Badruddin Amiruldin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri Dato' Paduka Haji

Badruddin Amiruldin

PSM; DHMS, DSDK (Kedah)
Pengerusi Tetap UMNO
Memegang jawatan
2007
Didahului olehOnn Ismail
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jerai
Dalam jawatan
24 Mac 2004 – 13 Februari 2008
Didahului olehKawasan diwujudkan semula
Digantikan oleh Mohd Firdaus Jaafar
Dalam jawatan
4 Mac 1992 – 24 April 1995
Didahului oleh Ghazali Ahmad
Digantikan olehKawasan dibubar
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Yan
Dalam jawatan
24 April 1995 – 29 November 1999
Didahului olehKawasan ditubuhkan
Digantikan oleh Nasharuddin Mat Isa
Butiran peribadi
Lahir (1951-05-20) 20 Mei 1951 (umur 72)
Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PekerjaanAhli politik

Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin (lahir 20 Mei 1951) merupakan ahli politik UMNO Malaysia dan beliau sekarang ini merupakan bekas Ahli Parlimen Jerai. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - sebuah agensi pemasaran produk pertanian. Kini, beliau ialah Pengerusi Tetap UMNO.

Politik[sunting | sunting sumber]

Badrudin Amiruldin dilantik sebagai Pengerusi Tetap/Speaker Perhimpunan Agung UMNO menggantikan Tan Sri Onn Ismail sejak 2007. Tun Sulaiman Ninam Shah dan Tan Sri Onn Ismail menjadi idolanya.[1] Celotehnya sentiasa dinanti-nantikan kerana banyak sinis dan jenaka diselitkan.

Tugas itu diamanahkan kepadanya dari 2008 hingga 2011 iaitu Perhimpunan Agung UMNO 2011.Perhimpunan bermula 29 November hingga 4 Disember 2011 akan dihadiri perwakilan yang teramai iaitu 3,476 orang. Dia sudah 20 kali berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO.[2]

FAMA[sunting | sunting sumber]

Badruddin Amiruldin dilantik sebagai pengerusi FAMA. Pada 2011, FAMA sudah berusia 46 tahun.Pada 1965, FAMA telah dibuka secara rasmi oleh Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika itu.Antara kejayaan FAMA ialah mengadakan Pasar Tani, Program Pembangunan Industri Asas Tani, penjenamaan 1Malaysia Best, Agrobazaar, Kedai Rakyat dan Gerai Buah-buahan Segar .[3]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya 1999, Badrudin menewaskan Nasharudin Mat Isa dari PAS. Dalam Pilihan raya 2004, Badrudin menewaskan Che Din Arshad (PAS) dengan majoriti 10,405 undi. Dalam Pilihan raya 2008, beliau bertanding lagi di P012, Jerai dan mendapat 24,211 undi tetapi kalah. Calon PAS, Mohd Firdaus Jaafar menang, mendapat 26,510 undi.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[4][5]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1992 P.10 Jerai, Kedah Badruddin Amiruldin (UMNO) 14,538 57.35% Nasir Othman (PAS) 10,812 42.65% Tidak diketahui 3,726 Tidak diketahui
1995 P.12 Yan, Kedah Badruddin Amiruldin (UMNO) 16,755 57.45% Mohd Najib Fahami Yahaya (PAS) 12,412 42.55% 30,115 4,343 74.07%
1999 Badruddin Amiruldin (UMNO) 15,859 49.71% Nasharudin Mat Isa (PAS) 16,041 50.29% 32,428 182 76.70%
2004 P.12 Jerai, Kedah Badruddin Amiruldin (UMNO) 30,154 60.43% Che Din Arshad (PAS) 19,749 39.57% 50,918 10,405 79.70%
2008 Badruddin Amiruldin (UMNO) 24,211 47.73% Mohd Firdaus Jaafar (PAS) 26,510 52.27% 51,913 2,299 78.97%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Badruddin takut dituduh tak berlaku adil[pautan mati kekal]
  2. ^ Membawa mesej rakyat ke Dewan Merdeka
  3. ^ FAMA selepas 46 tahun
  4. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 27 April 2010. Percentage figures based on total turnout.
  5. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]