Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Badan pencegah Rasuah)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
سوروهنجاي ڤنچڬاهن رسواه مليسيا
Kerajaan Malaysia
Logo SPRM

Markas besar Pejabat SPRM, Wilayah Persekutuan (Perbadanan Putrajaya)
Intisari agensi
Dibentuk1 Oktober 1967; 56 tahun yang lalu (1967-10-01)
Agensi terdahulu
  • Badan Pencegah Rasuah
JenisKerajaan
Bidang kuasa
Eksekutif
StatusSPRM
Ibu pejabatNo. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya 62250
Kakitangan2,937 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 242,134,500 (2018)
Eksekutif Kerajaan
Agensi induk
Parlimen Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009
Laman sesawang
www.sprm.gov.my
ID KerajaanSPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Jawi: سوروهنجاي ڤنچڬاهن رسوا مليسيا; disingkat: SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah Persekutuan Malaysia, atau singkatannya BPRM atau BPR saja ialah sebuah pertubuhan kerajaan persekutuan yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia digubal dan di olah semula untuk menjadi SPRM.[3] Selain itu, Mantan Yang di-Pertua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim turut mengharumkan nama SPRM apabila beliau dipilih menjadi Timbalan Presiden Persatuan Agensi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) pada November 2013.[4]

Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya atas sebab-sebab tertentu.[5] Mohd Shukri Abdull dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru pada 17 Mei 2018.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Logo BPR

Sebelum itu, BPR hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah khususnya ceramah. Pada masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan Jenayah Khas yang diletakkan di bawah Polis DiRaja Malaysia. Manakala pendakwaan kes-kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-Undang.[7]

Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara 1973 telah diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu BPR bertukar nama kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah akta.

Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu Badan Pencegah Rasuah atau BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan. “Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah”.

Bermula pada 1 Januari 2009, SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas BPR. Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya.

Pengiktirafan Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sejak dibentuk pada 1 Januari 2009, pencapaian dan amalan baik SPRM diiktiraf oleh badan antarabangsa secara langsung dan secara tidak langsung.

Salah satu ialah pengiktirafan 23 amalan baik dan kejayaan usaha pencegahan rasuah oleh UNODC iaitu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Dengan Dadah dan Jenayah, yang menilai pematuhan SPRM dan Malaysia terhadap Konvensyen PBB Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC).

Antara kejayaan dan amalan baik diiktiraf UNODC:

  1. Kewujudan Seksyen 25 Akta SPRM iaitu peruntukan berkenaan kewajipan melapor transaksi rasuah atau cubaan rasuah. Kegagalan pematuhan merupakan satu kesalahan jenayah
  2. Tiada had dalam undang-undang bagi kesalahan rasuah dibuat pendakwaan
  3. Peranan Panel Penilaian Operasi (PPO), salah satu daripada lima badan bebas yang memantau SPRM, boleh menyemak semula kes tertangguh atau kes-kes yang Timbalan Pendakwa Raya putuskan tidak boleh didakwa, dan PPO boleh mengemukakan cadangan tanpa mengganggu budi bicara Timbalan Pendakwa Raya
  4. Penubuhan 14 mahkamah khas rasuah manakala hakim perlu mendengar kes dalam masa setahun
  5. Kewujudan SPRM, MACA dan mahkamah khas antirasuah merupakan amalan contoh. Meskipun kebanyakan institusi ini masih baru, tetapi sudah mula memberi sumbangan bagi memperbaiki proses siasatan dan pendakwaan kes rasuah
  6. Kewujudan kerjasama antara agensi di pelbagai peringkat. Sebagai contoh, Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang bertanggungjawab bagi membangunkan dasar dan pelan tindakan pencegahan penggubahan wang haram
  7. Pelaksanaan pelbagai inisiatif pencegahan rasuah dengan kerjasama sektor swasta. Banyak syarikat besar melantik pegawai integriti dan mengamalkan dasar tidak beri hadiah (khususnya semasa perayaan)
  8. Malaysia memeterai perjanjian dua hala dan pelbagai hala, dan mewujudkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa dan serantau
  9. Pihak berkuasa Malaysia mengambil langkah-langkah proaktif untuk menyedarkan semua pemegang taruh relevan, terutama pegawai-pegawai kehakiman mengenai undang-undang, prosedur dan tempoh masa yang perlu dipatuhi
  10. Amalan Malaysia yang fleksibel dalam aspek 'dual criminality' (jenayah dua hala) membolehkan bantuan yang menyeluruh
  11. Kerajaan mengambil langkah-langkah perlu untuk mempercepatkan prosedur ekstradisi dan memudahkan keperluan keterangan
  12. Malaysia diiktiraf mempunyai tenaga kerja mahir dan ada kepakaran dan aktif bekerjasama dengan agensi penguat kuasa rasuah asing. Program latihan, bina kapasiti dan pertukaran yang baik termasuk yang disediakan menerusi MACA merupakan antara amalan-amalan baik peringkat antarabangsa bagi pertukaran maklumat, kerjasama dan pencegahan rasuah.
  13. Agensi-agensi penguat kuasa undang-undang Malaysia khususnya SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan Unit Perisikan Kewangan Bank Negara menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha pencegahan rasuah serta kerjasama di peringkat antarabangsa
  14. Pendekatan siasatan bersama dan kumpulan kerja operasi antara SPRM dan Biro Mencegah Rasuah Brunei Darussalam merupakan contoh kerjasama agensi penguat kuasa dengan negara lain di peringkat dasar dan operasi
  15. Penggunaan kaedah siasatan khas secara meluas dalam mengendalikan kes-kes rasuah di peringkat domestik dan antarabangsa dilihat sebagai contoh yang baik.

Dalam pada itu, Laporan Daya Saing Global 2014-2015, yang menyenaraikan kedudukan Malaysia meningkat ke tangga 20 daripada kalangan 144 negara, turut mengiktiraf bahawa Malaysia secara relatif berjaya dalam usaha memerangi soal rasuah dan birokrasi. Malaysia memperbaiki kedudukan daya saing negara berbanding di kedudukan ke-24 daripada 148 negara yang dicatat tahun lepas.

Menurut laporan itu yang dikeluarkan baru-baru ini, Malaysia yang memperkenalkan strategi transformasi besar-besaran sejak 2009, muncul antara negara yang berjaya memerangi elemen rasuah dan birokrasi, yang sering menjadi perhatian ramai pihak.

[sunting | sunting sumber]

Bintang (14 Bucu)

Mencerminkan kecemerlangan dan kegemilangan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan yang bebas rasuah, warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang paling tinggi.

Bulan Sabit

Bulan sabit mencerminkan agama Islam yang juga merupakan agama rasmi negara ini. Pengetahuan agama dan ketaqwaan dapat menghindar diri dari perbuatan rasuah.

Keris Bersilang

Melambangkan kuasa yang dimiliki oleh pegawai-pegawai SPRM seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang Negara dalam melaksanakan tugas mencegah jenayah rasuah, sedia berjuang demi mendukung hasrat semua warga walau seribu rintangan dan cabaran, tetap mara ke hadapan.

Perisai

Melambangkan alat mempertahankan diri. Ia memberi maksud bahawa tugas risikan yang dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan.

Bunga Padi

Melambangkan kemajuan, kemakmuran dan kejayaan, dalam masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. Segala aduan yang diterima akan dijalankan siasatan sewajarnya tanpa prasangka dengan amanah, tegas dan adil.

Harimau

Melambangkan keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan segala tugas walau seribu rintangan dan cabaran tetap mara kehadapan.

14 Jalur Putih dan Merah

Mencerminkan aktiviti pendidikan tentang rasuah dan kesan buruknya, merangkumi seluruh negeri di Malaysia.

Tulisan Jawi

Melambangkan semangat mempertahankan pusaka bangsa dan khazanah negara agar dapat diwarisi oleh genarasi yang akan datang.

Pengertian warna (Emas, Kuning, Biru, Hitam, Putih)

Emas

Melambangkan perjuangan yang paling berharga iaitu membanteras jenayah rasuah demi mencapai kejayaan yang tidak ternilai iaitu Negara yang bebas rasuah.

Kuning

Melambangkan adil iaitu keadilan adalah salah satu daripada piagam pelanggan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam apa jua keputusan yang diambil tanpa mengira pangkat dan bangsa.

Biru

Mencerminkan amanah dan harmoni. Ini bermaksud bahawa di samping menguatkuasakan undang-undang, badan ini juga merangka dan melaksanakan kempen pencegahan rasuah melalui program penerangan, pendidikan, dan perhubungan masyarakat.

Hitam

Melambangkan kejituan dan kemantapan semangat yang padu dan perjuangan yang ampuh.

Kelabu Gelap

Warna kelabu adalah warna neutral yang terletak di antara putih dan hitam, yang melambangkan kebebasan dan ketelusan SPRM dalam usaha pembanterasan jenayah rasuah tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Merah

Melambangkan semangat perjuangan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara walau terpaksa menumpahkan darah.

Putih

Melambangkan jiwa yang bersih dalam perjuangan yang suci menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.

Moto SPRM[sunting | sunting sumber]

Amanah

Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Tegas

Menjalankan penyiasatan terhadap semua perlakuan rasuah secara objektif dan tanpa pilih kasih.

Adil

Bertindak secara saksama tanpa prasangka dan berat sebelah dalam semua keadaan berteraskan keluhuran undang-undang.

Visi/Misi/Objektif[sunting | sunting sumber]

Visi

  1. Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah ;
  2. Menjadikan SPRM agensi pencegahan rasuah bertaraf dunia.

Misi

  1. Menerajui usaha pencegahan rasuah di Malaysia ; dan
  2. Menjadikan SPRM sebagai organisasi yang dinamik dan progresif melaui pembangunan kapasiti dan kapabiliti yang berterusan.

Objektif

  1. Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan.

Fungsi SPRM[sunting | sunting sumber]

Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu:

  1. Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;
  2. Mengesan dan menyiasat -
  • Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;
  • Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan dibawah Akta ini; dan
  • Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;

Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta ini dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah; Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu; Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah; Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah

Struktur organisasi[sunting | sunting sumber]

SPRM ialah salah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Sungguhpun ia terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi itu hanyalah sekadar melibatkan urusan kewangan dan kakitangan sahaja. Urusan harian BPR dilaksanakan secara bebas dan berkecuali oleh pegawai-pegawainya di bawah pengawasan Ketua Pengarah tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak..[sunting | sunting sumber]

SPRM diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Seksyen 3(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, atas nasihat Perdana Menteri Malaysia dan beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah. Ketua Pengarah SPRM pada masa kini adalah YBhg. Datuk Seri Azam bin Baki.

SPRM mempunyai 11 bahagian di peringkat Ibu Pejabat serta 15 buah pejabat peringkat negeri diketuai oleh seorang Pengarah Negeri.

Pengurusan SPRM
Pengurusan Tertinggi
Pengurusan Kanan


Pengurusan Tertinggi
Ketua Pesuruhjaya
Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Pesuruhjaya
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pengurusan Kanan
Pengarah Negeri
Peringkat Ibu Pejabat SPRM
Bahagian Siasatan
Bahagian Perisikan
Bahagian Keselamatan
Bahagian Pendidikan Masyarakat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan
Bahagian Perundangan dan Pendakwaan
Bahagian Dasar, Penyelidikan dan Perancangan
Bahagian Keutuhan Pengurusan
Bahagian Kecemerlangan Profesionalisme
Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia

Senarai Ketua Pesuruhjaya SPRM[sunting | sunting sumber]

Bahagian[sunting | sunting sumber]

Bahagian Siasatan

Bahagian ini diketuai oleh Pesuruhjaya Dato Mohd Jamidan Bin Abdullah Pada masa ini, Bahagian Siasatan mempunyai 16 cawangan yang adalah seperti berikut: -

  1. Respons Cawangan Pertama
  2. Cawangan undang-undang & Penyelidikan
  3. Perlucutkan Harta & Cawangan Pengesanan Aset
  4. Pengurusan Cawangan Laporan Tatatertib
  5. Forensik & Teknologi Cawangan
  6. MACMA Penyiasatan & Cawangan Pengurusan
  7. AMLATFA Siasatan Cawangan
  8. Cawangan Pentadbiran
  9. Cawangan Siasatan A (Badan Penguatkuasaan)
  10. Siasatan Cawangan B (Pembangunan)
  11. Siasatan Cawangan C (Badan Berkanun)
  12. Cawangan Pasukan Petugas Khas
  13. Siasatan Cawangan D (Syarikat Separa Kerajaan)
  14. Penyiasatan Cawangan E (Bank, Insurans & Koperasi)
  15. Siasatan Cawangan F (Keselamatan, Bursa Malaysia & Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
  16. Siasatan Cawangan G (Infrastruktur & Pembangunan)

Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan penting dalam memerangi jenayah rasuah dengan penyiasatan menjadi fungsi utamanya. Seperti yang ditandakan oleh namanya, peranan jabatan adalah tertakluk kepada Seksyen 7 subseksyen (a) dan (b) Malaysia Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (MACCA) 2009 seperti berikut: subseksyen yang berikut:

(a) untuk menerima dan menimbangkan apa-apa laporan mengenai pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat apa-apa laporan sebagai Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai yang difikirkan praktik;

(b) untuk mengesan dan menyiasat-

  • apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;
  • apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;
  • apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran

Secara keseluruhan, Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Pentadbiran adalah bertanggungjawab bagi pentadbiran, pengambilan, perkhidmatan, kewangan, akaun dan pembangunan di SPRM. Bahagian ini terdiri daripada:

  • Pembangunan Organisasi dan Kompetensi Sub-Bahagian
  • Pengurusan Sumber Manusia dan Penyelidikan Sub-Bahagian
  • Pentadbiran Am Sub-Bahagian
  • Kewangan, Akaun dan Pembangunan Sub-Bahagian


Bahagian Pendidikan Masyarakat

Komuniti Bahagian Pendidikan adalah salah satu bahagian penting dalam SPRM untuk menjalankan fungsinya selaras dengan Seksyen 7 (f) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang adalah untuk mendidik orang ramai dalam memerangi rasuah, dan Seksyen 7 (g) untuk mendapatkan dan mengekalkan sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.


Bahagian Perundangan dan Pendakwaan

Bahagian Perundangan dan Pendakwaan bertanggungjawab untuk pendakwaan dan kelakuan perbicaraan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di mahkamah. Pendakwaan dilakukan secara adil dan memenuhi standard bukti sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang. Bahagian ini juga peruses kertas siasatan yang dihantar oleh Jabatan Siasatan dan memutuskan atau memberi arahan lanjut sewajarnya.


Bahagian Perisikan

Bahagian Perisikan adalah salah satu bahagian penting dalam SPRM untuk melaksanakan fungsi sebagai pusat maklumat. Pengumpulan maklumat dilakukan melalui pelbagai sumber, kaedah dan teknik-teknik terkini.


Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan

Bahagian ini telah ditubuhkan untuk menjalankan tugas-tugas perkhidmatan perundingan dalam selaras dengan peruntukan undang-undang Seksyen 7 subseksyen (c), (d) dan (e) Malaysia Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.


Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan mempunyai dua peranan utama:

Untuk meneliti amalan, sistem atau tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta ini, untuk mendapatkan semakan semula amalan, sistem atau prosedur yang mungkin membawa kepada rasuah dan mengarahkan, menasihati dan membantu mengenai cara-cara dalam yang rasuah boleh dihapuskan. Untuk memberi nasihat kepada badan-badan awam, organisasi dan syarikat swasta mengenai cara-cara di mana rasuah boleh dihapuskan.


Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan

Bahagian ini telah ditubuhkan sebagai 1 sumber utama untuk membantu yang Pengurusan Top Malaysia Agensi Rasuah Pencegahan (SPRM) dalam perancangan dasar suruhanjaya dan penyelarasan melalui penyelidikan, bersama ordinasi-dan pemantauan ke arah penghapusan yang rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melalui perancangan strategik dan pelaksanaan rancangan latihan yang profesional dan berkesan.


Bahagian Keselamatan

Bahagian Keselamatan adalah benteng perlindungan kepada SPRM dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek keselamatan perlindungan dan kawalan ke atas aset, kakitangan, dokumen dan sistem operasi SPRM secara keseluruhan.

Undang-undang dikuatkuasakan:

  • Malaysia Anti-Rasuah Akta Suruhanjaya 2009
  • Kawasan Perlindungan Dan Tempat Larangan 1959
  • Akta Rahsia Rasmi 1972
  • Akta Arkib Negara 2003
  • Senjata Api 1960
  • Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971
  • Akta Penjara 1995
  • Akta Polis 1967
  • Lokap Peraturan 2000
  • Kaedah 1953 lokap
  • Arahan Perbendaharaan
  • Arahan keselamatan
  • Surat Perintah Am
  • Firma Perintah Ketua Pesuruhjaya SPRM


Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme

Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme memulakan operasinya pada 1 Ogos 2008. Bahagian ini terdiri daripada tiga cawangan Cawangan Pengurusan iaitu Disiplin, Integriti Cawangan dan Cawangan Pematuhan. Peranan utama bahagian ini adalah untuk menguatkuasakan semua arahan peraturan dan prosedur yang berkaitan dengan tatatertib dan untuk memastikan pematuhan.


Bahagian Pengurusan Integriti

Pelaksanaan dan tanggungjawab untuk melaksanakan Arahan Perdana Menteri (No. 1, Tahun 1998) telah ditubuhkan oleh Cawangan Tadbir Integriti di bawah pengawasan Bahagian Dasar, Penyelidikan dan Korporat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Disebabkan oleh beban kerja bertambah, Cawangan ini telah dinaik taraf kepada Bahagian pada 1 Ogos 2008 dan kini dikenali sebagai Bahagian Keutuhan Pengurusan (IMD), SPRM. Melalui pelaksanaan Arahan Perdana Menteri (No. 1, Tahun 2009) yang menggantikan Arahan Perdana Menteri (no.1, Tahun 1998), dikenali IMD dijalankan peranan, seperti

Untuk membantu pengukuhan integriti, meningkatkan tadbir urus yang baik dan mengurangkan sebarang masalah birokrasi di kementerian, kerajaan negeri, jabatan, agensi-agensi kerajaan serta anak-anak syarikat kerajaan untuk membasmi rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan kelemahan dalam pengurusan.

Untuk menjalankan peranan sebagai ahli jawatankuasa bersama-sama Malaysia Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) bagi Jawatankuasa mengenai Integriti Tadbir (CIG) Mesyuarat di peringkat kebangsaan yang dipengerusikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ketua Pesuruhjaya, Jawatankuasa Khas Mesyuarat Tadbir Urus Integriti dan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (SCCGMI) mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Untuk melaksanakan Sesi Perundingan CIG melalui CIG Pasukan Perundingan.

Peranan ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti sistem penyampaian kerajaan dan mewujudkan sebuah negara rasuah yang bebas yang berdasarkan nilai-nilai yang baik dan alasan moral yang tinggi. Arahan No. Tentang YAB Perdana Kanan Menteri 1 Tahun 2009

Arahan Perdana Menteri (no.1, Tahun 1998) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Januari 1998. Antara keputusan itu adalah bahawa semua kementerian, jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensi kerajaan memulakan Jawatankuasa mengenai Integriti Tadbir (CIG) akan memberi tumpuan kepada mengukuhkan keutuhan pengurusan pentadbiran kerajaan Malaysia sistem supaya semua usaha untuk membasmi rasuah dan penyelewengan di kalangan penjawat awam dapat dipertingkatkan dalaman , satu pendekatan yang menyeluruh, sistematik dan berterusan. Selain itu, Pasukan Petugas bagi Mengurangkan Birokrasi Merah-Pita telah ditubuhkan melalui Surat Ketua Setiausaha PMS (S) No. 18114 bertarikh 17 September 2003 untuk meningkatkan sistem dan prosedur kerja dalam perkhidmatan awam dan Perkhidmatan Awam Jawatankuasa Tadbir Urus (PSGC) bahawa telah ditubuhkan berdasarkan PM Surat Ketua Setiausaha (S) No. 17.479 / 13 Vol. 4 bertarikh 9 Mac 2007, yang menekankan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik.

Penubuhan tiga Jawatankuasa ini menimbulkan kekeliruan dan tugas-tugas tambahan dalam bentuk keratan maklum balas, perbincangan mengenai isu-isu yang berulang-ulang dan juga bertindih terma rujukan. Oleh itu, semasa Mesyuarat SCCGMI yang bertarikh 3 Februari 2009, ia telah memutuskan bahawa semua Jawatankuasa tiga orang akan digabungkan selaras dengan Arahan Perdana Menteri (no.1, Tahun 2009). CIG telah diluluskan pada 20 November 2009 dan telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010.


Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat

Bahagian Pendaftaran Rahsia telah ditubuhkan secara rasmi pada 01 Ogos 2008. Bahagian ini telah dinaikkan taraf dari Cawangan Pendaftaran Rahsia yang berada di bawah penyeliaan Bahagian Siasatan. Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian (P52) dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Mulai 1 Mac, 2010 Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Cawangan Sandakan telah diperuntukkan secara rasmi kepada Bahagian Pendaftaran Rahsia. Pada Mei 17, 2010, Bahagian Pendaftaran Rahsia telah menukar namanya kepada Pengurusan Teknologi dan Maklumat Rekod (singkatan BPR). Fungsi-fungsi Bahagian ini adalah untuk menerima dan memproses semua maklumat / aduan / dokumen terperingkat, untuk memproses semua tapisan integriti dan menyediakan angka dan statistik yang berkaitan dengan SPRM dan bertanggungjawab untuk menyediakan bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada pengguna akhir yang berkaitan dengan masalah sistem komputer. Bahagian adalah terdiri daripada empat cawangan iaitu Cawangan Pengurusan Maklumat, Dokumen Iklan, Rekod & Cawangan bukti - bukti yang Jenayah, Cawangan Pemeriksaan Integriti dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Cawangan.


Bahagian Operasi Khas

Bahagian Operasi Khas telah ditubuhkan pada 15 April 2010 melalui waran penetapan (WP Bil. A 80/2010) dengan kekuatan 14 jawatan. Jawatan yang diluluskan adalah satu (1) Pengarah, satu (1) Penolong Setiausaha Gred N27, tiga (3) Timbalan Pengarah Gred 54, tiga (3) Pegawai Siasatan Gred P47/48/51/52, tiga (3) Pegawai Siasatan Gred P43/44 dan tiga (3) Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 bahawa jumlah sehingga 14 jawatan keseluruhan. Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi). Perakaunan & pengauditan ".

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa menghadiri ‘4th Steering Committee Meeting ADB-OECD Anti-Corruption Initiative for Asia and Pacific’ di Kuala Lumpur. Secara umumnya MACA diharap akan menjadi pusat serantau bagi usaha-usaha meningkatkan kapasiti dan kapabiliti dalam pembanterasan rasuah.

Pelbagai institusi dan pertubuhan antarabangsa telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menyediakan tenaga pengajar, pakar untuk merangka dan mengendalikan kursus, latihan, seminar, dan bengkel setiap tahun terutamanya di rantau Asia-Pasifik dalam pembenterasan jenayah rasuah. Ini boleh dilaksanakan melalui hubungan dua hala dan pelbagai hala dengan agensi-agensi penguatkuasa pencegahan rasuah serantau seperti ICAC Hong Kong, FBI, BMR Brunei Darussalam, KICAC (Republic of Korea), Indonesia, CPIB Singapura, Thailand dan lain-lain lagi. Dengan adanya pelbagai program yang dirancang adalah diharapkan MACA akan muncul sebagai pusat pembelajaran dan latihan terpenting di rantau Asia.Penubuhan MACA ini juga adalah sebagai tanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, melalui penyediaan kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk modul penyiasatan, pendakwaan, perisikan, pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, tatacara kerja, pengurusan dan kewangan, keselamatan, kepimpinan, latihan kejurulatihan, teknologi maklumat serta pengajian bahasa terutamanya Bahasa Inggeris.

Bidang Kuasa[sunting | sunting sumber]

SPRM diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang berikut:

  • Perlembagaan Persekutuan
  • Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694)
  • Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
  • Kanun Keseksaan (Akta 574)
  • Akta Kastam 1967 (Akta 235)
  • Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta 5)
  • Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)
  • Akta Keterangan 1950 (Akta 56)
  • Akta Polis 1967 (Akta 344)
  • Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613)
  • Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621)
  • Saman dan Waran (Peruntukan Khas) 1971 (Akta 25)
  • Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)
  • Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576)
  • Akta Koperasi 1993 (Akta 502)
  • Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262)
  • Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668)
  • Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372)
  • Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
  • Akta Syarikat 1965 (Akta 125)
  • Akta Penjara 1995 (Akta 537)
  • Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7)
  • Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)
  • Akta Senjata 1960 (Pindaan 1978) (Act 206)
  • Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 (Pindaan 1977) (Akta 191)

Senarai Pangkat[sunting | sunting sumber]

Gelaran Jawatan Singkatan Gred
Ketua Pesuruhjaya KPj TURUS III
Timbalan Ketua Pesuruhjaya TKPj JUSA A
Pesuruhjaya Pj JUSA B
Timbalan Pesuruhjaya TPj JUSA C
Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya KPKPj P54
Penolong Kanan Pesuruhjaya PKPj P52
Penolong Pesuruhjaya PPj P48
Penguasa Kanan PsK P44
Penguasa Ps P41
Ketua Penolong Kanan Penguasa KPKPs P36
Penolong Kanan Penguasa PKPs P32
Penolong Penguasa PPs P29

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

  1. Bertindak ke atas aduan berunsur rasuah dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima;
  2. Pengadu boleh mengetahui status siasatan ke atas aduannya selepas 28 hari bekerja;
  3. Siasatan dilengkapkan dalam tempoh 6 bulan;
  4. Pemeriksaan dan cadangan penambahbaikan terhadap sistem dan tatacara kerja dilengkapkan dalam tempoh 90 hari bekerja;
  5. Keputusan Tapisan Keutuhan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja;
  6. Maklumat dan identiti pemberi maklumat dirahsiakan mengikut undang-undang yang berkuatkuasa;
  7. Menjamin keselamatan saksi-saksi selaras dengan Akta Perlindungan Saksi 2010;
  8. Mendapatkan dan memelihara sokongan masyarakat dalam usaha pencegahan rasuah; dan
  9. Mendidik masyarakat dalam memerangi rasuah.

Strategi[sunting | sunting sumber]

STRATEGI PENGUKUHAN

Bagi meningkatkan keberkesanan SPRM, strategi ini memberi keutamaan kepada pengukuhan profesionalisme pegawai-pegawai SPRM serta pengukuhan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang rasuah antarabangsa dan menjalin hubungan yang baik dengan pihak media massa.

STRATEGI PENGGALAKAN DAN PENCEGAHAN

Strategi ini menekankan kepada usaha-usaha penghayatan nilai murni, pencegahan rasuah dan peningkatan sistem kawalselia yang tegas dalam penguatkuasaan peraturan dan undang-undang.

STRATEGI PENGUATKUASAAN

Memperkemaskan undang-undang pencegahan rasuah yang meliputi aspek-aspek hukuman mandatori, beban membukti pemilikan harta melebihi pendapatan di pihak tertuduh, perampasan harta yang tidak dapat dijelaskan puncanya serta membolehkan penggunaan "agent provocateurs" dalam tindakan- tindakan siasatan SPRM. Semua aspek tersebut bertujuan meningkatkan ketegasan penguatkuasaan undang-undang rasuah bagi memberi kesan "deterrence" terhadap penjenayah rasuah.

Kod Etika[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan segala arahan dilaksanakan segera dengan penuh ketaatan dan komitmen selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip agama serta undang-undang dan peraturan yang digunapakai
  • Berusaha meningkatkan lagi kecekapan, profesionalisme dan kecemerlangan diri melalui ilmu pengetahuan dan amalan secara berterusan;
  • Bertindak secara amanah, tegas, bijaksana, benar dan telus tanpa mementingkan keuntungan peribadi, atau apa-apa balasan;
  • Gigih dan positif menghadapi cabaran, berobjektif dan realistik;
  • Mendisiplinkan diri untuk menegakkan amalan baik dan mencegah kemungkaran;
  • Bersyukur dan berazam untuk meningkatkan kejayaan dan integriti; dan
  • Memelihara kerahsiaan maklumat jabatan.

Kes-kes Besar[sunting | sunting sumber]

Ops Sejuk

Pada 30 Jun 2015, SPRM telah menahan 21 pekebun sayur termasuk warga Bangladesh yang cuba merasuah anggota penguat kuasa di Cameron Highlands ketika Ops Sejuk yang telah dijalankan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak enam bulan lalu. Hasil siasatan mendapati sogokan diberikan bagi mengelakkan tindakan atas pelbagai kesalahan, antaranya penerokaan tanah secara haram, melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementara (LPS), melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati)  dan menyimpan racun tidak berjadual. Mereka yang ditahan didapati  melakukan kesalahan di bawah seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana memberi suapan kepada penguatkuasa. Pekebun-pekebun sayur yang aktif di kawasan seluas lebih 165 ekar (41 hektar), didapati membayar rasuah sehingga RM30,000. Antara  kawasan di mana suspek menjalankan aktiviti perlakuan rasuah termasuk Ringlet, Tanah Rata, Tringkap, Brinchang, Kampung Raja, Kuala Terlah dan Kampar. SPRM juga telah mengemukakan 12 syor kepada kerajaan Pahang untuk mengatasi pembalakan haram di Cameron Highlands.[perlu rujukan]

Sijil Anak Negeri

Pada pertengahan Jun 2015, SPRM Sabah telah menahan 34 orang termasuk tiga orang Datuk kerana memiliki Sijil Anak Negeri (SAN) palsu. Kegiatan haram ini terbongkar apabila seorang individu bukan bumiputera Sabah menggunakan Sijil Anak Negeri untuk membuat tawaran dan memenangi plot tanah seluas 1.61 hektar berharga RM1.7 juta dalam lelongan awam di Tawau dan cuba menjual semula dengan harga lebih tinggi. Pemilikan sijil palsu itu juga membolehkan mereka membeli atau menjual tanah selain memiliki akaun ASB dan dipercayai sindiket ini dimulakan sejak awal tahun 30 tahun lalu. Kesemua mereka ditahan di beberapa daerah antaranya Kota Kinabalu, Tawau, Keningau dan Semporna.[perlu rujukan]

Aduan dan Tangkapan Penyeludupan Pasir

Suruhanjaya telah menerima sebanyak 410 aduan mengenai rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam industri perlombongan pasir sepanjang tahun 2010 daripada orang ramai termasuk usaha proaktif SPRM dalam menangani isu penyeludupan pasir. Sebanyak 45 kertas siasatan telah dibuka daripada jumlah itu, dan sebanyak 43 tangkapan telah dibuat. Daripada jumlah tersebut, 22 individu telah didakwa atas pelbagai tuduhan rasuah dan isu-isu penipuan pasir. Dua kes telah dibicarakan di Mahkamah Sesi Shah Alam dengan satu individu yang diberi enam (6) bulan penjara dan denda RM20, 000.00 manakala individu lain telah didapati tidak bersalah. Walau bagaimanapun, SPRM telah memohon rayuan bagi kes kedua. Bagi kes-kes lain yang berkaitan dengan penyeludupan pasir, perbicaraan ini masih berterusan. Rasuah terbongkar 'Ops Pasir' yang terlibat berjumlah RM321, 528,40. Enam (6) individu telah ditangkap di bawah kesalahan rasuah untuk menuntut khidmat seks manakala jumlah sogokan tunggal tertinggi dicatatkan pada harga RM88, 000.00.[perlu rujukan]


Operasi Pembalakan haram di Negeri Johor

Bermula dari Mac 2010, SPRM telah menjalankan operasi pembasmian rasuah dalam aktiviti pembalakan haram berdasarkan maklumat yang banyak dan laporan yang diterima. Berikutan ini, SPRM telah berjaya merampas ribuan kayu log bernilai berjuta-juta ringgit di wilayah timur Nitar Felda berhampiran Hutan Simpan Mersing. Rampasan yang dijalankan dengan Jabatan Perhutanan Johor menyaksikan rampasan 10 unit jentera berat yang digunakan dalam pembalakan haram. Penemuan beribu-ribu kayu dalam pelbagai saiz dan sedia untuk dihantar, mendedahkan sifat tamak kontraktor pembalakan yang terlibat dalam rampasan aset negara yang tidak ternilai bagi kita.[perlu rujukan]

Operasi Pembalakan haram di Negeri Perak dan Pahang

Pada Julai 2010, SPRM bersama-sama dengan Jabatan Perhutanan Perak telah menyita 800 log kayu haram yang bernilai lebih daripada RM250, 000.000 dalam satu serbuan di kawasan pembalakan haram di Hutan Simpanan Bintang Hijau Lenggong, Perak. Aktiviti yang menyalahi undang-undang yang serupa juga berlaku di bahagian-bahagian lain seperti Hutan Simpanan di Tersang, Raub, Pahang. Untuk hal ini, SPRM telah berjaya mengesan kecurian kayu menular yang berlaku dari siasatan yang dibuat pada awal bulan September 2010. Hasil siasatan juga menunjukkan bahawa kayu yang dijual kepada pembeli yang diperintahkan harga sehingga RM2, 500.00 satu tan.[perlu rujukan]

Operasi Pembalakan haram di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands

SPRM telah berjaya menggagalkan satu lagi aktiviti pembalakan haram berikutan penyitaan beratus-ratus kayu balak yang diekstrak secara haram bernilai berjuta-juta Ringgit bersama-sama dengan jentera berat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti haram di kawasan pergunungan yang bersempadan dengan Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands. Siasatan awal mendedahkan bahawa lesen balak yang dikeluarkan bagi tanah swasta adalah untuk tempoh antara 16 Oktober 2009 hingga 15 Januari 2010. Walau bagaimanapun, aktiviti pembalakan masih dijalankan melebihi tempoh yang sah dan juga daripada kawasan yang dibenarkan.[perlu rujukan]

Operasi Pembalakan haram di Negeri Kedah

Pada awal Jun 2009, satu operasi yang diberi nama 'Ops Balak' telah dijalankan untuk menyokong tuduhan bahawa pegawai-pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah meminta sogokan dari pengendali kayu sebagai balasan untuk mendapatkan permit pembalakan. Semasa operasi ini, empat (4) pegawai-pegawai awam telah ditahan, yang melibatkan Pengarah Perhutanan Daerah Kedah Selatan, satu (1) pegawai dari agensi yang sama dan dua (2) Hutan Rangers. Semua mereka yang ditahan telah didakwa di bawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 (Akta 694). SPRM juga telah menangkap beberapa anggota awam yang dikenali sebagai rakan sejenayah kepada mereka yang ditahan ke muka pengadilan.[perlu rujukan]

Operasi Pembalakan haram di Negeri Selangor

Dua individu telah didakwa di mahkamah di bawah seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi menjalankan pembalakan haram di Daerah Hulu Selangor pada Februari 2010. Kedua-dua tertuduh didakwa kerana memberi rasuah kepada Operasi dan Pegawai Penguatkuasa dari Jabatan Perhutanan Selangor sebagai dorongan untuk tidak merampas sebuah lori yang tidak berdaftar, jentolak Caterpillar dan jentera pengorek yang digunakan oleh kedua-dua tertuduh untuk menjalankan aktiviti pembalakan haram.[perlu rujukan]

Kehilangan Hasil dan Kesan Pembalakan Haram

Kayu yang disita semasa operasi 'Ops Balak' dianggarkan sebanyak RM8, 950,000.00. Berlebihan aktiviti pembalakan haram yang dijalankan tanpa kawalan sewajarnya bukan sahaja merugikan kepada Kerajaan dari segi hasil tetapi juga akan memusnahkan habitat dan ekosistem semula jadi, lagi membahayakan spesis flora dan fauna. Kehidupan semula jadi bagi orang asli juga akan dimusnahkan terutama orang-orang yang tinggal di hutan.[perlu rujukan]


Rasuah dan Kebocoran Pintu Masuk Negara

Daripada pemerhatian risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 orang PATI (pendatang asing tanpa izin) masuk ke negara ini setiap hari. Anggaran juga mendapati kira-kira 35% daripada jumlah ini telah membayar wang rasuah antara RM70.00 hingga RM100.00 seorang bagi mengelakkan prosedur pemeriksaan imigresen. Kebanyakan mereka ini yang masuk ke Malaysia semata-mata hendak mencari peluang pekerjaan. Kadar bayaran levi pekerja asing oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) adalah antara RM360.00 hingga RM1,800.00 setahun mengikut sektor pekerjaan. Manakala yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara RM60.00 hingga RM110.00 seorang. Anggapan dengan menggunakan bilangan pendatang tersebut dan purata bayaran yuran pas lawatan (kerja sementara) serta levi yang sepatutnya dikenakan adalah RM800.00, Kerajaan dianggarkan boleh mengalami kerugian mencecah RM86.4 juta setahun akibat daripada ketidakpatuhan prosedur imigresen yang berpunca daripada amalan rasuah.

Melalui tindakan SPRM untuk membanteras gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan dalang kemasukan PATI, didapati wujudnya segelintir pegawai Jabatan Imigresen yang hidup mewah dengan wang haram apabila terdedahnya penglibatan mereka yang menerima sogokan sehingga RM60,000.00 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam. Ini adalah antara punca yang menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi PATI. Malah terdedah perlakuan rasuah mereka sehingga terdapat penguatkuasa yang dipercayai dibayar sehingga RM2,000.00 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram. Ini termasuklah bagi melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan.

Hasil tindakan operasi yang dijalankan, seramai sebelas orang pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan tujuh orang awam telah ditangkap. Sembilan daripada pegawai JIM yang ditangkap bertugas di Jeti Penumpang Pulau Ketam, manakala dua lagi adalah pegawai yang bertugas di Jeti Port Dickson. Secara keseluruhannya sebanyak RM231,608.36 nilai wang tunai atau dalam akaun simpanan pegawai tersebut telah disita. Jumlah nilai aset yang disita adalah berjumlah RM117,400.00.

Kejayaan membanteras kebocoran pintu masuk negara dalam operasi yang dijalankan ini adalah hasil risikan dan operasi khas yang dijalankan di pelabuhan atau pintu masuk. Hasil siasatan, operasi dan pendedahan mengenai gejala rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen ini telah menyebabkan satu langkah drastik dilakukan JIM iaitu dengan melakukan rombakan besar-besaran. Antara tindakan yang diambil adalah dengan menukarkan dua puluh anggota dan pegawai yang bertugas di Pelabuhan Klang ke cawangan lain. Rombakan ini dilakukan bagi memastikan ‘jalinan rangkaian’ antara pegawai Imigresen dengan dalang-dalang yang membawa masuk PATI ke Malaysia dapat dihentikan. Dalam masa yang sama, JIM dan SPRM mengadakan perbincangan bagi mengenalpasti kelemahan dalam sistem dan prosedur yang membuka ruang dan peluang gejala rasuah hingga menyebabkan ’pencerobohan’ berlaku di pintu masuk negara oleh anggota penguatkuasa undang-undang di negara ini.

Kejayaan SPRM[sunting | sunting sumber]

153 Kenderaan Klon Disita Dalam Operasi Bersama JPJ, SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  menyita sebanyak 153 buah kenderaan klon bernilai lebih RM13 juta dalam operasi sejak lima bulan lepas, bermula November 2015.

Dalam operasi itu, seramai 10 individu ditahan yang mana tiga daripada mereka merupakan orang tengah bagi sindiket itu.

kebanyakan kenderaan disita merupakan kereta mewah antaranya Mini Cooper, Lexus, BMW dan Mazda yang diseludup dari Singapura untuk dijual di negara ini pada harga antara RM20,000 hingga RM50,000.

Kesemua kenderaan ini yang disita di Terengganu telah dikategorikan sebagai kenderaan lusuh di negara asal.

Kenderaan ini diseludup dan diklonkan menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengan kenderaan asal di Malaysia dan yang membezakannya hanyalah nombor chasis dan nombor enjin.

Nilai kerugian hasil kerajaan daripada kegiatan sindiket ini melibatkan lebih daripada RM7 juta.

SPRM dan JPJ percaya akan ada banyak lagi tangkapan susulan selepas ini dan kita akan teruskan kerjasama untuk menjalankan operasi secara besaran-besaran

Sindiket kereta klon ini menggunakan modus operandi dengan menjual kenderaan-kenderaan ini di internet secara terbuka.

"Hasil risikan dengan JPJ mereka kini dilihat semakin berani mengiklankan jualan kereta dalam internet dan apabila ditanya mereka memang mengaku bahawa kenderaan yang dijual merupakan kenderaan seludup dan boleh menyediakan dokumen yang dikehendaki bagi membolehkan pemilik kenderaan terlepas daripada penguat kuasa.

"Pelanggan memang tahu kenderaan ini tidak sah kerana dengan mudah dapat membeli kenderaan mewah pada harga yang rendah," katanya.

Daripada 153 kenderaan itu, dua adalah motosikal berkuasa tinggi, dan kewujudan kenderaan klon itu menyebabkan adanya dua atau tiga kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran yang sama.

Mereka berkata hasil intipan dan risikan, SPRM telah menangkap tiga individu warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an, dipercayai bertindak sebagai orang tengah.

 Ketiga-tiga individu ini telah ditahan reman antara empat hingga tujuh hari bagi membantu siasatan sejak 8 April. 

Pada minggu kedua April 2015, SPRM Negeri Sembilan menahan tujuh orang di Seremban dan Johor Baharu. JPJ dan SPRM masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu-individu lain. Sindiket ini dipercayai beroperasi sejak setahun lalu.


Rasuah dan Kerugian Berbillion Ringgit di Sime Darby Berhad

SPRM Menyiasat Kerugian Dalam Kes Yang Melibatkan Syarikat-Syarikat Milik Kerajaan (GLC). Sime Darby Berhad (SDB) sebagai sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) secara tidak langsung adalah juga milik rakyat. Kerugian yang dialami turut melibatkan kerugian kepada rakyat dan negara.

Projek minyak dan gas Bulhanine, projek minyak dan gas Maersk Oil Qatar (MOQ), projek pembinaan kapal MOQ, Maydan Mahzam di Qatar dan projek janakuasa hidroelektrik Bakun merupakan empat projek yang dikatakan menjadi punca utama menyumbang kepada kerugian ini. Antara faktor penyebab adalah kelewatan dan penanggungan kos yang berlebihan dalam beberapa projek sehingga menyebabkan Syarikat Sime Darby Berhad mengumumkan kerugian sebanyak RM964 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2010.

Sehubungan laporan kerugian tersebut, SPRM telah melancarkan ‘Ops Billion’ bagi menyiasat kes kerugian Sime Darby Berhad dalam konteks kesalahan rasuah. Hasil siasatan yang dilakukan telah membawa kepada penangkapan tiga orang pegawai kanan Sime Darby Berhad. Tangkapan pertama melibatkan Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby Perkhidmatan Marin di Sime Darby Marine And Engineering Sdn. Bhd. atas dua kesalahan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 daripada pemilik sebuah syarikat. Suapan tersebut adalah sebagai balasan kerana membantu memperolehi kerja membekal Derrick Lay Barge (DLB) dan dua Anchor Handling Tugs Supply (AHTS) kepada Sime Darby Marine Sdn. Bhd. yang keseluruhannya berjumlah USD134 juta. Pegawai tersebut juga menerima wang rasuah sebanyak USD2,500 sebulan daripada pemilik syarikat yang sama bermula Jun 2008 sehingga Februari 2010 dipercayai sebagai balasan membantu syarikat berkaitan kontrak berkenaan. Ekoran daripada itu, bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2010 atas satu pertuduhan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 sebagai upah mencadangkan syarikat tersebut kepada pihak Sime Darby dalam mendapatkan kontrak pembinaan dan penjualan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai USD134.2 juta (RM467.9 juta) dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Tangkapan kedua pula melibatkan Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa di Bahagian yang sama atas dua kesalahan iaitu menerima rasuah dalam bentuk cek berjumlah RM99,000.00 daripada seorang kontraktor kerana membantu dengan pemberian maklumat harga bidaan supaya syarikat kontraktor berkenaan memperoleh kerja-kerja sub-kontraktor bagi kerja pembinaan yang bernilai RM14,430,000.00 dan juga kerja sistem paip tembaga daripada Sime Darby Engineering. Ekoran daripada itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Shah Alam pada 6 Ogos 2010 atas dua pertuduhan iaitu secara rasuah memperoleh suapan iaitu dua keping cek bernilai RM50,000.00 dan RM49,000.00 daripada seorang kontraktor dan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan secara langsung bagi dirinya dengan mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan tanpa kebenaran pihak pengurusan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama. Tangkapan ketiga pula melibatkan Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering atas dua kesalahan iaitu menerima rasuah bayaran kelengkapan perabot berjumlah RM33,600.00 dan seutas jam tangan berjenama ‘Rolex’ yang berharga RM21,700.00 kerana membantu meluluskan dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung Projek Kumang dan Tangga Barat Cluster Development Projek Fasa 1 dan Duplex Energy Sdn. Bhd. Ekoran daripada itu, Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada 3 Januari 2011 atas dua pertuduhan dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Atas inisiatif SPRM supaya satu tindakan yang lebih menyeluruh dapat dilakukan dalam kes ini, satu pasukan petugas yang terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah dibentuk bagi menyiasat kes ini di bawah bidang kuasa masing-masing.


Rasuah dan Penyelewengan Subsidi Minyak Diesel

Pemberian Diesel Bersubsidi Oleh Kerajaan Kepada Para Nelayan Bertujuan Untuk Membantu Golongan Berpendapatan Rendah Dalam Meningkatkan Taraf Kehidupan Mereka.

Bantuan diesel bersubsidi yang diberikan Kerajaan kepada para nelayan ini telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu apabila berlaku rasuah dan penyelewengan. Keadaan ini menimbulkan keraguan dan kebimbangan di kalangan rakyat kerana jika penyelewengan diesel bersubsidi ini berlaku bermakna ianya juga telah melibatkan penyelewengan wang rakyat dan usaha membantu golongan berpendapatan rendah akan terbantut.

Adalah dianggarkan Kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM257 juta bagi tempoh lima tahun atau purata RM50 juta setahun. Perkiraan ini dibuat berasaskan anggaran paling minimum iaitu lima peratus daripada jumlah subsidi yang diluluskan Kerajaan untuk golongan nelayan. Bagi tempoh lima tahun iaitu 2006 hingga 2010, Kerajaan telah meluluskan peruntukan subsidi diesel sebanyak 5.1 billion liter kepada nelayan.

Berdasarkan maklumat dan aduan yang diperolehi, terdapat individu-individu yang terlibat dalam penyelewengan diesel ini telah memberi suapan kepada pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengelakkan diri daripada dikenakan sebarang tindakan ke atas penyelewengan diesel yang telah dilakukan. Manakala Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dikatakan menjadi dalang kepada penyelewengan subsidi diesel bernilai jutaan ringgit ini. Turut dilaporkan yang menjadi ejen perantara dalam isu ini ialah pengusaha jeti, pemilik bot, pemilik tangki minyak haram dan individu yang memiliki depot.

Apa yang menarik dalam kes ini ialah jenayah rasuah, penyelewengan dan ketirisan subsidi diesel dibongkar hasil daripada risikan bersama 80 orang anggota serta pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPPNKK).

Dalam operasi yang dinamakan ‘Ops Nano’, SPRM dan KPDNKK telah berjaya menahan 36 individu serta menyita 458,000 liter diesel bernilai lebih setengah juta ringgit. Wang suapan bernilai RM90,000.00 turut dirampas daripada anggota Persatuan Nelayan Kawasan (PNK). Mereka yang ditahan adalah terdiri daripada 16 orang di Perak, tujuh orang di Sarawak, lima orang di Pahang, dua orang di Kedah, tiga orang di Johor dan seorang di Perlis. Kesemua individu yang ditahan terdiri daripada tujuh pengusaha jualan diesel, ejen PNK, pengusaha jeti, ‘orang tengah’ dan pemandu lori tangki.

Ketirisan diesel ini dikesan bermula dari depoh kerajaan yang menjual bekalan bahan bakar itu kepada PNK, kilang, kawasan sempadan dan tangki simpanan bekalan. Bermula daripada ejen PNK, bekalan itu akan dijual kepada tangki simpanan bekalan dan bot nelayan yang seterusnya dijual kepada peraih kapal tangki, bot nelayan asing, kilang atau ke sempadan. Dalam pada itu, sistem dan prosedur berhubung kemampuan penggunaan teknologi nanotag dalam pengurusan subsidi diesel mula dipersoalkan. Begitu juga dengan keberkesanan sistem fleet card e-diesel sehinggakan penyelewengan dan ketirisan masih tetap berlaku. Kadar permintaan terhadap minyak diesel bersubsidi yang tinggi di kalangan pengusaha industri adalah antara faktor utama ketirisan ini. Harga jualan diesel subsidi secara haram ini jauh lebih rendah berbanding harga yang dikenakan kepada pihak industri. Semasa operasi dijalankan, harga diesel bersubsidi bagi nelayan ditetapkan pada kadar RM1.25 seliter manakala bagi pengusaha industri pula pada kadar RM1.90 seliter. Harga jualan diesel bersubsidi di pasaran gelap adalah di antara RM1.60 seliter ke RM1.70 seliter.

Diesel bersubsidi untuk golongan nelayan ini juga bukan sahaja mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha industri tempatan, malah menarik minat pemborong-pemborong di negara-negara jiran. Dalam hal ini, berlaku pula kes penyeludupan diesel bersubsidi ke negara-negara berkenaan. Kesannya, golongan nelayan tetap miskin kerana tidak dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan pendapatan dan memajukan kehidupan mereka.

Isu ketirisan ini tidak akan berakhir dengan hanya bergantung kepada penguatkuasaan yang tegas sahaja, malah semua pihak yang bertanggungjawab perlu sentiasa melaksanakan tugas, menyelia serta membuat pemantauan berterusan.

Sehubungan dengan itu, satu kajian menyeluruh dijalankan oleh SPRM bersama KPDNKK bagi mengenalpasti kelemahan dalam sistem dan prosedur serta tatacara pengagihan diesel bersubsidi.


Rasuah dan Kebocoran Pintu Masuk Negara

“Corruption Ranges From Active Involvement To Passive Negligence, And It Is Often The Lubricant That Allows Victims Be Selected, Transported And Held Against Their Will”.

Isu kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia bukanlah perkara baru. Peluang pekerjaan di negara ini menjadi daya tarikan kepada pekerja asing untuk merebut peluang mencari rezeki. Walau bagaimanapun, kemasukan warga asing tanpa kawalan dan penguatkuasaan boleh menyebabkan pelbagai gejala negatif selain masalah pemerdagangan manusia. Antaranya kaitan dengan pertambahan kadar jenayah, permasalahan sosial, pertembungan budaya dan aspek kesihatan. Namun begitu, tidak kurang pula wujudnya pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada kebanjiran kemasukan PATI dengan perlakuan rasuah dan penyelewengan yang mereka lakukan.

Menyedari wujudnya ruang dan peluang perlakuan rasuah dalam isu kemasukan PATI ke negara ini, SPRM mengambil tindakan menjalankan operasi terhadap kebocoran pintu masuk negara. Sebelas Kertas Siasatan (KS) telah dibuka bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan enam KS dibuka bagi tujuan siasatan bawah Seksyen 41 Akta SPRM 2009. Antara tindakan operasi yang dijalankan adalah ke atas maklumat berhubung kemasukan warga Indonesia tanpa permit perjalanan yang sah. Mereka telah dikehendaki oleh dalang-dalang tertentu untuk membayar sejumlah wang kepada pegawai Imigresen sebagai jaminan agar tiada masalah timbul khususnya di pintu masuk Pelabuhan Klang.

Daripada pemerhatian risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 orang PATI masuk ke negara ini setiap hari. Anggaran juga mendapati kira-kira 35% daripada jumlah ini telah membayar wang rasuah antara RM70.00 hingga RM100.00 seorang bagi mengelakkan prosedur pemeriksaan imigresen. Kebanyakan mereka ini yang masuk ke Malaysia semata-mata hendak mencari peluang pekerjaan. Kadar bayaran levi pekerja asing oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) adalah antara RM360.00 hingga RM1,800.00 setahun mengikut sektor pekerjaan. Manakala yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara RM60.00 hingga RM110.00 seorang. Anggapan dengan menggunakan bilangan pendatang tersebut dan purata bayaran yuran pas lawatan (kerja sementara) serta levi yang sepatutnya dikenakan adalah RM800.00, Kerajaan dianggarkan boleh mengalami kerugian mencecah RM86.4 juta setahun akibat daripada ketidakpatuhan prosedur imigresen yang berpunca daripada amalan rasuah.

Menurut laporan berita BERNAMA bertarikh 23 Mac 2010, Menteri Dalam Negeri menganggarkan kira-kira RM171 juta dibelanjakan ke atas pengurusan tahanan dan pengusiran PATI dalam tahun 2009. Kos makan sahaja bagi tahanan di 13 depoh tahanan seluruh negara boleh mencecah RM341,881.00 sehari. Akibat kebanjiran PATI ini Kerajaan terpaksa menanggung kos-kos lain yang sukar dianggarkan daripada aspek keselamatan, implikasi sosial dan perkhidmatan kesihatan.

Melalui tindakan SPRM untuk membanteras gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan dalang kemasukan PATI, didapati wujudnya segelintir pegawai Jabatan Imigresen yang hidup mewah dengan wang haram apabila terdedahnya penglibatan mereka yang menerima sogokan sehingga RM60,000.00 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam. Ini adalah antara punca yang menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi PATI. Malah terdedah perlakuan rasuah mereka sehingga terdapat penguatkuasa yang dipercayai dibayar sehingga RM2,000.00 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram. Ini termasuklah bagi melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan.

Hasil tindakan operasi yang dijalankan, seramai sebelas orang pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan tujuh orang awam telah ditangkap. Sembilan daripada pegawai JIM yang ditangkap bertugas di Jeti Penumpang Pulau Ketam, manakala dua lagi adalah pegawai yang bertugas di Jeti Port Dickson. Secara keseluruhannya sebanyak RM231,608.36 nilai wang tunai atau dalam akaun simpanan pegawai tersebut telah disita. Jumlah nilai aset yang disita adalah berjumlah RM117,400.00.

Kejayaan membanteras kebocoran pintu masuk negara dalam operasi yang dijalankan ini adalah hasil risikan dan operasi khas yang dijalankan di pelabuhan atau pintu masuk. Hasil siasatan, operasi dan pendedahan mengenai gejala rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen ini telah menyebabkan satu langkah drastik dilakukan JIM iaitu dengan melakukan rombakan besar-besaran. Antara tindakan yang diambil adalah dengan menukarkan dua puluh anggota dan pegawai yang bertugas di Pelabuhan Klang ke cawangan lain. Rombakan ini dilakukan bagi memastikan ‘jalinan rangkaian’ antara pegawai Imigresen dengan dalang-dalang yang membawa masuk PATI ke Malaysia dapat dihentikan. Dalam masa yang sama, JIM dan SPRM mengadakan perbincangan bagi mengenalpasti kelemahan dalam sistem dan prosedur yang membuka ruang dan peluang gejala rasuah hingga menyebabkan ’pencerobohan’ berlaku di pintu masuk negara oleh anggota penguatkuasa undang-undang di negara ini.


Rasuah dan Pembalakan Haram

“Illegal Logging Relies On Corruption To Stay In Business. It Depends On The Complicity Of Officials Throughout The Entire Production Chain From Forest Rangers, Local Government, Transport Authorities, Police And Customs... A Forest Destroyed Takes Four Decades To Replenish, And A Species Once Extinct, Is Lost Forever”.

Isu rasuah dalam sektor pembalakan bukanlah satu perkara yang baru. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh media massa menyebabkan masyarakat semakin peka dan prihatin dengan alam persekitaran mereka. Peningkatan kesedaran ini menyebabkan orang ramai mengesyaki wujudnya amalan rasuah dalam aktiviti pembalakan haram.

Sepanjang tahun 2010, SPRM menerima 46 maklumat mengenai amalan rasuah berkaitan dengan pembalakan haram. Jumlah penerimaan maklumat ini meningkat berbanding hanya 32 dalam tahun 2009. Peningkatan maklumat ini turut menyaksikan sebanyak 10 siasatan terbuka dijalankan bagi kes berkaitan rasuah dalam sektor pembalakan.

Operasi Pembalakan Haram di Johor.

Berdasarkan maklumat dan aduan yang diperolehi, mulai bulan Mac tahun 2010, SPRM telah menjalankan operasi pembanterasan gejala rasuah dalam aktiviti pembalakan haram. SPRM telah berjaya menyita ribuan batang balak pelbagai jenis dan saiz yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit di sebuah kawasan pembalakan di Felda Nitar Timur berdekatan Hutan Simpan Mersing. Hasil serbuan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Johor, lebih 10 kenderaan berat yang digunakan dalam kawasan pembalakan di kawasan tersebut turut disita. Penemuan ribuan batang balak terdiri dari yang bersaiz besar dan kecil, yang sudah dibersihkan dan dilonggok untuk dibawa keluar membuktikan kerakusan kontraktor pembalakan di kawasan terbabit dalam mencuri khazanah negara yang amat bernilai.

Operasi Pembalakan Haram di Perak dan Pahang.

SPRM dan Jabatan Perhutanan Perak telah menemui kira-kira 800 batang balak yang sudah ditebang dianggarkan bernilai lebih RM250,000.00 ketika serbuan ke satu kawasan pembalakan haram di Hutan Simpan Bintang Hijau Lenggong, Perak pada pertengahan Julai 2010. Insiden yang sama turut berlaku di beberapa kawasan lain seperti di Hutan Simpan Tersang, Raub, Pahang. Dalam kes ini, SPRM berjaya mengesan kegiatan mencuri kayu balak secara berleluasa di kawasan berkenaan hasil daripada pemeriksaan mengejut yang dilakukan pada awal September 2010. Hasil siasatan juga mendapati kayu terbabit dijual kepada pembeli dengan harga sehingga RM2,500.00 setiap satu tan.

Operasi Pembalakan Haram di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.

Selain itu juga, SPRM telah berjaya menumpaskan kegiatan pembalakan haram apabila merampas beratus-ratus batang balak yang baru dipotong dianggarkan bernilai jutaan ringgit serta beberapa jentera berat disyaki digunakan dalam operasi pembalakan haram di hutan kawasan pergunungan berhampiran Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands. Siasatan awal juga mendapati lesen membalak di kawasan tanah milik persendirian itu dikeluarkan untuk tempoh dari 16 Oktober 2009 hingga 15 Januari 2010. Walau bagaimanapun, pembalakan masih diteruskan selepas tarikh itu malah turut membabitkan pokok-pokok balak di luar kawasan yang dibenarkan.

Operasi Pembalakan Haram di Negeri Kedah.

Bermula pada bulan Jun 2009, satu operasi yang dikenali sebagai ‘Ops Balak’ telah dijalankan untuk mengesahkan tohmahan bahawa pegawai-pegawai di Jabatan Perhutanan Negeri Kedah meminta rasuah daripada pengusaha kayu balak sebagai balasan untuk mendapatkan kawasan membalak. Sepanjang operasi berkenaan, empat orang pegawai awam telah berjaya ditahan iaitu melibatkan Pengarah Perhutanan Daerah Kedah Selatan, Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan dan dua orang Renjer Hutan. Kesemuanya mereka telah ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. SPRM juga telah menangkap beberapa orang awam yang bersekongkol dengan penjenayah ini dan telah mengheret mereka ke muka pengadilan.

Operasi Pembalakan Haram di Selangor.

Di Selangor, dua orang awam telah dituduh di mahkamah berhubung kes pembalakan haram di Daerah Hulu Selangor pada bulan Februari 2010. Kedua-dua tertuduh telah didakwa kerana memberi wang kepada Penolong Pengarah Operasi dan Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Selangor sebagai dorongan untuk tidak menyita sebuah lori yang tidak berdaftar, sebuah jentolak jenis Caterpillar dan sebuah jengkaut yang digunakan oleh kedua-dua tertuduh untuk melakukan kerja-kerja pembalakan haram hutan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kerugian Kutipan Hasil Dan Kesan Akibat Pembalakan Haram.

Dalam operasi-operasi yang dijalankan sepanjang ‘Ops Balak’, balak yang ditebang secara haram dan disita adalah dianggarkan berjumlah RM8,950,000.00. Bayangkan berapa banyak lagi kerugian yang ditanggung Kerajaan akibat daripada pembalakan haram yang berleluasa dan tidak diketahui di seluruh negara.

Kegiatan pembalakan haram bukan sahaja merugikan Kerajaan dari segi kutipan hasil namun kegiatan pembalakan haram yang dijalankan secara berleluasa tanpa kawalan juga pasti akan memusnahkan habitat dan ekosistem semulajadi seperti kepupusan spesis flora dan fauna yang unik. Punca pencarian kehidupan orang asli juga terancam, tadahan air semulajadi musnah dan apabila musim hujan, lumpur dari kawasan-kawasan yang digondol akan melanda dan membahayakan penduduk-penduduk orang asli yang mendiami di kawasan hutan.

Seminar dan Persidangan[sunting | sunting sumber]

SPRM juga dari semasa ke semasa menjadi tuan persidangan dan seminar serantau dan antarabangsa. Pada 1 hingga 3 Disember 2014, SPRM telah menghoskan Mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (SEA-PAC) Ke-10. Mesyuarat SEA-PAC Kali Ke-10 akan berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur mulai 1 hingga 3 Disember 2014.

SPRM menjadi tuan rumah untuk kali kedua. Ia disertai Biro Mencegah Rasuah Brunei Darussalam, Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia, Biro Penyiasatan Amalan Rasuah Singapura, Unit Pencegahan Rasuah Kemboja, Pejabat Ombudsman Filipina, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan Thailand dan Inspektorat Kerajaan Vietnam. Turut hadir adalah pegawai kanan Pihak Pemeriksa Negara Laos dan Biro Siasatan Khas Myanmar. Myanmar merupakan negara terakhir menyertai SEA-PAC, sekali gus melengkapkan keanggotaan kesemua negara ASEAN dalam SEA-PAC.

SPRM menjadi tuan rumah mesyuarat sulung pada tahun 2005. Sehubungan itu, SPRM berharap negara-negara anggota SEA-PAC akan memanfaatkan sesi pertukaran idea yang akan menyentuh pengalaman terkini menentang rasuah.

Kerjasama multilateral ini selari dengan Artikel 48 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Berkenaan Pencegahan Rasuah (UNCAC). Artikel tersebut menyatakan bahawa, ?Negara anggota seharusnya bekerjasama rapat dengan satu sama lain, selari dengan sistem perundangan dan pentadiran negara masing-masing bagi meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi kesalahan di bawah konvensyen ini. Malah, kerjasama ini turut diiktiraf oleh Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) sebagai salah satu daripada 23 kejayaan dan amalan baik SPRM.

Mesyuarat SEA-PAC Kali Ke-10 mengadakan perbincangan mengenai beberapa perkara seperti Siasatan dan Pencegahan Rasuah di Sektor Swasta, Kepimpinan Berasaskan Integriti dan Urus Tadbir Baik di Kalangan Komuniti Perniagaan.

Bagi SPRM, antara pencapaian yang akan dibentangkan pada Mesyuarat SEA-PAC Ke-10 ialah mekanisme penubuhan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (CIG) di peringkat Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan di bawah pemantauan SPRM dan Jabatan Perdana Menteri serta penubuhan Unit Integriti untuk memerangi rasuah di agensi kerajaan dan GLC.

Dalam mempromosikan SEA-PAC di peringkat antarabangsa, portal SEA-PAC yang telah dibangunkan dan diselia oleh SPRM akan dilancarkan pada hari pertama Mesyuarat SEA-PAC Ke-10 iaitu 1 Disember 2014. Portal SEA-PAC akan menjadi landasan untuk mempromosikan usaha-usaha perkongsian maklumat. Ia juga akan berfungsi sebagai tempat perhubungan negara-negara anggota SEA-PAC untuk menambah baik koordinasi aktiviti-aktiviti SEA-PAC.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan akan menyampaikan ucapan pembukaan pada Mesyuarat SEA-PAC Kali Ke-10, 1 Disember 2014.

Buat pertama kali, Mesyuarat ini mengeluarkan kenyataan bersama 6 poin.

Pegawai SPRM Di Interpol[sunting | sunting sumber]

Sehingga Disember 2014, dua pegawai SPRM telah ditempatkan di Interpol, Perancis. Yang terbaru ialah Penolong Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Penolong Pesuruhjaya, Mohan Munusamy, bertugas di Jabatan Antirasuah sebagai Pegawai Perisikan Jenayah selama tiga tahun.

Sebelum ini, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Mohd Hafaz Nazar telah berkhidmat di Interpol selama dua tahun bermula Disember 2011.

Dalam satu kenyataan media pada 14 Disember 2014, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar berkata, penempatan pegawai SPRM di Interpol untuk kali kedua membuktikan keyakinan pertubuhan itu terhadap pengalaman dan kebolehan pegawai-pegawai SPRM.

Mohan telah berkhidmat di SPRM selama 18 tahun dan memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan Jenayah Ekonomi. Mohan berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin untuk memastikan jenayah rasuah antarabangsa dapat dikekang.

Antara skop tugas pegawai SPRM di Interpol termasuklah membangun dan mengeratkan hubungan dengan agensi penguatkuasaan undang-undang rasuah, membangunkan amalan-amalan baik pencegahan rasuah, memberi latihan kepada agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah di dunia dan mewujudkan perkongsian strategik dengan organisasi atau institusi pembanterasan rasuah dunia.

Senarai Rencana Berkaitan SPRM[sunting | sunting sumber]

Musuhnya rasuah bukan SPRM...oleh ROHAIZAD YAAKOB  [Utusan Malaysia, 21 April 2015]


Kerjasama dinamik SPRM perangi rasuah oleh Dr G Manimaran [Utusan Malaysia, 19 Jun 2014]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Carta Organisasi SPRM, dicapai 5 Disember 2016
  2. ^ Dato Sri Ahmad Khusairi dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya SPRM, dicapai pada 14 April 2020
  3. ^ "Satu era baru bagi SPRM", Utusan Online, 25 Februari 2008. Utusan Online.
  4. ^ Abu Kassim tamat perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM 1 Ogos.
  5. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/14/macc-chief-dzulkifli-ahmad-quits/
  6. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/17/dr-m-shukri-abdull-to-head-macc/
  7. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-16. Dicapai pada 2009-12-20.CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]