Badan Bahasa dan Sastera Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Badan Bahasa Sabah (BAHASA) telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 19 March 1970.[1] Yang Dipertua BAHASA, Encik Dzulkifli Abdul Hamid telah memperkenalkan Badan Bahasa Sabah ini kepada peserta-peserta Malaysia Barat termasuk wakil PENA dan Dewan Bahasa dalam sebuah seminar yang berlangsung selama tiga hari mulai 4 Ogos 1970. [2]

Matlamat Badan Bahasa Sabah[sunting | sunting sumber]

Badan Bahasa Sabah bertujuan menyatupadukan semua kaum di negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya menerusi bahasa rasmi yang tunggal iaitu Bahasa Malaysia. Selain itu ia bermatlamat menyatupadukan seluruh penulis, guru, peminat-peminat dan ahli bahasa dan sastera di Sabah. Badan Bahasa Sabah berusaha seluas-luasnya dalam lapangan bahasa, sastera dan ilmu pengetahuan iaitu berjuang dan mempertahankan serta meninggikan kedaulatan bahasa dan sastera, mengadakan khidmat-khidmat bagi menggalak, meninggi dan memperkembangkan bahasa dan sastera meliputi usaha-usaha penulis dan penerbitan bahan-bahan bacaan, memperjuangkan hak-hak kebajikan penulis-penulis berhubung dan bekerjasama dengan persatuan-persatuan dalam dan luar negeri yang sama tujuannya dengan badan ini.

Cawangan[sunting | sunting sumber]

Sejak Badan Bahasa Sabah ditubuhkan, 12 buah cawangan telah didirikan di seluruh Sabah hingga tanggal 4 Julai 1970. Cawangan-cawangan tersebut ialah: Kota Kinabalu, Putatan, Tuaran, Labuan, Beaufort, Kudat, Sandakan, Membakut, Kuala Penyu, Sipitang, Bandau dan Kota Belud.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]