Bachok Tengah (kawasan negeri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
N.14 Bachok Tengah
Kawasan pilihan raya  Kelantan
Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Kelantan
Kawasan pilihan raya diwujudkan1958
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1974
Kali pertama dipertandingkan1959
Kali terakhir dipertandingkan1969
Demografi
Pemilih (1969)[1]9,908

Bachok Tengah ialah salah satu bekas kawasan pilihan raya negeri yang terletak di negeri Kelantan, Pantai Timur Malaysia. Bachok Tengah telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sejak tahun 1959 sehingga 1974. Kawasan pilihan raya ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bachok Tengah yang terakhir berkhidmat ialah Mohammad Amin Ya'akub mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1959 8,104—    
1964 8,552+5.5%
1969 9,908+15.9%

Kawasan pilihan raya Bachok Tengah telah diciptakan pada tahun 1958 untuk persiapan pilihan raya negeri pada tahun berikutnya, 1959. Bachok Tengah terletak di dalam kerusi parlimen Bachok. Kawasan pilihan raya ini berjiran dengan kawasan Bachok Utara di utara, dan Bachok Selatan di selatan. Kawasan ini berhadapan dengan Laut China Selatan menghadap ke arah timur. Penamaan kawasan pilihan raya ini sebagai Bachok Tengah dipilih kerana kedudukan geografinya di tengah-tengah kawasan parlimen Bachok.[1]

Kawasan Bachok Tengah mula dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada 24 Jun 1959, bersama-sama dengan kawasan Dewan Undangan Negeri lain yang terdapat di Kelantan.[3] Pada peringkat awal, sebanyak empat calon yang bertanding di kawasan ini iaitu, Mohammad Amin Ya'akub mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Ismail Yusoff mewakili Parti Perikatan, Nik Mat Haji Wan Hassan mewakili parti Barisan Sosialis dan Mohamad Yusoff Yahya mewakili Parti Negara. Sebanyak 8,104orang pengundi berdaftar di bawah kawasan Bachok Tengah untuk tahun itu.[4] Keputusan pemenang telah diumumkan pada 26 Jun 1959 di Berita Harian, yang di mana memaparkan Mohammad Amin Ya'akub telah menang, memperolehi 74.0 peratus undian, berbanding saingannya Ismail Yusof sebanyak 16.7 peratus, Mohamad Yusoff Yahya sebanyak 6.6 peratus dan Nik Mat Wan Haji Hassan sebanyak 2.6 peratus.[5]

Pada pilihan raya berikutnya iaitu pada 1964, Mohammad Amin Ya'akub dari PAS kembali bertanding sekali lagi di Bachok Tengah. Terdapat satu saingannya kali ini iaitu Yusof Salleh dari Perikatan. Terdapat 8,552 pengundi berdaftar di kerusi ini, bertambah 448 orang berbandingan tahun sebelum ini. Setelah keputusan dikeluarkan oleh Surohanjaya Pilehanraya (kini Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia), Mohammad Amin kekal dan masih bertahan di kerusi Bachok Tengah, dengan mendapatkan majoriti sebanyak 1,849.[6] Pada pilihan raya negeri 1969, terdapat dua calon yang bertanding di kerusi Bachok Tengah iaitu, Mohamad Amin Ya'akub dan Mohammad Amin Othman. Masing-masing mewakili parti PAS dan Perikatan. Ini merupakan pilihan raya terakhir diadakan kerana kawasan ini akan dimansuhkan dan dipinda menjadi nama baharu tak lama lagi. Kesudahannya, Mohammad Amin Ya'akub memenangi kerusi ini dengan mendapat undian sebanyak 56.7 peratus berbanding saingannya iaitu Mohammad Amin Othman sebanyak 43.3 peratus.[1][2] Kawasan ini terus berkhidmat sehingga 1973. Pada tahun 1974, kawasan Bachok Tengah tidak wujud lagi dalam kerusi Dewan Negeri kerana telah dipinda menjadi nama Perupok.

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Penggal Tahun Ahli Parti
Bachok Tengah
Kawasan baru dicipta
pertama  1959–1964     Mohammad Amin Ya'akub PAS
ke-2  1964–1969
ke-3  1969–1969
Dewan digantung (1969-1971)
ke-3  1971–1974     Mohammad Amin Ya'akub PAS
Kawasan dimansuhkan, digantikan dengan Perupok

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya 1960-an[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Kelantan 1969
Parti Calon Undian % ∆%
PMIP Mohammad Amin Ya'akub 4,205 56.7
Perikatan Mohammad Amin Othman 3,207 43.3
Jumlah undian sah 7,412 100.0
Jumlah kertas undi ditolak 441
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 7,853 79.2
Pemilih berdaftar 9,908
Majoriti 998
PMIP kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Kelantan 1964
Parti Calon Undian % ∆%
PMIP Mohammad Amin Ya'akub 4,305 63.7
Perikatan Yusof Salleh 2,459 36.3
Jumlah undian sah 6,767 100.0
Jumlah kertas undi ditolak 334
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 7,784 84.6
Pemilih berdaftar 8,552
Majoriti 1,849
Sumber

Pilihan raya 1950-an[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Kelantan 1959
Parti Calon Undian % ∆%
PMIP Mohammad Amin Ya'akub 4,533 74.0
Perikatan Ismail Yusoff 1,022 16.7
Parti Negara Mohamad Yusoff Yahya 405 6.6
Barisan Sosialis Nik Mat Haji Wan Hassan 162 2.6
Jumlah undian sah 5,100 100.0
Jumlah kertas undi ditolak 251
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 3,511 79.0
Pemilih berdaftar 8,104
Majoriti

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Neger12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi 12 Negeri Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
  2. ^ a b Abdullah Zakaria Ghazali; Adnan Haji Nawang; Lee Kam Hing (1997). Malaysia, tokoh dulu dan kini. Penerbit Universiti Malaya. ISBN 9789831000298. Dicapai pada 15 Jun 2016.
  3. ^ G. W Rothery (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia) (30 April 1959). "Notices – Election Ordinance 1958 (No 33 of 1958) Elections (Conduct of Elections) Regulations, 1959" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 10. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
  4. ^ a b "Nama2 Chalun Pilehan Raya Negeri Kelantan" [Nama-Nama Calon Pilihan Raya Negeri Kelantan]. Berita Harian. 24 Jun 1959. m/s. 2. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  5. ^ a b "Keputusan Penoh Pilehan Raya Di-Negeri Kelantan" [Keputusan Penuh Pilehan Raya di Negeri Kelantan]. Berita Harian. 26 Jun 1959. m/s. 2. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  6. ^ a b "The Battle for The State Assemblies" [Persaingan untuk Dewan Undangan Negeri] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 27 April 1964. m/s. 12. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
  7. ^ "Malaysia General Election 1964 | Kelantan State Assembly" [Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 | Dewan Undangan Negeri Kelantan] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Elections. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2017. Dicapai pada 12 Ogos 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]