Pergi ke kandungan

Baby Shima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baby Shima
Baby Shima pada 2024
Maklumat latar belakang
Nama lahirNor Ashima binti Ramli
Kelahiran (1992-09-20) 20 September 1992 (umur 33)
Johor Johor Bahru, Malaysia Malaysia
WarganegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Genre
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Alat muzikVokal
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Pautan berkaitan
Pautan lain
Facebook: 181815841843404 X: babyshimareal Instagram: babyshimaofficial Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima (lahir 20 September 1992) merupakan seorang penyanyi dangdut dan pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau merupakan salah seorang peserta D'Academy Asia (musim 3) di Indonesia serta peserta Big Stage musim pertama di Astro Ria.[2][3][4]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 20 September 1992 di Permas Jaya, Johor Bahru, Johor dan merupakan anak keempat daripada enam adik beradik kepada pasangan Ramli Ali dan ibu Zaleha Mohamed.[5]

Baby Shima mula berkecimpung dalam bidang muzik selepas bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010 anjuran Berita Harian. Beliau kemudiannya mengikat kontrak bersama KRU Music Group dan seterusnya muncul bersama single sulungnya, "Tak Sabar" ciptaan Edry Abdul Halim.[6][7][8][9]

Beliau berhasrat ingin mencipta nama di Indonesia dan Selatan Carribean termasuklah di Madagascar,[10] ini terbukti apabila beliau terpilih sebagai salah seorang peserta D' Academy Asia musim ketiga di Jakarta, Indonesia pada 2017.[11]

Baby Shima menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Sissy Imann, Iman Troye, UNIC, 4U2C, Bandi , Erra Fazira dan Fara Hezel.[12] [13][14]

Pada Jun 2020, beliau menerima pengiktirafan oleh YouTube Malaysia apabila saluran YouTube beliau menerima YouTube Malaysia Gold Creators Awards 2020.

Big Stage (musim 1)

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Viral "Lagi Syantik" Siti Badriah TERSELAMAT
Minggu 2 Lit Throwback "Aku Tak Akan Bersuara" Nike Ardilla TERSELAMAT
Minggu 3 Sama-sama Up "Makhluk Tuhan Paling Sexy"

(duet bersama Zizi Kirana)

Mulan Jameela TERSELAMAT
Minggu 4 Tapi Bukan Aku "Mawar Putih Tanda Perpisahan" Jamilul Hayat TERSELAMAT
Minggu 5 Hot List Digital "Asal Kau Bahagia" Armada TERSELAMAT
Minggu 6 Lagu Pilihan Siti Nurhaliza "Semakin" Siti Sarah TERSELAMAT
"Drama"

(duet bersama Syafiq Farhain)

Meet Uncle Hussain & Black TERSELAMAT
Minggu 7 (Separuh Akhir) Road To Final "Hajat" Hael Husaini TERSELAMAT
"Ku Mahu"

(duet bersama Haiza)

Siti Nurhaliza TERSELAMAT
Minggu 8 (Akhir) Lagu Cover & Penentuan "Police Entry" Elizabeth Tan TEMPAT KELIMA
"Sirna"

(lagu baru)

Dirinya sendiri

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Januari 2019, Shima membuat laporan polis di Balai Polis Cyberjaya berhubung komen jelik di laman Instagram miliknya. Selain itu, beliau juga menerima ugutan cepat mati.[15]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Lagu Kolaborasi Penulis Lirik Komposer Catatan
2012 "Tak Sabar" Edry Abdul Halim
"Nombor Dua"
2013 "Mawar Putih Tanda Perpisahan"
2014 "Seloka Hari Raya" Adam AF
2017 "Abang Satu Ringgit"
"Makan Hati" Yogi
2018 "Roadblock Hatiku" Floor 88 Zai Floor 88, Romeo Manja & Room None Achoi Floor 88
"Pura-Pura Bujang" Mimifly & Ezra Kong OST Drama Perisik Cinta Tak Diundang
"Kangen Rosul" R. Husin Albana & Nurunnajwa
"Jaran Ucul" R. Husin Albana
"Main Mata"
"Sirna" Aico, R. Husin Albana & Adam AF
2019 "Sakit" Edry Abdul Halim
"Ikatan Asmara" Fairuz Misran Achoi Floor 88 Harry Khalifah
"Terpisah Jarak Dan Waktu" Sule
2020 "Disana Menanti Disini Menunggu" Saari Amri
"Siapa Sih Kamu" Dr. Aldo Set14
"Mbalik Kucing" DJ Remix Santuy R. Husin Albana
2021 "Lalai" Ezra Kong
2022 "Bak Zaman" Fairuz Misran Ezra Kong & A. Ramlee
"Baby Sayang" Dato' Sri Aliff Syukri
"Bang Jamal" Zai Hamzah
"Sejenak Sendiri" Ipoenk ZA
2023 "Bajidoran" Cucun Z & Baby Shima
2024 "Kene Kecam Pun Tak Kisah" Ifa Raziah & Norman Abdul Halim Edry Abdul Halim
"Bujang Sarawak" Hairee Francis
"Waktu Ku Kecil" Dedi Sugiana Yudha
2025 "Masuk lagi" - Ajim Maze Harry Khalifah
  • Main Mata (versi koplo) (2019)

Lagu lain

[sunting | sunting sumber]
  • Kopi Dangdut
  • Suaramu Syairku
  • Hareudang
  • Hutang (versi dangdut)
  • Ku Puja Puja
  • Cowok Baru
  • Ayo Turu
  • Suamiku Kawin Lagi
  • Jaga Jaga (feat Ayie Floor 88)
  • Aisyah Istri Rasulullah
  • Dance Monkey
  • Lagu Untuk Kamu
  • Goyang Upin & Ipin
  • Ada Gajah Dibalik Batu
  • Yang Benar (feat Ayie Floor 88)
  • Berdiri Bulu Romaku
  • Berkikis Bulu Betis (Cover Iban)

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Hutang 2D Shima Filem pertama
2022 Biko Sara
2024 Tan-Ti-Ana Mona

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 D'Academiy Asia (musim 3) Peserta Indosiar
2018 Big Stage (musim 1) Astro Ria
2021 Havoc Nak Raya Artis Jemputan TV3
2023 I Can See Your Voice Malaysia (musim 6) Penyiasat Tetap
Sepahtu Reunion Live Tour Ayu Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Jodoh Pasti Bertemu (Bahagian 3)"
2024 Melodi Pengacara Jemputan TV3

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2009 Mangga Star Search Menang
2010 Bintang Idola Berita Harian 2010 Menang
2012 KPOPNya Raya (Astro Ria) Menang
2017 Anugerah Dangdut Indonesia (MNCTV) Pendatang Baru Dangdut Terpopular Menang
2018 Big Stage Tempat ke-5
2019 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Duo/kumpulan Popular (bersama Floor 88) Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
  1. ^ Biodata Baby Shima Azhan.co (28 Oktober 2017). Dicapai pada 28 Oktober 2017.
  2. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (21 Mei 2015). Baby Shima akui malu Utusan Malaysia. Diperoleh pada 5 Oktober 2015.
  3. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (4 Januari 2019). Baby Shima bersinar di seberang Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Januari 2019.
  4. ^ Rudy Imran Shamsuddin (29 Julai 2018). Mahu berjaya di dua negara: Baby Shima Harian Metro.
  5. ^ Nadia Azam (18 Januari 2019). Skandal seks artis Indonesia: Dah kenapa ada Baby Shima? Malaysiakini. Dicapai pada 10 Mac 2019.
  6. ^ Budiey (10 Mei 2012). Lagu Tak Sabar single pertama Baby Shima Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Disember 2017.
  7. ^ Zaidi Mohamad (10 Febuari 2016). Edry hasilkan lagu pop futuristik untuk Babay Shima Berita Harian. Dicapai pada 24 Oktober 2016.
  8. ^ Qarami Hashim (21 Januari 2018). "Tak Sabar lagu saya sendiri" - Baby Shima mStar Online. Dicapai pada 13 Disember 2018.
  9. ^ Tidak sambung pelajaran - Baby Shima tumpukan karier menyanyi Rotikaya. 17 Januari 2013. Dicapai pada 13 Disember 2018.
  10. ^ Najiy Jefri (29 Disember 2019). Sukar kekal momentum di Indonesia - Baby Shima Harian Metro. Dicapai pada 28 Januari 2020.
  11. ^ Baby Shima 'bersinar' di Indonesia Kosmo! (21 Februari 2019). Dicapai pada 10 Mac 2019.
  12. ^ Kemalia Othman (13 Ogos 2018). Perjalanan 14 jam sebelum ‘Big Stage’, punca Baby Shima rebah mSTAR Online. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  13. ^ Farihad Shalla Mahmud (12 Ogos 2018). Baby Shima pitam di pentas Berita Harian. Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  14. ^ Kamaruddin Razal (12 Ogos 2018). Pengsan Di Pentas Big Stage, Baby Shima Dikejarkan ke Hospital Astro Gempak. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  15. ^ Izwan Mohd Isa (25 Januari 2019). Didoa cepat mati, Baby Shima buat laporan polis Kosmo!. Dicapai pada 11 Februari 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]