Babi tanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Babi tanah
Ardvark
Julat zaman:
Miosen Awal - Sekarang
Orycteropus afer stuffed.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Genus:
Orycteropus
Spesies:
O. afer
Nama binomial
Orycteropus afer
(Pallas, 1766)
Aardvark area.png
Taburan ardvark

Babi tanah (Jawi: بابي تانه) atau ardvark (Jawi: اردۏارك, nama saintifik: Orycteropus afer) ialah mamalia nokturnal bersaiz sederhana yang wujud di Afrika.[2][3] Ia merupakan satu-satunya spesies yang masih hidup dalam order Tubulidentata,[4] walaupun spesies prasejarah dan genus Tubulidentata lain juga telah dikenalpasti.

Haiwan ini terdapat di pinggir Sahara benua ini di mana adanya kawasan rerumput (savana, tanah rumput dan sebagainya) yang subur adanya serangga melata yakni semut dan anai-anai yang boleh dimangsakan.[5]

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Babi tanah merupakan pinjam terjemah daripada ungkapan bahasa Afrikaans aardvark melalui bahasa Belanda (aarde: tanah, vark: babi; bentuk Belanda moden: erdvark)[6][7] menggambarkan sifat ia menggali mencari makanan.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Rangka ardvark dan spesimen dikeraskan di Muzium Sejarah Semulajadi Genoa

Susuk badannya kontot dengan belakang yang melengkung[8] dan dilitupi bulu jarang-jarang. Pasang kaki hadapan ia berjari empat sementara kaki belakang yang leboh panjang[9] berjari lima; setiap jari kaki berkuku utuh besar dan agak leper berbentuk seakan penyodok. Panjang badan biasanya sekitar 1 hingga 1.3 meter dengan ekornya yang memanjang sehingga 70 sentimeter secara keseluruhannya menjadi sepanjang 2.2 m/[10] Berat timbangannya biasanya antara 60–80 kilogram.[9] Kulit babi tanah tebal dan berwarna kuning pucat abu-abu tetapi keadaan ia yang sering berada di permukaan tanah mewarnakan badan menjadi perang kemerah-merahan.

Kepala babi hutan agak memanjang berpangkal leher yang pendek dan tebal, mulutnya kecil bermuncung panjang dengan lubang hidung di hujungnya dilitupi bulu pada sisinya.[8] Lidahnya panjang (sehingga 30 sm)[10] dan berkulit tebal sehingga kebal dari sebarang gigitan anai-anai atau semut; ia juga halus nipis membantu menajamkan deria bau.

Gerigi babi tanah memiliki sekelompok tiub vasodentin ("dentin bentuk khas") yang tegak, nipis, tiub selari, dengan rongga kanal pulp, diikat bersama dengan sementum. Giginya tidak memiliki selaput enamel dan haus dan tumbur gerterusan. Ardvark dilahirkan dengan incisor biasa dan gigi taring pada hadapan rahang, yang tanggal dan tidak diganti. Ardvark dewasa hanya memiliki gigi geraham pada belakang rahang, dan memiliki formula gigi:

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Ardvark berehat di Zoo Bandar Himeji.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Ardvark muncul dari sarangnya pada lewat petang atau sejurus selepas matahari terbenam mencari makan dalam lingkungan yang agak luas sekitar 10 hingga 30 km;[10] ia menghidu menggunakan hidungnya yang panjang untuk mengesan adanya semut atau anai-anai yang padat bawah tanah. Sebaik tempat sesuai dapat dikesan, tanah digali dengan kaki hadapannya yang kuat sambil telinga panjangnya tegak bagi mendengar sebarang bunyi pemangsa.

Cakarnya membolehkannya penggalian kerak busut semut atau anai-anai yang amat keras sekalipun pantas pada kelajuan menggali 2 kaki dalam masa 15 saat,[11] sambil mampu menutup lubang hidungnya mengelakkan terkena debu. Lidahnya dijulurkan masuk mampu mengumpul sebanyak 50,000 ekor semut atau anai-anai pada satu masa

dan mengaut jumlah serangga yang mengkagumkan dengan lidahnya yang panjang dan melekit pernah direkodkan. Ia mampu tetapi selalunya bergerak agak perlahan.

Apabila berjaya, Deria pendengarannya yang tajam membantunya mengesan pemangsa: singa, harimau kumbang, dubuk, dan ular sawa.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

bu dan anak Ardvark.

Ardvark hanya berpasangan semasa musim mengawan; selepas tempoh bunting selama tujuh bulan, seekor anak berat sekitar 2 kilogram (4.4 lb) dilahirkan, dan mampu meninggalkan sarang bagi menemani ibunya hanya selepas dua minggu, dan makan anai-anai pada 14 minggu dan berhenti menyusu selepas 16 minggu.[10][12] Pada usia enam bulan ia mampu menggali sarangnya sendiri, tetapi biasanya sering kekal bersama ibunya sehingga musim mengawan berikutnya, dan matang seksual pada musim berikutnya.

Sarang utama boleh jadi dalam dan meluas, memiliki beberapa laluan dan boleh sepanjang 13 meter (43 ka).[12] Ardvark menukar tatarajah sarang induknya secara berkala, dan dari masa ke masa berpindah dan membina yang baru; sarang lama kemudian didiami oleh haiwan lebih kecil seperti anjing liar Afrika.[10] Hanya ibu dan anak berkongsi sarang. Sekiranya diserang dalam terowong, ia akan menutup terowong dibelakangnya, atau berpaling dan menyerang menggunakan cakarnya.

Babi tanah berpasangan hanya selama musim mengawan. Yang betina membunting selama tujuh bulan[12] sehingga seekor anak dilahirkan pada sekitar bulan-bulan Mei hingga Julai[6] dengan berat sebanyak antara 1.7-1.9 kilogram.[9] Anak ardvark ini menyusu dari semua puting induknya secara berturutan[13] sehingga ia berhenti paling lama sekitar 3 bulan.[9] Bulu badan badan mula tumbuh selepas 5-6 minggu.[13] Ia boleh menggali sarang sendiri ketiks berusia enam bulan.[12]

Ekologi[sunting | sunting sumber]

Ardvark hidup di Afrika sub-Sahara, di mana terdapat habitat yang sesuai bagi mereka untuk tinggal, seperti di savana, kawasan rumput, kawasan berhutan dan kawasan semak, dan makanan yang ada (contoh. semut dan anai-anai).[5] Ardvark adalah nokturnal dan haiwan bersendirian yang makan sepenuhnya pada semut dan anai-anai (formikivor);[12] satu-satunya buah yang dimakan ardvark adalah timun ardvark.

Selain menggali semut dan anai-anai, ardvark turut menggali sarang untuk tinggal; tapak sementara bertabur di julat rumah sebagai perlindungan, dan sarang utama digunakan bagi membiak.

Pemangsa utama ardvark adalah singa, harimau kumbang, anjing perburuan dan ular sawa. Sesetengah puak Afrika turut memburu ardvark untuk dagingnya. Ardvark mampu mengali dengan pantas atau berlari berkelit bagi mengelakkan musuh, tetapi sekiranya gagal, mereka akan menyerang dengan cakar, ekor dan bahunya, kadang-kala berbaring bagi melibas dengan keempat kakinya. Kulit mereka yang tebal turut melindungi mereka sehingga tahap tertentu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lindsey, P., Cilliers, S., Griffin, M., Taylor, A., Lehmann, T. & Rathbun, G. (2008). Orycteropus afer. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 29 December 2008.
  2. ^ Hoiberg 2010, halaman 3–4
  3. ^ "Aardvark, n." Dictionary of South African English. Dictionary Unit for South African English, 2018. 26 February 2019.
  4. ^ Templat:MSW3 Tubulidentata
  5. ^ a b African Wildlife Foundation 2013 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "awf" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ a b Goodwin 1997, halaman 2–3
  7. ^ Pijnappel, Jan (1875). "بابي‎ babi". Maleisch-hollandsch woordenboek. Haarlem: Johannes Enschedé en zonen. m/s. 39. babi tanah, aardvarken
  8. ^ a b Rahm 1990, halaman 452
  9. ^ a b c d Rahm 1990, halaman 450–451
  10. ^ a b c d e Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Aard-vark" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.
  11. ^ "Aardvarks at the Bronx Zoo" (flash video). Dicapai pada 31 January 2011.
  12. ^ a b c d e van Aarde, Rudi J. (1984). Macdonald, D. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. m/s. 466–467. ISBN 0-87196-871-1.
  13. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan UR6 tidak disediakan
Sumber utama
  • African Wildlife Foundation (2013). "Aardvark". African Wildlife Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2008. Dicapai pada 18 November 2013.
  • Goodwin, George G. (1997). "Aardvark". Dalam Johnston, Bernard (penyunting). Collier's Encyclopedia. I: A to Ameland (ed. 1st). New York, NY: P.F. Collier. ISBN 978-1571610935.
  • Hoiberg, Dale H., penyunting (2010). "Aardvark". Encyclopædia Britannica. I: A-ak Bayes (ed. 15th). Chicago, IL: Encyclopædia Britannica Inc. ISBN 978-1-59339-837-8.
  • Rahm, Urs (1990). "Tubulidentates: Aardvark". Dalam Parker, Sybil P. (penyunting). Grzimek's Encyclopedia of Mammals. 4. New York, NY: McGraw-Hill Publishing Company. m/s. 450 458. ISBN 978-0-07-909508-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]