Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor (Balkis) merupakan sebuah persatuan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(ROS) bagi menjaga kebajikan isteri-isteri wakil rakyat negeri Selangor. Ia ditubuhkan dengan mengambil contoh perlembagaan, aktiviti dan sumber kewangan badan yang hampir serupa iaitu Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) dan Puspanita.

Pembubaran Balkis[sunting | sunting sumber]

Setelah kerajaan negeri Selangor dari parti Barisan Nasional tewas pada 8 Mac 2008 dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, bekas Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor (Balkis) Datin Seri Zaharah Kechik berasa tidak lagi selamat dan relevan untuk meneruskan aktiviti Balkis. Sungguhpun suami beliau, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menang dalam DUN Pasir Panjang, Selangor tetapi tentulah pengerusi Balkis akan bertukar tangan.

Antara tindakan beliau dan AJK Balkis ialah :

  • membubarkan Balkis.
  • memindahkan dana badan amal ini kepada akaun Bakti, sebuah lagi badan amal yang serupa tetapi di peringkat pusat.

Bantahan Menteri Besar baru[sunting | sunting sumber]

Pada 26 April 2008, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta pembubaran Balkis segera ditarik balik kerana ia didakwa dilakukan tanpa perbincangan dengan beberapa pihak dan anggota badan amal itu.

Tindakan Datin Seri Zaharah Kechik dianggap pecah amanah dan dilakukan tanpa mengikut lunas undang-undang.[1]

Sebaliknya pada 27 April 2008, Datin Seri Zaharah Kechik menjelaskan bahawa pembubaran Balkis mengikut perlembagaan selepas mesyuarat agung khas diadakan pada 11 Mac 2008. Ketika itu Menteri Besar baru belum dilantik dan masih dalam tempoh peralihan dan kerajaan sementara. Isteri Benteri Besar baru masih belum dilantik menjadi Yang Dipertua Balkis.

Laporan BPR[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Mei 2008 Ketua Penerangan PKR Selangor Mohd Nasharudin Abdul Aziz dan anggota Majlis Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin dan 20 ahli PKR yang lain membuat laporan kepada BPR di Shah Alam, Selangor. Laporan 15 muka diserahkan kepada Pegawai BPR Selangor Mohd Anuar Ismail.[2]

Balkis boleh bergerak semula[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Disember 2011, Hakim Datuk Rohana Yusuf di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan agar BALKIS dibenarkan kembali bergerak setelah pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2009 berhubung dakwaan salah guna dananya.Peguam S Selvarajah mewakili pemohon-pemohon, dan Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi yang mewakili ROS.Pemohon ialah kerajaan negeri Selangor; Puan Sri Salbiah Tunut iaitu isteri Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad dan PKNS Engineering & Construction Bhd.

Hakim Rohana mendapati bahawa Salbiah Tunut mempunyai locus standi dalam membuat permohonan itu.Dari segi Perlembagaan BALKIS , beliau menjadi Yang Dipertua kerana beliau adalah isteri Menteri Besar. Permohonan pihak lain ditolak kerana tidak mempunyai locus standi memandangkan mereka ini hanyalah penyumbang kepada Balkis.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]