Babi (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Babi
PengarahNamewee
PenerbitZhuo Hanwen
PenulisNamewee
Syarikat-syarikat
penerbitan
NSP Entertainment Sdn. Bhd.
PengedarRepublik China Huaying Entertainment
Mula ditayangkan
20 November 2020
Tempoh tayangan
1 jam 2 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Cina
Bahasa Melayu
Bahasa Tamil
Bahasa Inggeris

Babi (Cina: 你是猪; pinyin: Nǐ Shì Zhū; literally: "Kau Babi") ialah sebuah filem yang diarahkan oleh penggiat seni Malaysia, Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee. Kisah filem ini dikatakan adalah berdasarkan siri rusuhan kaum sebenar yang berlaku di sebuah sekolah kebangsaan di selatan Malaysia pada 2000 yang sengaja diabaikan oleh pihak media.[1] Sungguhpun dihasilkan di Malaysia, Namewee mendakwa bahawa filem ini telah diharamkan di Malaysia disebabkan oleh sifat filem yang berunsur provikatif dalam aspek perkauman.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kisah filem ini dikatakan berdasarkan sebuah insiden rusuhan kaum yang pernah berlaku pada 2000 di sebuah pekan di selatan Malaysia. Menurut Namewee, filem ini dihasilkan dengan bajet yang rendah serta difilem secara rahsia.[1]

Lagu runut filem, Happy Family ialah lagu rap karya Namewee sendiri dengan kolaborasi The Real Master Clan dan 5forty2. Lagu ini dikatakan amat sensitif, dan Namewee berkata bahawa lagu itu boleh membawanya ke tahanan lokap sekiranya Namewee berkeputusan untuk pulang ke Malaysia dari China.[3]

Penerimaan dan kritikan[sunting | sunting sumber]

Sifat pengisian dan kaedah pemasaran filem yang dilihat mencanggahi sensitiviti kaum mendapat tentangan pihak-pihak tertentu seperti sayap pemuda pakatan politik kerajaan, Perikatan Nasional yang membuat laporan polis serta menyeru penyekatan semua bahan-bahan berkaitan Babi di Internet daripada tatapan masyarakat negara.[4] Sebelum laporan dibuat, Namewee menegaskan bahawa cerita filem tersebut berniat untuk memberi pedoman berkenaan perpaduan kaum, dan menggelar golongan yang menentang filemnya sebelum melihat Babi sebagai "puak pelampau sebenar".[5]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2020 Festival Filem Golden Horse ke-57 Runut Filem Asli Terbaik Happy Family Tercalon [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "黄明志挑战禁忌拍《你是猪》 叹恐怕又被关". Kwong Wah (dalam bahasa Cina). 7 Oktober 2020. Diarkib daripada yang asal pada 10 Oktober 2020. Dicapai pada 21 November 2020.
  2. ^ Taery, Divya (19 November 2020). "Malaysian rapper Namewee's film 'Babi' is banned in Malaysia but makes waves overseas". Mashable (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada |archive-url= memerlukan |archive-date= (bantuan). Dicapai pada 21 November 2020. Parameter |archiedate= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  3. ^ "◤金马57入围◢4语言粗口歌入围-歌词敏感-黄明志怕". China Press (dalam bahasa Cina). 1 Oktober 2020. Diarkib daripada yang asal pada 29 Oktober 2020. Dicapai pada 22 November 2020.
  4. ^ Hakim, Akmal (19 November 2020). "Police Report Lodged Over Sensitive Language Used In Namawee's "Babi" Movie Poster". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 19 November 2020. Dicapai pada 22 November 2020.
  5. ^ "Movie on racism in Malaysia reported to police over rude 'insulting' posters". Coconuts KL (dalam bahasa Inggeris). 20 November 2020. Diarkib daripada yang asal pada 12 November 2020. Dicapai pada 22 November 2020.
  6. ^ "第57屆金馬獎 完整入圍名單". ChannelNews Asia (Taiwan) (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2020-09-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]