Bab Mustaffa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mustafar bin Baba atau lebih dikenali sebagai Bab Mustaffa (30 Ogos 1951 – 2002) adalah seorang pelakon filem dan televisyen yang popular di Malaysia pada era 70an dan awal 80an. Beliau merupakan salah seorang daripada anak didik P. Ramlee ketika berkarya di Studio Merdeka, Ulu Klang.

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Nama sebenar Bab Mustaffa ialah Mustafar bin Baba, tetapi diubah oleh P. Ramlee kepada Bab Mustaffa berdasarkan satu karakter yang terdapat dalam cerita 1001 malam ("Ma'aruf Tukang Kasut dan Isterinya Fatimah"), Baba Mustaffa. Menjelang akhir 70an, namanya sering dieja dengan ejaan Bob berbanding Bab. Beliau merupakah adik kepada aktres Normawati dan diajak berlakon oleh P. Ramlee dalam filem berjudul Gelora pada tahun 1970 ketika baru berusia 19 tahun. Bob tidak pernah berlakon sebelum ini tetapi dalam filem ini dia telah memperlihatkan mutu lakonan yang sangat baik - bersahaja dan natural.

Setelah kemerosotan industri filem pada awal 70an, Bob telah diambil berlakon oleh P. Ramlee dalam beberapa buah drama televisyen. Lakonannya di kaca TV sering ditayangkan dan menjadikan wajahn kacaknya cukup popular di Malaysia. Bob turut membintangi filem "Kisah Seorang Biduan" (arahan M. Amin) dan "Pertentangan" (arahan Salleh Ghani) di mana menerusi kedua-dua buah filem itu beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia edisi pertama dan keempat. Namun menjelang usia 40 tahun beliau mula memperlahankan kerjaya lakonan.

Beliau meninggal dunia ketika umurnya berusia 53 tahun selepas lebih 15 tahun bersara dari bidang lakonan. Tarikh sebenar kematian tidak diperolehi tetapi diawal tahun 2002.[1]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
1970 Gelora Mustabab
1971 Putus Sudah Kaseh Sayang Rizman
1979 Kisah Seorang Biduan Bob
1981 Bintang Pujaan Johari
1983 Pertentangan Johari

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]