Badariah Sahamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr. Badariah Sahamid ialah seorang rakyat Malaysia berketurunan Melayu yang pernah memegang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan (HMR). Beliau merupakan bekas dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya.

Kontrovesi[sunting | sunting sumber]

Perlantikan beliau mendapat bantahan dari Majlis Peguam yang mengatakan bahawa Para 123 menyatakan pengalaman perundangan menjadikan perlantikan beliau tidak sah kerana beliau tidak pernah berpengalaman 10 tahun bertugas sebagai peguam berkhidmat. Akibat dari itu kes itu telah dirujuk kepada mahkamah persekutuan.[1]

Dalam keputusan Mahkamah Persekutuan, hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Azmel Ma'amor memutuskan bahawa Badariah layak, sementara Ketua Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin memberi keputusan yang berlawanan. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rujukan luar[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.