator Genisys. Kutipan rasmi bagi filem ini mencapai RM3.8 juta (sebagai$850,000) selepas sebulan ditayang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "India's 'Baahubali' Destroys Box Office Records--Is China Next?".
  2. ^ "Prabhas-Rajamouli Movie Announced". IndiaGlitz. Dicapai pada 25 January 2013.
  3. ^ "Rajamouli-Prabhas' film is titled Bahubali". The Times of India. 13 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-05. Dicapai pada 14 January 2013.
  4. ^ "Baahubali Trailer Views". Newsonway. Dicapai pada 8 June 2015.
  5. ^ "Baahubali's Hindi Version Makes Historic 100 Cr".
  6. ^ http://www.forbes.com/sites/robcain/2015/08/14/oops-pk-is-not-actually-indias-top-grossing-movie-ever/
  7. ^ "'Baahubali' Zooms Past 'Dhoom', Now India's All Time #3".
  8. ^ Rob Cain (4 Agustus 2015). "Despite Weekend Slowdown, India's 'Bajrangi Bhaijaan' Treks To 540 Crore / $84.2M Worldwide". Forbes. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ 'Baahubali' Catapults Toward All-Time Record Indian Gross. Forbes.com (14 July 2015).
  10. ^ a b "'Baahubali' (Bahubali) 30th Day Box Office Collection: Rajamouli Film Crosses Rs 540 Crore". IBTimes. Dicapai pada 10 Agustus 2015. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  11. ^ "Baahubali's Last Stand: 542 Crore Or Bust". 8 Agustus 2015. Dicapai pada 8 Agustus 2015. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  12. ^ "Bahubali International BoxOffice Report". Bollywoodtrade. Dicapai pada 10 Agustus 2015. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  13. ^ ‘The only thing was that it had to be believable,' says the production designer of ‘Baahubali'. Scroll.in. Diakses pada 25 Juli 2015.
  14. ^ "Baahubali is set in Mahishmathi kingdom".
  15. ^ "Baahubali Movie Review". NDTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-17. Dicapai pada 13 Juli 2015. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  16. ^ "Baahubali – The Beginning Telugu Full Movie | 4K Ultra HD with Subtitles". YouTube. 30 November 2015. Dicapai pada 6 January 2018.
  17. ^ https://itunes.apple.com/in/album/baahubali-beginning-telugu/id1005608907
  18. ^ Pacha Bottasi Song, 13 Jun 2015
  19. ^ Jeeva Nadhi Song, 13 Jun 2015
  20. ^ Dheerava Song, 13 Jun 2015
  21. ^ Mamatala Talli Song, 13 Jun 2015
  22. ^ Nippula Swasa Ga Song, 13 Jun 2015
  23. ^ Manohari Song, 13 Jun 2015
  24. ^ Sivuni Aana Song, 13 Jun 2015
  25. ^ Dheevara(English Version) song, 13 Jun 2015
  26. ^ https://itunes.apple.com/in/album/baahubali-beginning-tamil/id1011776339
  27. ^ https://itunes.apple.com/in/album/baahubali-beginning-hindi/id1014309546
  28. ^ https://www.youtube.com/watch?v=4Zb8nqhxnEg

Pautan luar[sunting | sunting sumber]