Bahagian Sandakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta menunjukkan bahagian Sandakan

Bahagian Sandakan adalah salah satu bahagian pentadbiran di Sabah. Bahagian Sandakan juga merupakan Bahagian yang terbesar di antara lima bahagian yang terdapat di Negeri Sabah. Bandar utama di dalam bahagian ini ialah Sandakan, Beluran dan Kinabatangan. Antara kaum yang telah lama menetap di Bandar Sandakan adalah masyarakat Suluk, Bajau Simunul, Cina, Melayu Brunei, Orang Sungai, Kadazan Dusun dan beberapa suku kaum yang lain. Daerah-daerah di dalam bahagian Sandakan ialah:-

Bahagian Sandakan Bersempadan dengan kesemua lima bahagian di Sabah seperti Bahagian Tawau di sebelah Selatan, Bahagian Pedalaman di Barat Daya, Bahagian Pantai Barat di Barat dan Bahagian Kudat di sebelah Utaranya.