Badhrulhisham Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Haji
Badhrulhisham Abdul Aziz
DIMP (Pahang)
Presiden BERJASA
Memegang jawatan
2019
Didahului olehAbdul Kadir Mamat
Butiran peribadi
Lahir (1963-12-01) 1 Disember 1963 (umur 55)
Sungai Balang, Muar, Johor
Parti politikBERJASA
PasanganDatin Hajah Noorzaimen A. Kadir (k. 1983)
Anak-anak7

Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Haji Badhrulhisham Abdul Aziz adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA). Di peringkat parti, beliau merupakan Presiden BERJASA bagi sesi 2019-2021.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Sungai Balang, Muar, Johor pada 1 Disember, 1963. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Hajah Noorzaimen A.Kadir pada tahun 1983 dan dikurniakan 7 orang cahaya mata.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris, Tangkak dan Sekolah Menengah Inggeris, Kluang, Johor.

  • Sarjana Muda (B.Sc) Kejuruteraan Kimia di Colorado State Univ., Amerika Syarikat [dengan tajaan JPA] 1986
  • Ijazah Sarjana (M.Sc) Kejuruteraan Kimia di University College of Swansea, Wales, United Kingdom [dengan tajaan UTM] 1988
  • Ijazah Kedoktoran (Dr. Eng.) Kejuruteraan Kimia di Kyoto University, Jepun. [dengan tajaan Kerajaan Jepun] 1994

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • 23 tahun pengalaman akademik di universiti awam dan swasta (UMK, UMP, UTM, UMK dan UniKL) sebagai Pensyarah, Ketua Jabatan, Dekan, Profesor Madya, Profesor, Pengarah Pusat Korporat Strategik, Pengarah Kampus; dan Timbalan Naib Canselor.
  • 10 tahun pengalaman bekerja di industri kimia (syarikat multinasional dari Amerika dan England, tempatan); menjawat beberapa jawatan dalam berbagai bahagian, antaranya sebagai Jurutera Kanan Proses, Pengurus Kualiti, Pengurus Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (Rantau Asia Pasifik) dan Pengurus Besar (Operasi).

Pencapaian dan Pengalaman[sunting | sunting sumber]

  1. Editor Ensiklopedia Kejuruteraan Kimia yang diterbitkan untuk julung kali oleh DBP di dalam Bahasa Melayu.
  2. Profesor di Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) Universiti Malaysia Pahang.
  3. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang (2010-2013)[2]
  4. Dilantik sebagai pemeriksa luar untuk tesis-tesis pascasiswazah, penilai luar untuk kenaikan pangkat ke Profesor Madya dan Profesor universiti-universiti tempatan,
  5. Panel Penasihat beberapa persidangan/seminar kebangsaan dan antarabangsa.
  6. Ahli Jawatankuasa Bioteknologi Negeri Pahang bertanggungjawab merangka Pelan Induk Bioteknologi untuk negeri Pahang.
  7. Ahli Jawatankuasa Teknologi Hijau Negeri Kelantan bertanggungjawab merangka Pelan Induk Teknologi Hijau Kelantan.
  8. Ahli Jawatankuasa, Kajian Halatuju Pengajian Kejuruteraan Malaysia peringkat nasional.
  9. Ahli Jawatankuasa Kerja Penubuhan Malaysian Board of Technologists (MBOT)
  10. Ahli Jawatankuasa Nadir Bumi, Akademi Sains Malaysia.
  11. Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) Mengenai Isu Projek Lynas, Parlimen Malaysia.
  12. Penolong Persuruhjaya (Kehormat), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
  13. Profesor Pelawat, Program Teknologi Kejuruteraan Kimia, UTHM
  14. Felo, Akademi Sains Malaysia.

Penglibatan dalam Masyarakat[sunting | sunting sumber]

  1. Timbalan Pengerusi PIBG, Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson.
  2. AJK (Ketua Biro Pembangunan), PIBG KISAS, Klang.
  3. Bendahari, Kelab Sukan dan Rekreasi CABOT (M) Sdn Bhd.
  4. Ahli Jawatankuasa, Kelab Alumni Kyoto University Cawangan Malaysia.
  5. Penasihat, Kelab Joran, UMP dan UMK
  6. Ahli Pengasas, Persatuan Universiti-Universiti Malaysia.
  7. Ketua Pegawai Eksekutif Interdisciplinary Research and International Strategy Institute (IRIS Institute)
  8. Ketua Biro Perancangan Strategik & Sumber Manusia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 2017-2019[3]

Penglibatan dalam Politik[sunting | sunting sumber]

  • Menyertai PAS sebaik sahaja terlibat dalam sektor swasta.
  • Pernah menyertai kepimpinan Pemuda PAS Teluk Kemang (Kini Port Dickson) pada 2001
  • Menyertai Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia 2013.
  • Pengarah Majlis Tindakan DUN beberapa PRK dan PRU;
  • Mendakwa sebagai Perancang Utama penyertaan Berjasa dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013.
  • Dilantik sebagai Presiden BERJASA bagi sesi 2019-2020 dalam Mesyuarat Agung Tahunan BERJASA yang diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur[4]
  • Menjadi Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai atas tiket BERJASA menentang calon BN-MCA, PH-PPBM, Gerakan dan dua calon Bebas.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Pahang Pahang
    • MY-PAH Order of the Crown of Pahang - Knight Companion - DIMP.svg Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2012)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

  1. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
  2. Ikatan Muslimin Malaysia