Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"MACP" dilencongkan di sini.
Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia
MACP logo.png
KependekanMACP
Pembentukan1989; 30 tahun yang lalu (1989)
Status perundanganBukan keuntungan
TujuanMembantu mengumpulkan royalti industri muzik Malaysia
Lokasi
Kawasan berkhidmat
Malaysia
AhliSyarikat muzik Malaysia
Pengerusi
Habsah Hassan
Naib Pengerusi
Dato' Mohd Nasir Mohamed
Laman sesawangwww.macp.com.my

Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (bahasa Inggeris: Music Authors Copyright Protection atau MACP) ialah sebuah pertubuhan muzik bukan keuntungan Malaysia yang ditubuhkan pada 1989. Sejak penubuhannya, MACP telah memainkan peranannya sebagai Badan Pengutip Royalti (CMO) yang sangat aktif dan sehingga kini sudah mempunyai seramai 3,000 ahli di seluruh Malaysia. Sebagai salah satu CMO yang berdaftar dan diberikan lesen untuk mengutip royalti, MACP banyak membantu golongan pengkarya muzik yang biasanya bergantung harap kepada pendapatan menerusi penciptaan lagu dengan pengagihan royalti yang dilakukan pada setiap tahun.[1]

MACP juga merupakan penganjur bagi Anugerah MACP yang diadakan sejak 1996 bagi memberi pengiktirafan kepada karyawan muzik Malaysia.[2] Habsah Hassan merupakan pengerusi MACP sejak 2000, namun mengumumkan perletakan jawatan pada 1 Oktober 2018.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohon MACP terus diberikan lesen Kosmo! (29 November 2012). Dicapai pada 24 Januari 2013.
  2. ^ Khairatul Ainal Abdul Karim (24 April 2008). MACP julang artis bermutu Kosmo!. Dicapai pada 24 Januari 2013.
  3. ^ Saharudin Musthafa (1 Oktober 2018). Habsah Hassan lepaskan jawatan Pengerusi MACP hari ini Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Oktober 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]