Badrul Hisham Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Badrul Hisham Abdullah
Anggota Dewan Undangan Selangor
untuk Pelabuhan Klang
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului oleh Zakaria Md. Deros
Digantikan oleh Abdul Khalid Ibrahim
Majoriti4,407
Butiran peribadi
KerakyatanMalaysia
Parti politik PKR (??-Dis 2009)
Bebas (Dis 2009-April 2010)
- UMNO-BN (April 2010-kini)
PasanganRamizah Mazlan
Anak-anak5
PekerjaanGuru, ahli politik

Badrul Hisham Abdullah merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang juga Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang dari parti UMNO semenjak 1 Mei 2010.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

YB Badrol telah berkahwin dengan Ramizah Mazlan semenjak 31 Julai 1993 di Klang dan dikurniakan lima anak. Pada 12 Februari 2010, 8:30 malam, beliau telah menerima saman tuntutan cerai fasakh daripada isterinya. Pada 21 Februari 2010, Mahkamah Rendah Syariah Klang menetapkan 21 April 2010 bagi sebutan semula kes tuntutan cerai fasakh isterinya. Pada 21 April 2010, Mahkamah Rendah Syariah Klang yang diwakili oleh Hakim Syarie Abdul Malik Soleh menetapkan 28 Jun 2010 sebagai tarikh perbicaraan permohonan cerai secara fasakh tersebut.[1]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Menghilangkan diri[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Februari 2009, beliau menafikan menghilangkan diri . Ini berikutan krisis di Perak di mana Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu serta Hee Yit Fong (DAP) menjadi ahli bebas.

Kemarahan rakyat tempatan[sunting | sunting sumber]

Beliau yang merupakan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) jarang-jarang turun padang dan berjumpa dengan pemimpin setempat apatah lagi mengambil tahu masalah yang dihadapi penduduk-penduduk kampung di bawah tanggungjawabnya.Sebagai contoh, tindakan Badrul Hisham yang mungkir janji kerana tidak hadir merasmikan Karnival Sukaneka Rakyat Pelabuhan Klang anjuran pejabatnya sendiri dan keputusannya membatalkan hari kedua dan ketiga karnival itu pada saat-saat akhir begitu mengecewakan dan menimbulkan kemarahan para peserta karnival termasuk ketua-ketua kampung.[2]

Desas desus menyertai UMNO[sunting | sunting sumber]

Beliau dikatakan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan PAS oleh itu dikaitkan akan menyertai UMNO tetapi dinafikan oleh beliau.[3] Berikutan daripada desas desus tersebut, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyarankan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah (gambar) melepaskan jawatannya sekiranya tidak lagi mampu memberikan perkhidmatan sebagai wakil rakyat.[4]

Keluar dari PKR[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Oktober 2009, beliau mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi ADUN bebas. Ini menjadikan beliau merupakan ADUN Pakatan Rakyat kelima yang keluar parti, selepas tiga ADUN di Perak (dua PKR, satu DAP) dan seorang lagi ADUN PKR di kedah dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN. Badrul juga menafikan beliau terbabit dalam kemalangan dan sedang menjalani rawatan psikitrik sehingga tidak mampu menjaga kawasan pilihan rayanya. Badrul menuding jari kepada Menteri Besar selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang didakwanya turut mencabar kapasiti mentalnya. Beliau yang membaca kenyataan yang telah disediakan berkata tindakan Khalid itu, sebagai seorang ketua PKR, adalah tidak bermoral.Badrul juga menafikan bahawa beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab dari Khalid.Sebaliknya, beliau mendakwa telah menjawab surat tunjuk sebab itu pada 2 September.Badrul berkata, beliau ada pengesahan penerimaan surat jawapan itu dari pejabat Khalid serta setiausaha agung PKR.[5]

Isytihar memasuki UMNO[sunting | sunting sumber]

Pada 30 April 2010, beliau menyerahkan borang untuk menyertai Umno setelah enam bulan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas kepada Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan disaksikan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]