Bahagian Kumaon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahagian-bahagian Uttarakhand.

Kumaon (atau Kumaun) ialah salah satu daripada dua rantau dan bahagian pentadbiran Uttarakhand, iaitu sebuah negeri bergunung-ganang di kawasan utara India; yang satu lagi ialah Garhwal. Bahagian Kumaon meliputi daerah-daerah Almora, Bageshwar, Champawat, Nainital, Pithoragarh, dan Udham Singh Nagar. Kumaon bersempadan dengan Tibet di utara, Nepal di timur, negeri Uttar Pradesh di selatan, dan Garhwal di barat. Penduduk Kumaon dikenali sebagai Kumaoni. Kumaon merupakan tempat berpangkalannya regimen Tentea India, iaitu Rejimen Kumaon. Antara bandar-bandar utama di Kumaon termasuk Haldwani, Nainital, Rudrapur, Almora, Pithoragarh, Mukteshwar dan Ranikhet. Nainital ialah pusat pentadbiran bahagian Kumaon.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]