Bahagian Kapit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kapit
Logo rasmi bagi Kapit
Bahagian Sarawak
Lokasi bagi Kapit
Division Office location Kapit
Local area government(s) Majlis Daerah Kapit (MDK), Majlis Daerah Song (MDS), Majlis Daerah Belaga (MDB)
Luas
 • Jumlah 38,934 km2 (15,033 batu persegi)
Populasi (2010[1])
 • Jumlah 99,833
 • Kepadatan 2.6/km2 (6.6/batu persegi)
Resident Fedrick John George (2014 - kini)
License plate prefix QP

Bahagian Kapit yang terbentuk pada 2 April 1973, merupakan bahagian ketujuh daripada sebelas buah bahagian pentadbiran yang terdapat di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan bahagian pentadbiran yang terbesar di Sarawak dengan keluasan 38,934 kilometer persegi.

Bancian yang telah dijalankan pada tahun 2010 mendapati bahagian ini mempunyai seramai 99,833 orang penduduk. Berdasarkan jumlah tersebut, pecahan populasi berdasarkan etnik penduduk adalah sebanyak 68.7% Iban, 19.1% Orang Ulu, 7% Cina, 3.4% Melayu, 1.3% Melanau, 0.3% Bidayuh, dan 0.1% etnik-etnik lain.

Bahagian Kapit terdiri daripada tiga buah daerah iaitu (Kapit, Song dan Belaga). Terdapat juga dua buah daerah kecil iaitu (Nanga Merit dan Sungai Asap).

86% daripada jumlah kawasan Kapit adalah merupakan hutan simpan. Ekonomi utama yang dijalankan di bahagian ini sebahagian besarnya adalah aktiviti-aktiviti yang berasaskan hutan, pertanian, penanaman sawit, padi, getah, pisang, dan lada hitam. Terdapat juga sumber asli seperti arang batu di sini. Empangan Bakun juga terletak di bahagian ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. p. iv. Dicapai pada 24 January 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sarawak Corridor of Renewable Energy

Templat:Sarawak-geo-stub