Baha-ud-Din Naqshband Bukhari
Baha-ud-Din Naqshband Bukhari (1318 – 1389) adalah pendiri tariqat Naqsyabandi, yang merupakan salah satu tariqat yang cukup besar dan berpengaruh dalam gerakan Tasawuf.
Riwayat Hidup
[sunting | sunting sumber]Tidak banyak informasi yang boleh dirungkai dari kehidupannya. Perkara ini tidaklah menghairankan, kerana semasa hidupnya, beliau melarang para pengikutnya untuk mencatat segala perilaku mahupun ucapan-ucapannya. Banyak tulisan dirangkai setelah ia wafat.
Syeikh Baha-ud-Din dilahirkan pada tahun 1318 di desa Qasr-i-Hinduvan (yang kemudian bernama Qasr-i Arifan) dekat Bukhara, yang juga merupakan tempat di mana beliau wafat pada tahun 1389. Sebahagian besar masa hidupnya dihabiskan di Bukhara, Uzbekistan serta daerah-daerah yang berdekatan, Transoxiana. Ini dilakukan untuk menjaga prinsip "melakukan perjalanan di dalam negeri", yang merupakan salah satu bentuk "laku" seperti yang ditulis oleh Omar Ali-Shah dalam bukunya "Ajaran atau Rahsia dari Tariqat Naqsyabandi". Perjalanan jauh yang dilakukannya hanya pada waktu ia menjalankan ibadah haji dua kali.
Dari awal, beliau memiliki kaitan erat dengan Khwajagan, iaitu para guru dalam mata rantai Tariqat Naqsyabandi. Sejak masih bayi, beliau telah dididik dan dipelihara sebagai anak kerohanian oleh salah seorang dari mereka, iaitu Baba Muhammad Sammasi. Sammasi merupakan pemandu pertamanya dalam jalur ini, dan yang lebih penting lagi adalah hubungannya dengan penerus (khalifah) Sammasi, iaitu Amir Kulal, yang merupakan rantai terakhir dalam salasilah sebelum Baha-ud-Din. Baha-ud-Din mendapat pendidikan awal dalam jalur ini dari Amir Kulal, yang juga merupakan sahabat dekatnya selama bertahun-tahun.
Pada suatu saat, Baha-ud-Din mendapat instruksi secara "rohani" oleh Abdul Khaliq Gajadwani (yang telah meninggal secara jasmani dan senyap-senyap) ketika melakukan zikir secara hening (tanpa suara). Meskipun Amir Kulal adalah keturunan kerohanian dari Abdul Khaliq, Amir Kulal telah mempraktikkan zikir yang dilakukan dengan bersuara. Setelah mendapat petunjuk mengenai zikir diam tersebut, Baha-ud-Din lantas tidak menghadirkan diri dalam kelompok ketika mereka mengadakan zikir secara bersuara.
Pisahnya Baha-ud-Din dari lingkaran kelompok Amir Kulal ini mungkin boleh dianggap sebagai penanda wujudnya Tariqat Naqsyabandi, yang ajarannya diambil dari Abdul Khaliq, hujung keturunannya berasal dari Khalifah Abu Bakar yang diperoleh dari Nabi Muhammad SAW[1].
Syeikh Baha-ud-Din Naqshband wafat dan dimakamkan di desa asalnya pada tahun 1389. Makamnya merupakan salah satu tempat yang banyak dikunjungi oleh penziarah dan pelancong di Bukhara.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The official website of the Naqshbandi Sufi in USA
- Naqshbandia Owaisiah
- Our Sheikh
- Owaisiah
- Ghazwa tul Hind
- Zikr e Ilahi
- Eleven Principles Of The Naqshbandi Sufi Order
- The Osmanli Naksibendi Hakkani Way Diarkibkan 2014-06-05 di Wayback Machine
- The Nakshibendi Path of Sultan al Awliya Shaykh Mawlana Nazim Adil al Hakkani through his khalifa Shaykh Abdul-Kerim Kibrisi in New York Diarkibkan 2008-03-17 di Wayback Machine
- Naqshbandia Khalidiya Haqqaniya Way in Italy
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- The Rules or Secrets of the Naqshbandi Order by Omar Ali-Shah (1992) ISBN 2909347095
- The Masters of Wisdom by John G. Bennett (1995) ISBN 1881408019
- The Naqshbandi Sufi Way, (History and Guidebook of the Saints of the Golden Chain). by Shaykh Muhammad Hisham Kabbani. Kazi Publications, USA (1995) ISBN 0-934905-34-7
Referensi dan rujukan
[sunting | sunting sumber]- Classical Islam and the Naqshbandi Sufi Tradition, Shaykh Muhammad Hisham Kabbani, Islamic Supreme Council of America (June 2004), ISBN 1930409230.