Bahagian Betong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Betong
Logo rasmi bagi Betong
Bahagian Sarawak
Lokasi Pejabat Bahagian Pejabat Residen Bahagian Betong
Jalan Pengarah Isek, 95700 Betong
Kerajaan tempatan Majlis Daerah Betong (MDB)
Majlis Daerah Saratok (MDS)
Luas
 • Jumlah 4,180.8 km2 (1,614.2 batu persegi)
Populasi (2000)
 • Jumlah 99,800
 • Kepadatan 24/km2 (62/batu persegi)

Bahagian Betong, dibentuk pada 26 Mac 2002, ialah bahagian pentadbiran yang ke-11 dan terbaru daripada 11 bahagian pentadbiran Sarawak, Malaysia. Sebelumnya sebahagian dari Bahagian Sri Aman, Betong terletak di kawasan Saribas. Ia mempunai keluasan 4,180.8 kilometer persegi, menjadikannya bahagian pentadbiran terkecil di Sarawak.

Saribas terkenal kerana rumah panjang Ibannya dan dianggap sebagai pusat kebudayaan Iban. Ia diilhak kepada Sarawak oleh Rajah James Brooke, selepas kemenangannya terhadap orang Iban Sekrang dan Saribas Iban dalam Pertempuran Beting Maru pada 31 Julai 1849.

Bahagian Betong terdiri daripada dua daerah pentadbiran: Betong dan Saratok. Jumlah penduduk bahagian ini seramai 99,800. Penduduknya terdiri daripada pelbagai budaya, dengan majoriti Iban bercampur mesra dengan Melayu dan Cina dalam hampir semua sfera aktiviti sejak zaman pra-penjajah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]