Bahagian Sibu
Bahagian Sibu | |
---|---|
![]() Lokasi Bahagian Sibu di Sarawak | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Pusat pentadbiran | Sibu |
Daerah | |
Kerajaan | |
• Residen | Charles Siaw |
Luas | |
• Jumlah | 8,278.30 km2 (3,196.27 batu persegi) |
Penduduk (2016)[3] | |
• Jumlah | 303,300 |
• Kepadatan | 37/km2 (95/batu persegi) |
Bahagian Sibu ialah sebuah bahagian di Sarawak, Malaysia. Ia mempunyai keluasan 8,278.30 kilometer persegi (3,196.27 batu persegi).[2] Jumlah penduduk ialah 303,300 orang pada tahun 2016.[3] Pusat pentadbirannya terletak di bandar Sibu. Bahagian Sibu dibahagikan kepada tiga daerah, iaitu Daerah Sibu, Daerah Kanowit dan Daerah Selangau.[4] Ketua bagi pentadbiran Bahagian Sibu ialah seorang residen dan pada masa ini sedang dijawat oleh Charles Siaw sejak tahun 2018.[1]
Kerajaan[sunting | sunting sumber]
Terdapat tiga kerajaan tempatan dalam Bahagian Sibu:
- Majlis Perbandaran Sibu mentadbir bandar Sibu;
- Majlis Daerah Luar Bandar Sibu mentadbir keseluruhan kawasan Daerah Sibu kecuali bandar Sibu, dan Daerah Selangau; dan
- Majlis Daerah Kanowit mentadbir Daerah Kanowit.
Penduduk[sunting | sunting sumber]
Mengikut statistik pada tahun 2016, Daerah Sibu mempunyai jumlah penduduk seramai 303,300 orang. Daripada jumlah tersebut, 154,100 orang adalah terdiri dari lelaki dan 149,200 adalah perempuan.[3] Penduduk dalam Daerah Sibu terdiri dari beberapa bangsa dan kaum etnik: Cina dan Iban merupakan penduduk-penduduk majoriti dengan keramaian 117,300 orang bagi Cina dan 116,800 orang bagi Iban, diikuti dengan Melayu dengan jumlah 27,900 orang, Melanau 16,400 orang dan Bidayuh 2,100 orang.[3] Terdapat juga kaum bumiputera yang lain dengan jumlah keseluruhan 4,200 orang, sementara bukan bumiputera seperti bangsa India dan lain-lain adalah seramai 2,100 orang.[3] Bahagian Sibu juga mencatatkan kira-kira 16,400 orang penduduk yang terdiri dari bukan warganegara.[3]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Boon, Peter (8 Januari 2018). "Charles Siaw is new Sibu Resident". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ a b "Demografi Pentadbiran Bahagian Sibu". www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ a b c d e f "Profail Bahagian Sibu 2017" (PDF). www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ "Pentadbiran Bahagian dan Daerah". www.sarawak.gov.my. Dicapai pada 4 Julai 2018.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Laman sesawang rasmi Bahagian Sibu Diarkibkan 2018-07-05 di Wayback Machine