Bagaikan Kelip-Kelip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bagaikan Kelip-Kelip
GenreDrama, keluarga
Ditulis olehNor Shuhadatul Ain Zakaria
PengarahNizam Zakaria
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
Lagu pembukaan"Oh! No" oleh Tasha Manshahar dan Viral
Lagu penutup"Oh! No" oleh Tasha Manshahar dan Viral
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Sadupal Singh
  • Vareen Kaur
PenerbitJaspal S. Korotana
Penyunting
  • Raja Fattah
  • Azzalina Anuar
  • Nurul Ayu Asyikin
  • Tahar Zami
  • Mohd Ashri
  • Shafiq Shakirull
  • Ellanie Norwahi
  • Jauna Athira
  • Akif Irfan
  • Damia Firzanah
  • Adib Azman
  • Nur Nawarah
Lokasi
Sinematografi
  • Mohd Asikin Mohd Mandak
  • Mohd Saiful Adam
Tempoh siaran40–41 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar1080i (HDTV)
Siaran asal19 Julai 2016 – 21 Ogos 2016

Bagaikan Kelip-Kelip ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 dibintangi oleh Aishah Azman, Ben Amir, Shahz Jaszle, Ruhainies, Alis Mariya dan Esma Daniel. Ia mengisahkan Salina, gadis muda yang berkahwin dengan seorang duda yang juga bapa kepada sahabat baiknya. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV9 dari 19 Julai 2016 hingga 21 Ogos 2016 menggantikan Terlarang Sudah Rinduku.[3][4]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[5]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Salina (Aishah Azman), gadis muda yang berkahwin dengan seorang duda yang juga ayah kepada sahabat baiknya. Salina terlebih dahulu pernah menjalinkan hubungan dengan Ashreeq (Ben Amir) namun dirahsiakan kerana Marlina turut meminati Ashreeq.

Konflik bermula apabila Azman (Esma Daniel), yang kematian isteri membuat keputusan untuk mengahwini Salina (Aishah Azman) yang juga anak kepada rakan sekerjanya, Pak Salleh (Razak Ahmad). Perkahwinan Azman ditentang keras oleh anak sulungnya, Marlina (Ruhainies). Marlina tidak menyangka terlalu cepat bapanya mencari pengganti ibunya lebih-lebih lagi usia Salina tidak jauh beza dengan usianya. Walaupun sebelum ini hubungan Marlina dan Salina sangat baik namun dia tetap tidak dapat menerima kehadiran Salina yang dianggap menjadi perosak kebahagian keluarganya. Mira, anak bongsu Azman pula lebih kepada mendengar kata dan menjadi anak yang baik menerima segala keputusan Azman.

Namun, malang tidak diduga, Azman pergi mengadap Ilahi dan kebahagian yang dirasa Salina hanyalah seketika bagaikan cahaya kelip-kelip yang indahnya hanya sementara. Salina bagaimanapun telah berjanji dengan Azman untuk menjaga dan membesarkan anak-anak tirinya walau apa pun terjadi. Bermula episod derita Salina apabila terpaksa menerima segala cacian, makian dan berjuang untuk membesarkan anak-anak tiri yang tidak menyukainya. Salina terpaksa bekerja lebih kuat, dia perlu menanggung ayahnya yang sakit dan dua anak tirinya. Salina juga cuba melakukan pelbagai cara untuk merapatkan hubungannya bersama anak-anak tirinya terutamanya Marlina namun dia gagal malahan menjadi lebih teruk lagi.

Salina terus cekal dengan dugaan orang sekeliling dan status janda itu harus dia tempuhi dengan redha dan sabar. Ashreeq kembali menagih kasih. Pertemuan yang tak terduga bersama Fairuz (Shah Jaszle) seorang usahawan muda juga menjadikan hati Salina kembali teruji. Adakah Salina akan terus memendam perasaan dan berkorban sepanjang hayatnya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Oh! No" - Tasha Manshahar dan Viral
  • "Sampai Jannah" - Fara Farhanah
  • "Jauh" - Hani & Zue
  • "Takkan Pudar" - Ernie Zakri
  • "Cinta Terbaik" - Syed Shamim
  • "Masih Perlu" - Tasha Manshahar
  • "Be Mine" - Tasha Manshahar dan Syed Shamim
  • "Cuba Teka" - Tasha Manshahar dan Syed Shamim
  • "Mungkin Kamu" - Sissy Imann
  • "Sedetik Cinta" - Ernie Zakri dan Daly Filsuf
  • "Tanda-Tanda Cinta" - The Colours dan Fatin Afeefa
  • "Harapan Pengertian" - Oly Xandra
  • "Ingatkan Dia" - Wings
  • "Dahsyat" - Mojo
  • "Hingga Ke Jannah" - KRU
  • "My Crush" - #Tag
  • "Hey Kamu" - #Tag
  • "Sesuatu Yang Tak Mungkin" - Ziabella
  • "Seindah Mimpi" - Jaclyn Victor
  • "Selepas Berpisah" - Fitri Hakim
  • "Penghibur Jalanan" - Hazury

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ramlah Zainal (19 Julai 2016). Hargai kepercayaan Harian Metro. Dicapai pada 5 Mei 2017.
  2. ^ Zaidi Mohamad (19 April 2016). Populariti Ruhanies mencanak umpama ekspres Berita Harian. Dicapai pada 5 Mei 2017.
  3. ^ Drama Bagaikan Kelip-Kelip (TV9) My Infotaip (20 Julai 2016). Dicapai pada 5 Mei 2017.
  4. ^ Budiey (16 Julai 2016). Yang Menarik Tentang Drama Bersiri Bagaikan Kelip-Kelip Sensasi Selebriti. Dicapai pada 5 Mei 2017.
  5. ^ Bagaikan Kelip-Kelip (2016): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 11 Oktober 2018.