Badak air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Badak Air)

Badak air
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Superorder:
Order:
Keluarga:
Genus:
Hippopotamus
Spesies:
H. amphibius
Nama binomial
Hippopotamus amphibius
Linnaeus, 1758
Taburan badak air

Badak air[2] (Jawi: بادق اءير, nama saintifik: Hippopotamus amphibius) merupakan haiwan mamalia maun besar Afrika, satu dari dua spesies tambahan dalam pengelasan saintifik Hippopotamidae selain badak air kerdil. Ia merupakan antara mammalia darat terbesar selain gajah dan sesetengah jenis badak sumbu tertentu.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Nama saintifik yang diberikan untuk haiwan ini, hippopotamus, berasal dari bahasa Latin menyerap kata gabung bahasa Yunani iaitu ἱπποπόταμος hippopótamos menggabungkan kata ίππος íppos "kuda" dan ποταμός potamós "sungai" secara harfiah bererti "kuda sungai". Terdapat juga istilah "kuda nil"[3] yang lebih dipakai di Indonesia menyerap dari Bahasa Belanda, nijlpaard, menggabungkan kata-kata Nijl "sungai Nil" dan paard "kuda" selari dengan penamaan saintifik ini.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Obaysch di Zoo London pada 1852.

Terdapat lima subspesies badak air yang dikenal pasti berdasarkan rupa bentuk tengkorak dan lokasi taburan geografi:[4]:3

Anatomi[sunting | sunting sumber]

Badan badak air berukuran antara 2.90 hingga 5.05 meter panjang depan ke belakang, tinggi 1.30-1.65 m dari bahu ke kaki dengan ekor berukuran sekitar 35 hingga 56 sm.[5][6][7] Purata berat dewasa adalah sekitar 1500 kg untuk jantan dan 1300 kg untuk betina,[8][9] badak jantan boleh mencapai berat paling maksimum 2000 kg.[8] Badan badak air berbentuk mirip tong dengan kaki kontot dan muncung panjang.[10]

Kulit badak mempunyai ketebalan 6 sm[10] mampu melindungi diri dari bahaman pemangsa sama kuat, lapisan lemak bawah kulit ia pula agak relatif nipis.[4]:3 Bahagian atas badan badak kelabu keunguan atau biru kehitaman manakala bahagian bawahnya serta kawasan keliling telinga dan mata tampak perang kejambuan.[11]:260

Gigi-gigi kacip dan taring masing-masing boleh memanjang sehingga 40 dan 50 sm,[10] gigi-gigi ini digunakan sebagai senjata mempertahankan diri dari badak-badak lain yang menyerang merebut kawasan sendiri.[11]:260

Habitat[sunting | sunting sumber]

Badak air banyak tertumpu di kawasan-kawasan savana dan hutan belantara.[1] meluangkan kebanyakan masa di sungai-sungai dan tasik danau[4]:3 yang cukup air untuk memandikan diri serta sesuai untuk tumbuhan makanan hidup subur.[10] Badak-badak air hanya menaiki darat untuk makan pada waktu senja sehingga sejauh 15 km[10] Sekawan badak air boleh mempunyai lebih seratus ekor.[4]:50 Jantan-jantan dan betina-betina sering menjauhkan diri. Seekor badak akan memandakan kawasan sendiri dengan menyahtinja kawasan sekelilingnya.

Terdapat suatu kawanan badak air yang diperkenalkan di Colombia benua Amerika Selatan oleh Pablo Escobar yang membeli badak-badak ini New Orleans sebagai haiwan peliharaannya sendiri di estet Hacienda Nápoles milik beliau 100km jauh timur dari Medellín pada tahun 1980-an. Kawanan ini sukar dipindahkan selepas kematian Escobar sehingga terpaksa dibiarkan begitu sahaja; populasi badak ini meningkat sebanyak 16 ekor dan mula mencari makanan berdekatan sungai Magdalena.[12][13]

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Badak-badak air memakan sepenuhnya rumput dengan sebilangan kecil aneka jenis tumbuhan akuatik.[14] Usus badak yang baru lahir steril tanpa bakteria pencernaan yang diperlukan maka perlu diperoleh dari tinja induk semasa disusukan dan dibesarkan.[15]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Badak betina boleh mencapai akli baligh seawal 3-4 tahun[16] sehingga 5-6 tahun.[17]

Pengawanan berlaku sesama pasangan jantan betina dalam air di mana sang betina dibenamkan sepanjang tempoh ini[4]:63 sambil berhenti seketika untuk mengambil nafas. Sang betina membunting selama lapan bula;[17] apabila tempoh ini tamat, betina bakal induk ini mengasingkan diri untuk melahirkan anak.[10] Kelahiran anak baharu ini cenderung berlaku masa bermulanya musim hujan.[4]:60–61

Badak betina kembali kepada kawanannya selepas 10–14 hari,[10] ia tidak akan menelurkan ovum lagi selama 17 bulan.[16]

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Ukiran dari Kerajaan Baru Mesir, Dinasti ke-18/19, c. 1500-1300 SM, ketika badan air masih banyak di Sungai Nil.

Interaksi manusia dengan badak air terawal dicatat pada tinggalan tulang badak yang dikesankan pisau daging di Mendakan Bouri. Lembah Awash Habsyah seawal 160,000 tahun dahulu.[18] Lukisan dan ukiran menggambarkan pemburuan badak turut dijumpai bertarikh 4,000–5,000 tahun dahulu pada dinding-dinding batu gua pergunungan Tassili n'Ajjer berdekatan Djanet tenggara Algeria.[4]:1

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Badak air dikaitkan masyarakat Mesir Purba dengan dewa gurun dan ribut Sutekh atau Set,[19] pasangannya Taweret iaitu dewi kesuburan dan kehamilan turut digambarkan badannya separa haiwan ini.[20]

Gigi badak merupakan alat upacara penilikan digunakan dalam kalangan masyarakat Yoruba.[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Lewison, R.; Pluháček, J. (2017). "Hippopotamus amphibius". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T10103A18567364. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-2.RLTS.T10103A18567364.en. Dicapai pada 2 Jun 2018.
  2. ^ Rujuk:
    • "badak air". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "badak air". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  3. ^ "kuda nil". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  4. ^ a b c d e f g Eltringham, S.K. (1999). The Hippos. Poyser Natural History Series. Academic Press. ISBN 978-0-85661-131-5.
  5. ^ "Physical Description". Dicapai pada 2020-10-22.
  6. ^ "Hippopotamus amphibius". Dicapai pada 2020-10-22.
  7. ^ "Hippopotamus". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-08. Dicapai pada 2020-10-22.
  8. ^ a b Owen-Smith, R. Norman (1992). Megaherbivores: The Influence of Very Large Body Size on Ecology. Cambridge University Press.
  9. ^ Pienaar, U. de V.; Van Wyk, P.; Fairall, N. (1966). "An experimental cropping scheme of Hippopotami in the Letaba river of the Kruger National Park". Koedoe. 9 (1). doi:10.4102/koedoe.v9i1.778.
  10. ^ a b c d e f g Estes, R. (1992). The Behavior Guide to African Mammals: including hoofed mammals, carnivores, primates. University of California Press. m/s. 222–26. ISBN 978-0-520-08085-0.
  11. ^ a b Kingdon, J. (1988). East African Mammals: An Atlas of Evolution in Africa, Volume 3, Part B: Large Mammals. University Of Chicago Press. m/s. 256–77. ISBN 978-0-226-43722-4.
  12. ^ Kraul, Chris (20 Disember 2006). "A hippo critical situation". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2015. Dicapai pada 2008-03-27.
  13. ^ "Colombia kills drug baron hippo". BBC News. 11 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2015. Dicapai pada 11 Julai 2009.
  14. ^ Grey, J.; Harper, D.M. (2002). "Using Stable Isotope Analyses To Identify Allochthonous Inputs to Lake Naivasha Mediated Via the Hippopotamus Gut". Isotopes in Environmental Health Studies. 38 (4): 245–250. doi:10.1080/10256010208033269. PMID 12725427. S2CID 216152807.
  15. ^ "Dung eater videos, news and facts". BBC Nature. BBC. Dicapai pada 27 November 2011.
  16. ^ a b Graham L.H.; Reid K.; Webster T.; Richards M.; Joseph S. (2002). "Endocrine patterns associated with reproduction in the Nile hippopotamus (Hippopotamus amphibius) as assessed by fecal progestagen analysis". General and Comparative Endocrinology. 128 (1): 74–81. doi:10.1016/S0016-6480(02)00066-7. PMID 12270790.
  17. ^ a b Brown, C. Emerson (November 1924). "Rearing Hippopotamuses in Captivity". Journal of Mammalogy. 5 (4): 243–246. doi:10.2307/1373731. JSTOR 1373731.
  18. ^ Clark, JD; Beyene, Y; WoldeGabriel, G; Hart, WK; Renne, PR; Gilbert, H; Defleur, A; Suwa, G; dll. (2003). "Stratigraphic, chronological and behavioural contexts of Pleistocene Homo sapiens from Middle Awash, Ethiopia". Nature. 423 (6941): 747–52. Bibcode:2003Natur.423..747C. doi:10.1038/nature01670. PMID 12802333. S2CID 4312418.
  19. ^ Cooper, J.C. (1992). Symbolic and Mythological Animals. London: Aquarian Press. m/s. 129. ISBN 978-1-85538-118-6.
  20. ^ Hart, George (1986). A Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses. Routledge. ISBN 978-0-415-05909-1.
  21. ^ Blier, Suzanne Preston (2015). Art and Risk in Ancient Yoruba: Ife History, Power, and Identity, ca. 1300. Cambridge University Press. m/s. 328. ISBN 978-1107021662.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]