Bagaimana Mendapat Kawan dan Mempengaruhi Orang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
frames
frames

Bagaimana Mendapat Kawan dan Mempengaruhi Orang (ISBN 0671723650) ialah sebuah buku usaha diri yang ditulis oleh Dale Carnegie dan diterbitkan pada tahun 1936. Dengan jualan sebanyak 16 juta naskhah, buku ini adalah buku laris New York Times selama 10 tahun.

Buku ini menarik hati orang-orang yang ingin mengubah hidup mereka, dan memberi petua-petua dan strategi-strategi untuk berkomunikasi dengan orang lain. Menawarkan satu falsafah yang amat berbeza dengan psikologi terkini yang menekankan autonomi, pernyataan kendiri, dan sifat pendesak, buku ini membeo pandangan Lord Chesterfield bahawa menyenangkan orang-orang lain bukan hanya merupakan satu kewajipan malahan merupakan jalan paradoksikal untuk mencapai kejayaan peribadi.


Garis kasar buku[sunting | sunting sumber]

Teknik-teknik asas untuk memperlakukan orang[sunting | sunting sumber]

  • Jangan mengkritik, mengutuk, atau merungut.
  • Berikanlah orang perasaan membanggakan diri; pujikanlah bahagian-bahaagian mereka yang baik.
  • Buatkanlah orang lain ingin membuat apa yang anda mengkehendaki melalui membangkitkan keinginan mereka.Layanan yang baik serta pujian agar dapat membuat orang lain percaya

6 cara untuk menyebabkan orang suka akan anda[sunting | sunting sumber]

  • Minatlah secara jujur terhadap orang-orang lain.
  • Senyum.
  • Ingat dan gunakanlah nama-nama orang.
  • Galakkanlah orang-orang lain untuk bercakap tentang diri mereka, dan dengarlah mereka.
  • Bincangkanlah tentang apa yang orang itu minat.
  • Buatkanlah orang itu berasa penting.

13 cara untuk memujuk orang supaya bersetuju dengan fikiran anda[sunting | sunting sumber]

  • Elakkanlah pertengkaran.
  • Tunjukkanlah rasa hormat terhadap pendapat-pendapat orang itu. Jangan sekali pun mengatakan dia salah.
  • Pilihlah sikap anda sebelum memulakan perbualan dan sesuaikanlah sikap anda semasa perbualan supaya orang itu dapat berasa bahawa anda bersetuju dengan cara pemikirannya.
  • Jika anda bersalah, akulah dengan cepat dan tegas.
  • Mulakanlah perbualan dengan cara yang ramah.
  • Mulakanlah perbualan dengan soalan yang orang itu akan menjawab dengan "ya".
  • Biarlah orang itu membuat percakapan.
  • Biarlah orang itu berasa idea ialah ideanya.
  • Cubalah dengan jujur untuk melihat perkara-perkara dari sudut pandangan orang itu.
  • Bersimpatilah dengan orang itu.
  • Sandarkanlah kepada tujuan-tujuan yang mulia.
  • Besar-besarkanlah idea-idea anda.
  • Berikanlah cabaran.

9 cara untuk mengubah orang tanpa menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa geram[sunting | sunting sumber]

  • Mulakanlah perbualan dengan pujukan dan penghargaan yang jujur.
  • Tariklah perhatian kepada kesilapan-kesilapan orang itu secara tidak langsung.
  • Cakaplah tentang kesilapan-kesilapan anda dahulu.
  • Tanyalah soalan berbanding memberi arahan-arahan langsung.
  • Benarkanlah orang itu tidak mendapat malu.
  • Pujuklah setiap perbaikan.
  • Berilah reputasi yang baik untuk mereka mencapai.
  • Galakkanlah mereka dengan membuat kesilapan-kesilapan mereka dapat dibetulkan dengan mudah.
  • Buatkanlah orang itu berasa gembira terhadap pembuatan yang anda cadangkan.

Pengaruh budaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, Screeching Weasel , pancaragam punk, menerbitkan sebuah album yang berjudul Bagaimana Mendapat Musuh dan Menjengkelkan Orang.tentang bagaimanakah cara untuk memenangi kawan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]