Baby Bob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baby Bob
Barisan pelakon
FormatKomedi
Dibintangi oleh
Joely Fisher
Adam Arkin
Holland Taylor
[Elliot Gould
Negara asal Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim1
Bilangan episod14
Penerbitan
Tempoh siaran30 minit
Penyiaran
Saluran asalCBS (2002)

Baby Bob merupakan sitkom yang telah disiarkan di CBS pada 2002 dan pernah disiarkan oleh NTV7 untuk siaran Malaysia. Ia berkisarkan keluarga Spencer yang terdiri daripada ibu, bapa, datuk, nenek serta seorang bayi berusia enam bulan bernama Bob dan mempunyai kebolehan untuk bertutur dan memahami apa sahaja yang dikatakan oleh orang dewasa.

Watak Baby Bob sebenarnya bukanlah baru untuk siri TV ini tetapi ia pernah menghiasi iklan untuk syarikat dotcom. Kecanggihan teknologi berkomputer telah menghasilkan pergerakan mulut bayi bernama Bob ini.

Walaupun bermula agak baik dengan jumlah penonton yang ramai [1], siri ini mendapat cemuhan dari para pengkritik dan hanya bertahan dalam jangka masa yang singkat iaitu selama lapan episod sahaja walaupun empat belas episod telah dilakukan. Pada musim panas 2003, CBS menyiarkan enam episod yang belum disiarkan [2]. Pada 2005, watak Baby Bob kembali untuk iklan “Quizno's Sub”.

Baby Bob & iklan Quizno.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Joely Fisher....Lizzy Collins Spencer
  • Adam Arkin....Walter Spencer
  • Holland Taylor....Madeline Collins
  • Elliot Gould....Sam Spencer
  • Ken Hudson Campbell.... Baby Bob (suara)

Rujukan[sunting | sunting sumber]